“@ Harakah: Jurugambar HARAKAH DILARANG Masuk Parlimen!!!”

29 04 2008

Anis Nazri | Foto Nasir Sudin

Mon | Apr 28, 08 | 2:14:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) – Belum pun bermula sidang Parlimen,episod larangan ke atas jurugambar mencemari majlis angkat sumpah Ahli-ahli Parlimen pada pagi tadi.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Dalam kejadian pagi tadi, jurugambar Harakah tidak dibenarkan masuk ke Parlimen untuk merakamkan upacara mengangkat sumpah, walaupun telah membuat rayuan kepada pegawai bertugas di parlimen.

ImageKetua Jurugambar Harakah, Mohd Nasir Sudin, ketika dihubungi, berkata pegawai parlimen melarang beliau dan seorang lagi jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh serta beberapa jurugambar lain untuk merakam detik-detik bersejarah itu.

Bagaimanapun, beliau dan rakan-rakan jurugambar lain dibenarkan mengambil gambar selama lima minit sebelum bermula upacara angkat sumpah berlangsung.

Menurut Nasir, hanya jurugambar rasmi media kerajaan seperti Bernama dan RTM dibenarkan merakam upacara berkenaan.

Ketika ini, berpuluh-puluh jurugambar termasuk dari media antarabangsa berkumpul di hadapan pintu masuk media, sambil menantikan kemunculan MP-MP untuk merakamkan gambar dan aksi mereka.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi tadi. – mks.

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s