Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin & Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Apr 28, 08 | 3:52:03 pm MYT
berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂
Ahmad Tajdid
Mon | Apr 28, 08 | 2:32:22 pm MYT
Apa sebenarnya yang mendorong Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) dibubarkan jika bukan kerana dendam politik.
Dan jika mentaliti rendah ini sukar difahami, lihat sahaja kes rampasan royalti petroleum Terengganu ketika pentadbiran negeri itu diambil-alih oleh PAS selepas pilihan raya umum 1999.
Tindakan Kerajaan Pusat BN merampas hak royalti petroleum negeri Terengganu berpunca daripada hasutan pemimpin-pemimpin Umno negeri yang mahu melempiaskan dendam politik mereka ekoran tumbangnya pemerintahan BN Terengganu pada 1999.
berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂
A Kadir Jasin
Mon | Apr 28, 08 | 12:36:29 pm MYT
Perkara 122B Perlembagaan menyatakan dengan jelas siapa yang berhak melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Malaya, Sabah dan Sarawak serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
Perlembagaan mengatakan bahawa “Yang di-Pertuan Agong, bertindak atas nasihat Perdana Menteri, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja” akan melantik mereka.
(The Chief Justice of the Federal Court, the President of the Court of Appeal and the Chief Judges of the High Courts and (subject to Article 122C) the other judges of the Federal Court, of the Court of Appeal and the High Courts shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong, acting on the advice of the Prime Minister, after the consulting the Conference of Rulers.)
berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂
Zaili MUhammad
Mon | Apr 28, 08 | 12:34:46 pm MYT
MELAKA, 28 Apr (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mencadangkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kelantan atau Kedah yang diterajui PAS memilih Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow sebagai calon Senator.
Selain itu, kerajaan Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu juga disarankan supaya memilih seorang lagi wakil dari Kelab Penyokong PAS India untuk jawatan sama, tambah beliau.
“Perkara ini penting bagi membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang mementingkan semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa.
berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂
H Fansuri
Mon | Apr 28, 08 | 10:48:02 am MYT
Burhan seorang penganggur. Dia bekerja sambil-sambilan dan mencari duit dengan cara menulis di akhbar-akhbar. Dia akan menatap akhbar, mengutip pandangan menteri lalu mencatat wahyu dan sabda orang kenamaan dewa-dewa untuk dijadikan bahan penulisannya.
Namun, akhir-akhir ini, Burhan kerap-kali panasaran dan didatangi suatu wabak penyakit perasaan yang kerap membisikkan bahawa, rakyat Malaysia tidak perlukan rancangan hiburan dan lawak santai untuk menghiburkan mereka. Kekalahan Umno-BN, demam pilihan raya yang masih belum habis kebah itu rupanya adalah modal baru sebagai santapan hiburan untuk rakyat.
Dia melihat kaki langit yang terkangkang luas antara ufuk Timur, Barat yang meneran sinar matahari hangat, bahang memijar seperti wanita terkangkang kerana meneran bayinya yang akan lahir. Sinar mentari pun tumpah melimpah ke bumi dan kalau-kalau antara bilah cahaya berserakan itu dapat digenggam seberkas dua, Burhan rasa doanya terkabul.
berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂
Harakahdaily
Mon | Apr 28, 08 | 9:28:49 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) – Hasrat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) untuk mengambil alih pentadiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berkata ini kerana memang ada kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) “menyeberang” ke pihak Pembangkang.
“Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.
berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂
Recent Comments