“Dato’ Seri Abdul Rashid Abdullah – PENYANGAK TANAH!!! ||| Tengoklah!!! Cakapan Orang Bodoh!!!”

19 04 2008

Abdul Rashid tidak akan layani permintaan Guan Eng untuk beri penjelasan

Posted by Raja Petra

Saturday, 19 April 2008
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah tidak akan melayani permintaan kerajaan negeri yang memintanya memberikan penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan tanah di negeri ini.

Beliau berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng boleh mendapatkan maklumat dengan merujuk kepada dokumen dan butiran terperinci mengenai sebarang status tanah di negeri ini dari semua pejabat tanah dan daerah di negeri ini.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga boleh merujuk mengenai perkara itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kerana mereka hadir pada setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri dan juga mesyuarat Exco.

“Saya bukannya perpustakaan dan saya tidak boleh memberi penjelasan terhadap perkara yang tidak jelas butirannya. Semua fail dan dokumen ada disimpan di pejabat kerajaan. Saya tidak menyimpan sebarang fail itu dan jangan ada sebarang implikasi yang mengatakan bahawa fail-fail itu ada dalam simpanan saya.

“Sebab itu, saya tidak mempunyai apaapa penjelasan untuk sebarang dakwaan berlakunya penyelewengan tanah itu dan tindakan mereka itu hanya serkap jarang sahaja serta tidak ada kes yang jelas,” kata bekas Exco Tanah, Agama serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri itu.

Sehubungan itu, Abdul Rashid berkata, beliau tidak mempunyai tanggungjawab atau obligasi untuk menemui ketua menteri bagi tujuan itu dan sebaliknya meminta kerajaan negeri campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menyemak sendiri dokumen bagi menyelesaikan dakwaan penyelewengan itu.

Beliau juga berkata, sepanjang beliau menjadi Exco bagi portfolio berkenaan, segala keputusan berhubung tanah dibuat secara kolektif serta mengikut prosedur yang ditetapkan dan jika kerajaan negeri sekarang mendapati ada yang tidak mengikut prosedur, maka ia boleh mengambil tindakan yang sesuai.

“Terpulang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan yang sesuai termasuk mengikut saluran undang-undang yang ada di negara ini,” kata bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap itu.

Baru-baru ini, Lim dilaporkan berkata kerajaan negeri akan meminta Abdul Rashid memberikan penjelasan mengenai dakwaan penyelewengan tanah di negeri ini sebelum akhir bulan ini.

Lim dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri ingin memberikan peluang kepada Abdul Rashid untuk berbuat demikian sebelum bertindak mendedahkan penyelewengan yang didakwa itu.

“Exco telah meluluskan keputusan bahawa kes-kes ini boleh didedahkan sekiranya ia tidak melibatkan proses perundangan yang berjalan di mahkamah,” kata Lim.

Abdul Rashid juga menjelaskan bahawa laporan akhbar sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah menjemput beliau untuk memberikan penjelasan adalah tidak benar kerana beliau hanya menerima surat jemputan itu petang semalam.

“Saya menafikan bahawa ada jemputan lebih awal daripada kerajaan negeri kepada saya sebelum ini untuk memberi penjelasan kepada Ketua Menteri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya beliau telah merujuk perkara itu kepada peguam untuk mengkaji bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap kerajaan negeri. – BERNAMA

***********************************************************************************************
sumber daripada mahbobmahbeb youtube.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s