“@ Harakah: KENYATAAN MEDIA Dewan Muslimat PAS: MENGENAI ISU Kes Altantuya”

26 04 2008

Aiman Athirah Al Jundi

Sat | Apr 26, 08 | 2:23:27 pm MYT

DMPP mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam ke atas seorang pelancong asing yang juga boleh disifatkan sebagai “tetamu negara” dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu. DMPP berpendapat bahawa perbicaraan bagi kes ini sewajarnya disegerakan, berbanding sekarang yang ditangguh-tangguh oleh pihak mahkamah atas alasan terlalu banyak kes lain, seperti yang didakwa oleh bapa mangsa, Dr Shaariibuu Setev baru-baru ini.

DMPP memandang serius dan sangat tersentuh dengan kenyataan daripada bapa Altantuya yang telah datang ke Malaysia baru-baru ini bahawa beliau datang demi kemanusiaan dan bukannya kerana wang atau menuntut sebarang ganti rugi.

DMPP juga menginsafi bahawa ia jelas menampakkan kehampaan dan hilangnya kepercayaan seorang ayah yang selama ini telah berusaha untuk mendapatkan keadilan terhadap satu-satunya zuriat keturunan beliau yang dibunuh secara kejam dalam Negara Malaysia yang dilabel sebagai Selamat, Aman & Makmur oleh PM dalam PRU-12 yang lepas.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Read the rest of this entry »

“SUDAH!!! Ini Kebenarannya!!! Jangan Kamu Yang Bodoh Permainkan Lagi Isu Ini!!! ||| KERAJAAN MENZALIMI RAKYAT!!! ||| DITIPU HIDUP-HIDUP!!!”

21 04 2008

Sudah dikatakan bahawa tuduhan liwat adalah fitnah. Namun ada beberapa golongan yang msh asyik menyebar fitnah.

Dalam video ini, Sukma mendedahkan bagaimana dia diseksa dan diugut oleh polis SB untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Kalau dah diseksa sampai 10 hari berturut2, kita pun mungkin belum tentu dapat bertahan.

Itulah yang berlaku kepada Sukma. Daripada ‘tidak’ dia terpaksa menukar jawapan menjadi ‘ya’ atas seksaan, ugutan, dan ancaman yang terus menerus dilakukan kepadanya selama dia ditahan.

Bertaubatlah dan hentikan fitnah. Mmg nyata bahawa Dato Seri Anwar adalah mangsa fitnah dan konspirasi politik yang kotor peringkat tertinggi negara pada masa itu.

Pengakuan yg dilakukan oleh Sukma dalam kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim adalah hasil penyeksaan 10 hari berturut2 oleh polis ketika dia dalam tahanan. Penyeksaan yang menjatuhkan maruah dan amat mengaibkan. Ugutan yang sampai melibatkan nyawa.

Kemudian kenyataan itu digunakan oleh penyebar-penyebar fitnah yang tidak pernah berhenti mengumpul dosa fitnah yang terus menerus bertambah apabila ada org percaya dan turut menyebarkannya. Hakikatnya, semua fitnah itu telah awal2 lagi dinafikan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 10 thn lepas dgn sumpah atas nama Allah (sila lihat video ke-2).

Tepuk dada dan tanyalah Iman anda jika anda seorang Muslim. Jika anda seorg non-muslim, anda boleh nilai sendiri peribadi yang dituduh, Anwar Ibrahim dan yang menuduh, Mahathir Mohammad. Mahathir mohammad pernah memperlekehkan sunnah nabi berkenaan janggut, jika sunnah nabi pun ringan sahaja untuk beliau permainkan apa sangatlah baginya untuk melempar tuduhan berbentuk pembohongan dan fitnah?

Sila sebar-sebarkan video ni.

Wassalam.
http://videoreformasi.blogspot.com

10 thn yg lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan2 yg dilemparkan kepada beliau oleh Dato Seri Mahathir Mohammad(skrg TUN) adalah suatu FITNAH dan penipuan bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau.

Sekian lama sudah dia melafazkan kalimah sumpah agung di depan ribuan manusia sebagai saksi. Dan menyebut dengan nama Allah dalam sumpahnya. Namun, sehingga hari ini…berapa ramai lagi di antara kita yang terus menerus menutup pintu hati untuk mempercayai hakikat kebenaran itu. Adakah tuduhan2 Tun Mahathir Mohammad lebih besar berbanding sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersaksikan ribuan manusia yg dilafazkan dengan nama Allah??? Pernahkah kita mendengar Tun Mahathir melafazkan sumpah sedemikian melainkan tuduhan demi tuduhan kosong yg terus dilemparkan.

Sekiranya anda mempunyai walau sedikit iman di dada, anda akan tahu yg mana benar dan yang mana fitnah. ..Renungkanlah..semoga kita tidak tergolong dalam golongan penyebar fitnah…..

***********************************************************************************************
sumber daripada mahasiswaPutra youtube.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“‘SAYA GEMBIRA…, Tapi, ADA ISU Yang Tidak Diketengahkan!!!; R SIVARASA ||| @ MalaysiaKini”

19 04 2008

PKR vice-president and Subang MP R Sivarasa is happy with the PM’s speech at the Bar Council dinner, but stressed that other issues plaguing the judiciary have not been addressed.

***********************************************************************************************
sumber daripada malaysiakini youtube.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“MEMALI ||| Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! ||| Orang Kedah, Jangan Mudah Lupa ISU INI!!!”

18 04 2008

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“TERKINI: Ketuanan Melayu DIPERALAT UMNO; Prof. Mohamad Bakar”

15 04 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

sentimen isu ketuanan melayu hanya dibangkitkan selepas umno kalah tapi ia diperalatkan bila umno menang besar, kata Prof. Mohamad Bakar. -harakah-

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
untuk lebih lanjut, info-info sumber alternatif anda, klik http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“DIPAKSA BERCAKAP??? ||| Tidak Mengaku Musnahkan Dokumen Kerajaan???”

14 04 2008

SESUDAH BERBOHONG TIDAK MENGAKU MEMUSNAHKAN DOKUMEN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SELEPAS KALAH TERUK PRU12 LALU SEKARANG DIA BOHONG LAGI….TAK SERIK KE TIPU RAKYAT….NAK KENA TSUNAMI LAGI NAMPAK NYA NI!!!!
Ikutilah ini untuk penjelasan lanjut:

Ahmad Tajdid
Thu | Apr 10, 08 | 10:55:39 am MYT

Sekonyong-konyong babi mencuri perhatian ramai di Selangor. Belum pun sempat para Exco Kerajaan baru Pakatan Rakyat memanaskan kerusi-kerusi pejabat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di Shah Alam, sekumpulan penyokong Umno daripada Sepang sudah datang menunjuk perasaan kerana babi.

Sebenarnya babi bukanlah isu baru di Sepang. Sejak puluhan tahun penduduk Melayu di Sepang sudah pun hidup bersama makhluk Allah itu. Mereka sudah terbiasa dengan segala macam masalah yang timbul daripada ternakan babi tidak terkawal di kawasan yang diwakili BN itu.

Bagaimanapun, pengumuman kerajaan negeri untuk meluluskan projek ternakan babi secara moden di situ tiba-tiba mengundang protes. Alasannya, projek itu kononnya bersaiz mega dan boleh memburukkan lagi pencemaran alam sekitar.

Para penduduk di Kampung Tanjung Sepat, Sepang misalnya mendakwa aktiviti ternakan babi yang tidak terkawal di era pemerintahan BN mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.

Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.

Utusan Online memetik kenyataan Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Kundang, Shahamid Sanusi, bahawa aktiviti membuat belacan yang menjadi salah satu punca mata pencarian utama penduduk sukar diteruskan kerana kekurangan udang geragau yang menjadi sumber utama dalam pembuatan belacan.

Semuanya kerana pencemaran najis babi.

Menurut Shahamid, selain Tanjung Sepat, pantai sekitar kampung Tumbuk, kampung Gadong, pekan Tanjung Sepat dan Batu Laut juga terjejas teruk akibat pencemaran sisa buangan najis babi.

Kekurangan udang geragau juga menyebabkan kilang memproses belacan bernilai RM100,000 yang dibina oleh Jabatan Perikanan kini terbiar.

Utusan Online turut memetik kenyataan Ketua Kampung Batu Laut, Bajuri Pakeh yang mendakwa banyak kawasan paya bakau di situ telah musnah akibat pencemaran.

Beliau juga bimbang kemusnahan akan menjadi lebih teruk kerana ramai pengusaha ladang babi kini sedang membesarkan kandang masing-masing.

�Jika tidak dikawal, saya tidak boleh bayangkan apa akan terjadi pada alam sekitar di kawasan ini malah sektor pelancongan termasuk homestay juga akan terjejas,� katanya.

Seorang penduduk, Noridah Endut memberitahu, tanah tepi laut seluas satu hektar milik keluarganya juga telah musnah akibat pencemaran.

�Dahulu kawasan itu pernah digunakan untuk menanam sayur-sayuran selain menjadi tempat berehat sekeluarga. Kini semua kehidupan telah mati dan pasir menjadi hitam,� katanya.

Ketua Unit Peladang Kampung Tanjung Layang, Saharudin Mohd. Said pula berkata, ramai penduduk di kawasan itu terpaksa mencari kerja di luar kampung untuk terus menyara keluarga masing-masing.

��Tinggal di kampung pun tidak ada guna. Bukan boleh turun ke laut lagi,� katanya.

Itulah rungutan para penduduk di kawasan terbabit ekoran legasi penternakan babi tidak terkawal oleh bekas kerajaan BN Selangor.

Jadi apakah langkah penyelesaiannya? Adakah dengan hanya mengeluh dan menunjuk perasaan masalah itu boleh selesai? Apatah lagi ladang-ladang babi yang tumbuh bagai cendawan di daerah Sepang wujud sejak berpuluh tahun lalu di bawah ‘perlindungan’ kerajaan BN?

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri meluluskan cadangan membina ladang ternakan babi moden di Kampung Tumbuk, Kuala Langat perlu disambut baik penduduk jika mahu isu ini diselesaikan segera.

Kawasan yang dicadangkan juga terletak di kawasan Sepang yang telah pun menjadi tapak utama ladang babi.

Sehubungan itu, wakil-wakil penduduk sepatutnya mengambil inisiatif bertemu dan berbincang dengan kerajaan negeri untuk memberi cadangan dan input berguna bagi mempastikan usaha memusat dan menternak babi secara terkawal ini berhasil.

Para penduduk Melayu di kawasan terbabit perlu lebih berhati-hati dan tidak terikut-ikut dengan hasutan kumpulan desperado politik yang mahu menangguk di air keruh.

Ketika kumpulan desperado ini memerintah negeri, tiada sebarang langkah proaktif diambil bagi menyelesaikan masalah ternakan babi secara berleluasa ini. Malah ternakan babi secara tidak terkawal bukan sahaja berlaku di Sepang, Selangor, malah di Paya Mengkuang, Melaka dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan – negeri kubu kuat Umno dan BN.

Sikap tidak bertanggung jawab BN ini diserlahkan lagi oleh kenyataan bekas MB Selangor, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.

Ketika menjawab penjelasan Abdul Khalid bahawa projek itu telah diluluskan oleh kerajaan BN negeri, dan kerajaan Pakatan Rakyat hanya meneruskan apa yang dirancang; Mohd Khir yang kini dilanda sindrom mudah lupa memberi kenyatan berikut:

�Kerajaan negeri dahulu hanya bersetuju meluluskan projek untuk skala kecil, itu pun belum ditetapkan lokasinya.

�Kalau penduduk setempat membantah atau penternak tidak bersetuju, kita akan batalkan projek itu,� katanya dengan muka selamba.

Begitulah tahap kredibiliti beliau di mata umum sama seperti penafiannya terhadap perjanjian perbekalan air yang dimeterai dengan Puncak Niaga (yang didapati merugikan rakyat) sehari sebelum tarikh pilihan raya umum 2008!

Baru sebulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan babi bukan satu-satunya masalah warisan kerajaan BN negeri yang perlu diselesaikan kerajaan baru. Banyak isu-isu lain yang perlu diberi perhatian utama seperti masalah perumahan rakyat dan pembangunan tidak terkawal yang mencemar alam sekitar.

Tidak seperti bekas kerajaan BN negeri yang angkuh dan sombong bila berhadapan rakyat, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pastinya lebih mesra dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Demonstrasi perlu bagi menghadapi kerajaan yang angkuh dan enggan menerima pandangan rakyat. Ia jalan penyelesaian akhir yang dibolehkan demokrasi walaupun dimomokkan sebagai ‘haram’ oleh BN dan media yang dikuasai mereka.

Tetapi sebelum berdemonstrasi dan terpengaruh dengan hasutan golongan desperado politik untuk berdemonstrasi, adalah lebih baik untuk para penduduk – rakyat Selangor – untuk berdialog dan menyatakan pandangan mereka kepada kerajaan rakyat yang memerintah.

Rasanya, Menteri Besar dan anggota Exco Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk menerima kunjungan para pemimpin masyarakat Melayu Sepang bagi berbincang dan menyelsaikan masalah yang diwarisi daripada kerajaan BN negeri ini.

***********************************************************************************************
sumber daripada AbangJebat youtube, harakahdaily.net.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“ISU PERLADANGAN BABI, 3 Pilihan Rakyat Selagor Untuk Meneyelesaikannya ||| @ TV PAS”

14 04 2008

Teruskan seperti sedia ada, tidak membenarkan langsung, atau terima keputusan kerajaan Negeri selangor.

http://www.tvpas.com

***********************************************************************************************
sumber daripada batugiling youtube, tvpas.com.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

“TERKINI: Jangan PUTARBELIT Isu Projek Pembinaan Ladang Babi!!!; Yaakob Sapari”

13 04 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

exco selangor, Yaakob Sapari beri amaran jangan memutarbelitkan isu projek pembinaan ladang babi, di ladang tumbuk, hulu langat. -harakah-