“@ Harakah: WUJUD KEKUATAN Baru Di Kalangan AHLI PARLIMEN Pakatan Rakyat!”

29 04 2008

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin & Wan Zahari Wan Salleh

Mon | Apr 28, 08 | 3:52:03 pm MYT

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kepada seluruh ahli parlimen agar meningkatkan keilmuan serta kefahaman dengan mengambil kira pengalaman kerja yang lalu di samping pengetahuan dalam bidang masing-masing.

ImageMenurutnya, ia adalah perlu bagi mempertingkatkan keberkesanan peranan yang bakal dimainkan menjelang persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula.

“Terdapat sebahagian daripada ahli parlimen kita yang sebelum ini telah memiliki pengetahuan serta pengalaman sedia ada, namun ia perlu dimantapkan dengan ilmu mengenai badan legislatif untuk proses penggubalan perlembagaan,” ujarnya ketika ditemui di pejabat pembangkang bangunan Parlimen pagi tadi.

ImageDalam pada itu, beliau mengakui bahawa terdapat kekuatan baru pada barisan ahli dewan rakyat Pakatan Rakyat sejak 1990 lalu.

“Saya melihat terdapat kekuatan baru yang berbeza sejak tiga penggal lalu, dengan perbezaan yang begitu ketara sejak 1959 apabila berlaku pertambahan bilangan ahli parlimen pembangkang,” katanya.

Sungguhpun begitu ujarnya, perbezaan tersebut adalah positif ke arah mengetengahkan konsep nasihat-menasihati kerajaan secara membina.

“Walaupun kita berbeza ideologi dengan mereka (BN) namun saya rasakan ianya tidak menjadi masalah dengan Imagepenglibatan PAS dalam parlimen yang lebih menumpukan kepada agenda perubahan dalam banyak perkara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi juga mengharapkan agar media arus perdana dapat menjalankan peranan dengan lebih demokratik dalam membuat liputan dengan lebih tepat dan telus.

“Meskipun mereka memperuntukkan selama setengah jam untuk siaran langsung sesi soal jawab lisan dalam televisyen, saya tidak yakin jika sekiranya pihak penganjur akan lebih mementingkan BN sekaligus mengurangkan ruang kepada pembangkang,” katanya lagi.

Ujarnya, mereka seharusnya mengambil contoh beberapa negara lain dari segi kebebasan media mereka supaya rakyat mendapat kematangan dengan maklumat yang diperolehi secara seimbang dan telus.

“Kita lihat rakyat di luar dan bandar sudah dapat menerima pembangkang setelah terkesan dengan pengaruh maklumat penerangan media kerana info mempengaruhi pemikiran pengundi.

“Kita harap media mesti berani melakukan perubahan untuk menyelamatkan negara untuk membijakkan rakyat dan bukannya membodohkan mereka,” demikian ujarnya.

ImageBeliau bersama 82 ahli parlimen Pakatan rakyat yang lain hari ini telah rasmi mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat dengan pelantikan Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat.

Manakala Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan ahli Parlimen Beluran, Dato’ Ronald Giandi dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua selepas sesi undian bertulis dijalankan.

Ini kerana terdapat cadangan daripada Pakatan Rakyat untuk melantik Dr Tan Seng Giaw bagi mengisi salah satu daripada jawatan timbalan YDP tersebut. – mks.

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂


Actions

Information

4 responses

29 04 2008
afifzahrah

to joint ur blogspot

8 04 2009
Abdullah Malik Adenan

Pas Untuk Semua

13 07 2009
pemuda cekal

Salam untuk semua terutama pemimpin atasa PAS pusat dan negeri Kelantan. Saya rasa sudah sampai masanya untuk mengembalikan semula kerusi2 parlimen dan jga DUN yang dianaktirikan kepada bukan anak negeri. Biarpun dilihat calon tersebut berwibawa, peluang harus diberikan kepada anak negeri sendiri yang banyak pilihan dan jangan melihat kepada ketokohan tertentu tanpa melihatnya dari dalam. Saya betul2 kecewa keadaan ini berlaku di negeri kelahiran saya Kelantan yang terdapat banyak calon luar yang menumpang kasih. Untuk mereka berjuanglah ditempat tumpah darah sendiri kerana itu lebih mulia dan jika perjuangan ditanah orang diteruskan akan lukalah masyarakatnya. Saya penyokong kuat PAS namum menyedari hakikat sebegini memang terasa kecewa yang amat sangat seolah2 pemimpim PAS yang ada telah melakukan percaturan sendiri atau komplot untu menerajui kepimpinan dengan wajah tersendiri. Alangkah malangnya pengundi kebanyakannya mengundi atas nama parti bukan persoalkan sangat pasal calon dari mana sekalipun. Saya mewakili golongan pemuda PAS, merasa kecewa jika di pilihanraya akan datang calon2 luar dari negeri sendiri diberi peluang, sebaiknya ambil dan carilah calon tempatan. Jika ini dilakukan PAS kami merasakan adalah lebih baik tidak perlu pergi mengundi lagi. Sekali lagi untuk semua pemimimpin PAS liaht dan kaji secara mendalam perkara sebegini natijahnya penyokong muda sudah sedari hal ini dan adalah lebih baik perbaiki segera dan buka peluang kepada anak negeri seluas2nya.

2 08 2009
Adam

sama-sama berjuang menuju menegakkan kebenaran dengan niat tulus kerana Allah Taala.

Leave a comment