“@ Harakah: Suruhanjaya SAINGI KUASA Raja Dan Perdana Menteri”

29 04 2008

A Kadir Jasin

Mon | Apr 28, 08 | 12:36:29 pm MYT

Perkara 122B Perlembagaan menyatakan dengan jelas siapa yang berhak melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Malaya, Sabah dan Sarawak serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.

Perlembagaan mengatakan bahawa “Yang di-Pertuan Agong, bertindak atas nasihat Perdana Menteri, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja” akan melantik mereka.

(The Chief Justice of the Federal Court, the President of the Court of Appeal and the Chief Judges of the High Courts and (subject to Article 122C) the other judges of the Federal Court, of the Court of Appeal and the High Courts shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong, acting on the advice of the Prime Minister, after the consulting the Conference of Rulers.)

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Jadi tiga pihak yang berhak dan bertanggungjawab itu adalah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja. Itulah yang berlaku atau sepatutnya berlaku sejak Malaya (kini Malaysia) merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Mungkin bukan suatu kebetulan apabila para perundingan kemerdekaan yang mewakili Tanah Melayu dan Empayar British pada tahun 1956 memberikan kuasa ke atas Kehakiman kepada Yang di-Pertuan Agong (Melayu), Perdana Menteri (Melayu), dan Raja-Raja (Melayu).

Tetapi sekiranya sebuah suruhanjaya ditubuhkan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pada jamuan makan malam Majlis Peguam (Bar Council) baru-baru ini, maka berkuranganlah kuasa tiga pihak ini.

Yang akan turut berkuasa dan turut berpengaruh adalah ahli suruhanjaya yang dicadangkan itu.

Secara peribadi, saya berasa agak hairan mengapa sebuah suruhanjaya diperlukan. Adakah perkongsian tiga pihak ini belum menjamin ketelusan proses pelantikan dan seterusnya integriti Kehakiman?

Saya tidak boleh berpura-pura bercakap bagi pihak orang lain. Tetapi sebagai warganegara, pembayar cukai dan pengundi, saya lebih rela menyerahkan kuasa kepada seorang ahli politik yang saya pilih daripada menyerahkan kepada Presiden Majlis Peguam atau seorang Senator.

Tidak mengapalah jikalau ahli politik yang saya undi itu dangkal sedikit.

Alasannya adalah jika ahli politik dangkal yang saya pilih itu membuat kesilapan, saya boleh membuangnya pada pilihan raya akan datang. Tetapi jikalau Presiden Majlis Peguam atau seorang Senator membuat kesilapan, saya tidak ada kuasa menghukum mereka.

Menteri yang menjaga undang-undang, Senator Zaid Ibrahim, telah menjamu Majlis Peguam dengan menggunakan duit pembayar cukai (duit rakyat), Perdana Menteri telah membuat pengumuman dan justeru itu Kabinet telah turut menjadi fait accompli.

Maka saya hairan siapa yang akan bercakap bagi pihak Hakim-Hakim?

Pastinya Hakim-Hakim tidak boleh membuat kenyataan macam orang politik atau peguam. Namun kita ingin juga tahu pandangan mereka mengenai �idea hebat� ini. Malangnya mereka tidak boleh berkokok seperti Senator Zaid atau Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

Daripada apa yang saya dengar di sana sini, para Hakim berpendirian bahawa penubuhan suruhanjaya itu adalah keputusan dasar (policy decision) yang terletak di tangan cawangan Eksekutif iaitu Perdana Menteri dan Kabinet.

Kalau begitu, saya ingin bertanya apakah Kabinet dibawa berunding sebelum pengumuman dibuat? Atau Kabinet sekadar terseret menjadi fait accompli kerana pengumuman sudah dibuat oleh Perdana Menteri?

Kebimbangan saya adalah bagaimana memastikan hanya orang yang paling berintegriti dan bebas sahaja dilantik menganggotai suruhanjaya ini.

Pada pandangan saya, orang yang berkepentingan dalam Kehakiman dan proses mahkamah seperti peguam dan pembesar korporat wajib tidak dilantik menduduki suruhanjaya ini.

Cuba bayangkan apakah persepsi umum apabila seorang peguam yang terbabit dengan proses pelantikan seorang hakim kemudian hadir di mahkamah mewakili anak guamannya di hadapan hakim yang sama.

Dalam keadaan sekarang pun ada peguam yang begitu angkuh dan sombong bila hadir di mahkamah kerana dia peguam kanan dan hakim pula hakim baru. Malah kebayakan penangguhan perbicaraan adalah disebabkan oleh tindak tanduk peguam.

Kemudian soal bilangan anggota suruhanjaya. Perlu diambil kira bahawa tidak semua Hakim yang menganggotainya boleh atau akan mengundi bagi setiap pelantikan sama ada kerana mereka terbabit terus dengan pelantikan atau kerana konflik kepentingan (conflict of interest).

Logiknya, lima penjawat utama Kehakiman iaitu Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Malaya, Sabah dan Sarawak amat wajar menganggotai suruhanjaya ini.

Hendaknya dalam percubaan mempertingkatkan imej dan integriti Kehakiman ini janganlah pula timbul tanggapan bahawa Hakim-Hakim terhutang budi, tunduk dan melutut kepada peguam atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab ke atas pelantikan dan kenaikan pangkat mereka.

Mungkin baik buat permulaan ini kuasa suruhanjaya dihadkan kepada pelantikan pertama sahaja iaitu pelantikan orang yang belum menjadi Hakim ke jawatan-jawatan Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman sahaja.

Yang paling dikhuatiri ialah kemungkinan adanya pihak atau orang tertentu dalam Kabinet yang berpengaruh ke atas Perdana Menteri yang menggunakan Kehakiman untuk matlamat atau demi kepentingan kelompok tertentu.

Seelok-eloknya, biarlah hal-hal berkaitan Kehakiman ditentu dan diputuskan oleh Hakim-Hakim sendiri (by their own peers) dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja.

Lagipun, hanya hakim boleh membicarakan hakim. – kadirjasin.blogspot

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

One response

26 08 2009
leo

saya berharap suatu hari nti ALLAH akn membuang ego semu pihak politik dn bersama-sama menerajui Malaysia.janganlah kita sia-siakn usaha pemimpin dulu yg sanggup mati semata-mata utk bebaskn Malaya dr penjajah.
Kalo kita menunjukkn kebaikn kita,psti org akn susah mencari kelemahan kita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s