“@ Harakah: DAKWAAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim Bukan CAKAP KOSONG!!!; KU LI”

29 04 2008

Harakahdaily

Mon | Apr 28, 08 | 9:28:49 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) – Hasrat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) untuk mengambil alih pentadiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata ini kerana memang ada kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) “menyeberang” ke pihak Pembangkang.

“Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Read the rest of this entry »

“@ Harakah: KERIS Tidak Lagi Dijulang TAPI KEANGKUHAN Masih Ada Pada UMNO; Dato’ Seri Anwar Ibrahim”

27 04 2008

Salmiyah Harun

Sun | Apr 27, 08 | 10:39:09 am MYT

SHAH ALAM, 27 April (Hrkh) – Ketua Umum KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Pemuda Umno Dato’ Hishamuddin Tun Hussien tidak perlu mengulangi kesilapan mengangkat keris yang memberi gambaran keangkuhan bangsa Melayu.

Katanya, kesilapan beliau bukan soal keris yang dijulangnya tetapi di sebaliknya iaitu sikap keangkuhan kuasa yang terus-menerus membuatkan rakyat negara ini mengubah undi mereka dalam pilihan raya lalu.

“Umno telah mempermainkan isu bangsa, etnik dan kaum dalam politik negara kita dan ini masih diteruskan oleh Umno,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan dua buah buku Allahyarham Rustam A. Sani di Perpustakaan Raja Tun Uda.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Read the rest of this entry »

“‘Dekatlah Sikit Dengan SUNGAI BULOH…’; Dato’ Seri Anwar Ibrahim”

21 04 2008

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“SUDAH!!! Ini Kebenarannya!!! Jangan Kamu Yang Bodoh Permainkan Lagi Isu Ini!!! ||| KERAJAAN MENZALIMI RAKYAT!!! ||| DITIPU HIDUP-HIDUP!!!”

21 04 2008

Sudah dikatakan bahawa tuduhan liwat adalah fitnah. Namun ada beberapa golongan yang msh asyik menyebar fitnah.

Dalam video ini, Sukma mendedahkan bagaimana dia diseksa dan diugut oleh polis SB untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Kalau dah diseksa sampai 10 hari berturut2, kita pun mungkin belum tentu dapat bertahan.

Itulah yang berlaku kepada Sukma. Daripada ‘tidak’ dia terpaksa menukar jawapan menjadi ‘ya’ atas seksaan, ugutan, dan ancaman yang terus menerus dilakukan kepadanya selama dia ditahan.

Bertaubatlah dan hentikan fitnah. Mmg nyata bahawa Dato Seri Anwar adalah mangsa fitnah dan konspirasi politik yang kotor peringkat tertinggi negara pada masa itu.

Pengakuan yg dilakukan oleh Sukma dalam kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim adalah hasil penyeksaan 10 hari berturut2 oleh polis ketika dia dalam tahanan. Penyeksaan yang menjatuhkan maruah dan amat mengaibkan. Ugutan yang sampai melibatkan nyawa.

Kemudian kenyataan itu digunakan oleh penyebar-penyebar fitnah yang tidak pernah berhenti mengumpul dosa fitnah yang terus menerus bertambah apabila ada org percaya dan turut menyebarkannya. Hakikatnya, semua fitnah itu telah awal2 lagi dinafikan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 10 thn lepas dgn sumpah atas nama Allah (sila lihat video ke-2).

Tepuk dada dan tanyalah Iman anda jika anda seorang Muslim. Jika anda seorg non-muslim, anda boleh nilai sendiri peribadi yang dituduh, Anwar Ibrahim dan yang menuduh, Mahathir Mohammad. Mahathir mohammad pernah memperlekehkan sunnah nabi berkenaan janggut, jika sunnah nabi pun ringan sahaja untuk beliau permainkan apa sangatlah baginya untuk melempar tuduhan berbentuk pembohongan dan fitnah?

Sila sebar-sebarkan video ni.

Wassalam.
http://videoreformasi.blogspot.com

10 thn yg lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan2 yg dilemparkan kepada beliau oleh Dato Seri Mahathir Mohammad(skrg TUN) adalah suatu FITNAH dan penipuan bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau.

Sekian lama sudah dia melafazkan kalimah sumpah agung di depan ribuan manusia sebagai saksi. Dan menyebut dengan nama Allah dalam sumpahnya. Namun, sehingga hari ini…berapa ramai lagi di antara kita yang terus menerus menutup pintu hati untuk mempercayai hakikat kebenaran itu. Adakah tuduhan2 Tun Mahathir Mohammad lebih besar berbanding sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersaksikan ribuan manusia yg dilafazkan dengan nama Allah??? Pernahkah kita mendengar Tun Mahathir melafazkan sumpah sedemikian melainkan tuduhan demi tuduhan kosong yg terus dilemparkan.

Sekiranya anda mempunyai walau sedikit iman di dada, anda akan tahu yg mana benar dan yang mana fitnah. ..Renungkanlah..semoga kita tidak tergolong dalam golongan penyebar fitnah…..

***********************************************************************************************
sumber daripada mahasiswaPutra youtube.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“SIAPA SEBENARNYA Geng A.K.A. Agen YAHUDI??? ||| Dato’ Seri Anwar Ibrahim ATAU Tun Mahathir??? ||| @ Adil TV”

21 04 2008

Dalam kita sibuk-sibuk cerita pasal agen negara asing dan agen yahudi ni, tak adil rasanya kalau suara tuduhan dari satu pihak sahaja yang kita dengar.

Kita dah dengar tuduhan demi tuduhan dari Tun Mahathir bahawa DS Anwar Ibrahim merupakan agen yahudi.

Sekarang apa kata kita dengar pula satu pendedahan baru. Sekarang, siapa sebenarnya agen yahudi?

http://videoreformasi.blogspot.com

***********************************************************************************************
sumber daripada mahasiswaPutra youtube, adilTV.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“Dulu… IR. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN. Kini… DATO’ SERI IR. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN ||| @ TV PAS”

21 04 2008

KUALA KANGSAR, 20 APR (Hrkh)-Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dikurniakan Pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan semalam.

Beliau adalah di antara 46 orang kenamaan yang menerima Bintang Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena Sambutan Perayaan Keputeraan Baginda yang ke-80 tahun.

Senarai pertama penerima adalah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato’ Abdul Hamid Mohammad dengan Darjah Seri Paduka Curah Si Manja Kini (SPCM) dan dikuti Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS).

Juga tidak ketinggalan Exco Kanan Perak, Ngeh Koo Ham menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) dengan membawa gelaran Dato’.

http://www.tvpas.com

***********************************************************************************************
sumber daripada batugiling youtube, tvpas.com.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“Sekitar Perjumpaan DATO’ SERI IR. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN Dan PAK LAH ||| Bincang Projek Di NEGERI PERAK”

21 04 2008

PUTRAJAYA, 18 APR (Tvpas)-Pertemuan empat mata antara Menteri Besar Perak Mohammad Nizar jamaludin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi siang tadi memfokuskan kepada penerusan projek pembangunan yang telah dirancang di negeri itu.

Turut dibincangkan projek landasan kretapi eletrik berkembar yang menghubungkan Ipoh ke Padang besar.

Selain itu, Nizar juga turut memohon beberapa kelulusan projek kerajaan negeri sebelum ini diteruskan oleh kerajaan pusat.

Berhubung Akta keselamatan dalam negeri pula, Nizar memohon diberi sedikit ruang agar program-program yang dirancang bakal berjalan dengan lancar.

Pertemuan sejam itu berakhir jam satu petang sebelum mereka masing masing menunaikan solat jumaat di masjid putrajaya.

http://www.tvpas.com

***********************************************************************************************
sumber daripada batugiling youtube, tvpas.com.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“Dato’ Seri Abdul Rashid Abdullah – PENYANGAK TANAH!!! ||| Tengoklah!!! Cakapan Orang Bodoh!!!”

19 04 2008

Abdul Rashid tidak akan layani permintaan Guan Eng untuk beri penjelasan

Posted by Raja Petra

Saturday, 19 April 2008
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah tidak akan melayani permintaan kerajaan negeri yang memintanya memberikan penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan tanah di negeri ini.

Beliau berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng boleh mendapatkan maklumat dengan merujuk kepada dokumen dan butiran terperinci mengenai sebarang status tanah di negeri ini dari semua pejabat tanah dan daerah di negeri ini.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga boleh merujuk mengenai perkara itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kerana mereka hadir pada setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri dan juga mesyuarat Exco.

“Saya bukannya perpustakaan dan saya tidak boleh memberi penjelasan terhadap perkara yang tidak jelas butirannya. Semua fail dan dokumen ada disimpan di pejabat kerajaan. Saya tidak menyimpan sebarang fail itu dan jangan ada sebarang implikasi yang mengatakan bahawa fail-fail itu ada dalam simpanan saya.

“Sebab itu, saya tidak mempunyai apaapa penjelasan untuk sebarang dakwaan berlakunya penyelewengan tanah itu dan tindakan mereka itu hanya serkap jarang sahaja serta tidak ada kes yang jelas,” kata bekas Exco Tanah, Agama serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri itu.

Sehubungan itu, Abdul Rashid berkata, beliau tidak mempunyai tanggungjawab atau obligasi untuk menemui ketua menteri bagi tujuan itu dan sebaliknya meminta kerajaan negeri campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menyemak sendiri dokumen bagi menyelesaikan dakwaan penyelewengan itu.

Beliau juga berkata, sepanjang beliau menjadi Exco bagi portfolio berkenaan, segala keputusan berhubung tanah dibuat secara kolektif serta mengikut prosedur yang ditetapkan dan jika kerajaan negeri sekarang mendapati ada yang tidak mengikut prosedur, maka ia boleh mengambil tindakan yang sesuai.

“Terpulang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan yang sesuai termasuk mengikut saluran undang-undang yang ada di negara ini,” kata bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap itu.

Baru-baru ini, Lim dilaporkan berkata kerajaan negeri akan meminta Abdul Rashid memberikan penjelasan mengenai dakwaan penyelewengan tanah di negeri ini sebelum akhir bulan ini.

Lim dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri ingin memberikan peluang kepada Abdul Rashid untuk berbuat demikian sebelum bertindak mendedahkan penyelewengan yang didakwa itu.

“Exco telah meluluskan keputusan bahawa kes-kes ini boleh didedahkan sekiranya ia tidak melibatkan proses perundangan yang berjalan di mahkamah,” kata Lim.

Abdul Rashid juga menjelaskan bahawa laporan akhbar sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah menjemput beliau untuk memberikan penjelasan adalah tidak benar kerana beliau hanya menerima surat jemputan itu petang semalam.

“Saya menafikan bahawa ada jemputan lebih awal daripada kerajaan negeri kepada saya sebelum ini untuk memberi penjelasan kepada Ketua Menteri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya beliau telah merujuk perkara itu kepada peguam untuk mengkaji bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap kerajaan negeri. – BERNAMA

***********************************************************************************************
sumber daripada mahbobmahbeb youtube.