||| ABOUT/hubungi

*** ADS @ e Pemuda PAS *********

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Siapa e Pemuda PAS???

Salam Permulaan, Salam Perkenalan…

Assalamua’laikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan sekalung terima kasih di atas kunjungan anda di laman ini.

Siapa e Pemuda PAS? Siapakah gerangannya insan di sebalik laman ini?? Siapakah yang mengemudi layaran ini???

Baik, e Pemuda PAS adalah seorang (dengan juga kerjasama bersama beberapa orang rakan; terima kasih diucapkan…🙂 ) penyokong tegar Parti Islam
Se-Malaysia – PAS.

PERLU AMAT DINYATAKAN DI SINI, bahawa segala kenyataan dan segala macam yang secara terusnya daripada e Pemuda PAS (tajuk yang pedas, dan mungkin
tidak disukai oleh beberapa pihak, kenyataan tidak rasmi, dan sebagainya, misalnya), adalah tidak bersifat rasmi daripada Parti PAS. Ia adalah semata
bebas dan bebas adalah hanya ia; tidak mempengaruhi dan dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk pihak Parti PAS sekalipun.

Mengapa e Pemuda PAS dengan secara lahirnya tidak menunjukkan identitinya yang sebenar? Begini, yang jelas, hanya daripada saya, secara peribadi, negara
tercinta ini belum lagi mencapai sebenar-benar kebebasan yang, juga secara peribadi, dikehendaki. Oleh sebab beberapa perkara, setelah benar-benar
memikirkannya, e Pemuda PAS berkeputusan untuk tidak menzahirkan identitinya secara lahiriah.

Biarlah e Pemuda PAS dikenali dengan e Pemuda PAS dan suaranya yang tersendiri. Yang pasti, sesungguhnya, ALLAH Yang Maha Mengetahui Segalanya.

PERLU juga dinyatakan di sini. Saya pastinya tidak terlepas daripada apa-apa kebodohan, kejahilan, kebangangan. Pasti ada yang salah dan silap daripada saya,
secara tersurat mahupun tidak. Maaf dipinta. Maka, hentamlah saya. Ajarilah saya. Tunjukkanlah saya. Saya juga manusia biasa seperti anda juga; bukan
manusia yang berlagak dan berwatak Tuhan dan Diktator semata.

Mengenai Laman Ini… Dan Sejarahnya…

Mulanya, saya sedikitpun tidak terniat dengan apa yang ada semua ini.

Segalanya bermula selepas saya sudah habis mendengar Kuliah Jumaat Di Medan Ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Bermula daripada detik itu, saya tekad, setelah melihatkan dan memikirkan segala kerakusan dan kezaliman yang masih berlaku di bumi tercinta ini, saya ambil
langkah untuk memperwujud laman ini. Nah, lahirlah lama Suara PEMUDA PAS, ePemudaPAS.wordpress.com; laman suara peribadi saya umumnya.

Dan, ketika itu juga saya mula merekod apa sahaja yang difikirkan berguna untuk dikongsi bersama. Post yang kedua adalah kali pertama saya upload video ke
laman internet. Dan ia mulanya keghairahan saya dalam hal ini semua…

Secara umumnya, laman ini banyak meletakkan (embeded) video-video daripada laman popular (mungkin sepanjang zaman kepopularannya), YouTube.com. Mengapakah ia
sedemikian rupa? Tidakkah ada juga banyak lagi sumber lain yang boleh dicedokpakai?? Adakah e Pemuda PAS sendiri tidak kreatif dan inovatif???

Soalan ke-3 di atas adalah, YA. Saya tidak kreatif dan inovatif. Tetapi saya sangat kuat berusaha dalam semua ini. Saya proaktif.

Semasa upload video pertama itu, dan melayarinya sambil-sambil… saya melihatkan YouTube.com ada banyak kekangannya. Apakah ia?

Pertamanya, jika kita ke sana, berkemungkinan besar, kita akan seterusnya terus berlayar dengan entah apa kebenda entah. Mungkin, pada mulanya, kita hanya
ingin mencari video-video ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim… tetapi, akhirnya, kita akan terlepas pandang niat dan tujuan mula kita dengan terus melayari video
lain yang sama sekali tidak bersangkut paut dengan video yang kita sedang perhatikan…

Antara buktinya, seringkali jika saya melayari mana-mana video ceramah (oleh sesiapapun) di sana, jumlah viewer di antara video pertama dan kedua adalah
berbeza. Ini secara mudahnya, secara umumnya, membuktikan tidak kesemua yang lihatkan video yang pertama itu dengan secara penghabisannya. Mungkin, mereka
telah ke video-video lain… Mungkin juga tidak…

Memikirkan ini semua… iya, saya tidak kreatif, dan saya tidak inovatif. Tetapi saya terus proaktif dengan segala apa yang saya lakukan. Dan ini semua,
dapat dilihat dengan apa yang ada di laman ini…

Tetapi, saya juga mengadunkannya dengan menyiarkan info-info terkini. Ada juga artikel… Ada juga lain-lain… seperti yang ada kini…

Dan e Pemuda PAS, insyaALLAH, dengan izin NYA… akan terus berada di hadapan anda yang membukanya…

Doakanlah segala apa, jika itu yang dirasakan perlu. Tidaklah segala apa, jika itu yang dirasakan perlu. Hanya daripada saya, TERIMA KASIH… dan MAAF… …

TERMA Dan SYARAT BERDISKUSI

Diharap, anda semua dapat menyertai diskusi pada mana-mana post dengan memberi sebarang apa juga komen; samada pro kah ia, atau kontra kah ia. Saya menyediakan ruang dan peluang seluas-luasnya supaya anda dapat meluahkan sepenuhnya di sini. Cumanya daripada saya, sebelum memberikan sebarang apa juga komen, berfikirlah dahulu… dalam segala apa konteks sekalipun. Yang hanya dilarang di laman ini adalah, sebarang komen yang berunsurkan spam, porno, dan sebagainya yang umumnya tidak akan dapat diterima. Malah, komen ulangan juga tidak akan disiarkan, samada ia hanya ditukarkan gaya bahasa ayatnya tetapi masih membawa isi yang sama.

Oh ya, anda masih dapat menyertai sebarang diskusi walaupun anda tiada emel. Kewujudan laman ini bukanlah untuk antara tujuan mahu mengumpul mana-mana emel untuk kepentingan tersendiri sepertimana yang dilakukan oleh banyak pihak, tetapi untuk memperkembang sebarang isu yang dipostkan. Jika anda tiada emel sekalipun, anda hanya perlu menaip NickNameAnda@yahoo.com sahaja. Nah, sekarang, semua boleh berdiskusi bukan!

Khas, kepada semua YB-YB, para yang Yang Berhormat, para Yang Berkhidmat. Silalah sentiasa ke page ‘Aduan/Pesanan Kepada YB’ di atas, supaya suara yang diletakkan kepada rakyat anda di sana akan dapat didengar anda. Jangan memandang enteng dengan sebarang aduan dan/atau pesanan ini semua ya!

Hubungi…

Hanya kini, jika dirasakan, difikirkan, diputuskan, apa-apa segala yang perlu, silalah letakkan komen di sini (makluman, komen di sini tidak akan disiarkan, tetapi hanya akan diberi perhatian oleh saya). insyaALLAH, akan saya perhatikan apakah segala apa-apa yang perlu itu… SILA KLIK DI SINI.

Again, TERIMA KASIH… dan MAAF… …

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua