||| KONGSI link

*** ADS @ e Pemuda PAS *********

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

maaf, saya tidak berkesempatan untuk menulis banyak. yang hanya kini, khas kepada rakan-rakan yang perjuangan sealiran dengan saya (dan laman ini), silalah sertakan link anda di ruangan ini. semoga suara kita akan lebih kuat berkumandang ke serata pelosok dunia (maya juga mungkin???). semoga semua usaha kita mendapat ‘sesuatu’ daripada NYA.

hanya sedikit panduan:

*** terserah kepada anda untuk dipaparkan nama sebenar, nama laman anda, ataupun nama maya anda.

*** sila juga hendaknya letakkan link laman ini di laman anda. jika tidak pun, tak mengapa. asalkan perjuangan kita adalah sama dan satu (perjuangan dunia akhirat), itu pun sudah sangat memadai.

*** sila nyatakan anda berpihak khusus kepada mana-mana suara; samada PAS, KeADILan, GERAK, BERSIH, DAP atau mana-mana suara BA-Barisan Alternatif. jika anda adalah berdiri pada suara tersendiri, tetapi masih dengan perjuangan yang sama, saya akan letakkan laman anda ke roll ‘Pejuang-pejuang Kebenaran’.

*** sila beri apa-apa pandangan dan apa-apa sahaja. moga-moga kita semua maju, maju, dan terus maju.

PS: oh ya, saya bukan sahaja boleh menerima pautan daripada rakan-rakan PAS, tetapi juga KeADILan, DAP, dan semua suara alternatif; suara kepada memperjuang kebenaran.

updated: jika anda ada juga menyertai dan/atau menyediakan forum-forum dan/atau artikel (yang mempunyai ruangan komen), jika difikirkan menarik, saya juga tanpa segan silu akan meletakkannya di laman ini, di ruangan ‘forum sana sini’. silalah maklumkan ya… 🙂

updated: kini, ruangan pautan telah diwujudkan. lebih tersusun dan teratur. mudah juga kepada pelawat-pelawat di sini. link yang diterima akan diletakkan di sana, tidak lagi di ruangan blogroll. harap maklum. 🙂

sehingga kini, akhir kalam,

TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!! 🙂

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

43 responses

24 02 2008
md zaki bin ab manan

Tahniah calon-calon yang memperjuangkan Islam, semoga Allah memberikan kejayaan dalam pilihanraya umum ke-12. Dicadangkan pada pilihanraya akan datang (umum atau kecil) calon beragama Islam bertanding dikawasan Parlimen Segambut. Ramai orang Islam tak begitu selesa mengundi kerana kedua calon yang bertanding adalah bukan Islam. Diharap parti-parti yang memperjuangkan kepentingan umat Islam (jika bertanding dimasa akan datang) letakkanlah calon orang Islam di kawasan parlimen Segambut. Sudah dua penggal parlimen Segambut diwakili YB bukan Islam. Bilangan orang Islam Taman Tun, Sg Pencala dan Segambut serta taman-taman perumahan yang berdekatan rasa terpinggir dinegara sendiri.
Harap persempadanan semula dibuat supaya jamaaah masjid dari kalangan VVIP, cendikiawan dan pesara kerajaan dittdi, Damansara dan Bangsar berpeluang memilih YB Muslim dan terus merancang amal jariah untuk bekalan dunia dan akhirat. Jangan biarkan mereka terus berjamaah dibelakang “ketua” yang tidak layak menjadi imam. Banyak pengalaman, tenaga dan “kuasa” yang boleh digembelingkan jika akal, hati dan iman ummah terus dicerakinkan dengan bijaksana dan berpadu.

suara makmum

24 02 2008
e Pemuda PAS

Saudara md zaki bin ab manan >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman ini.

terima kasih di atas perkongsian suara anda. diharap, suara anda akan sampai ke mereka-mereka yang berkenaan, insyaALLAH, aminnn…

TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!! 🙂

PS: rupanya, ada pihak yang kurang senang dengan kekerapan saya melaungkan slogan ‘takbir’ (saya tahu hal ini daripada sumber yang lain). hanya daripada saya kini, mengapa tidak saya sentiasa melaungkannya. selain mendapat pahala, insyaALLAH, ia juga akan menerangkan kepada umum, bahawa segala apa yang kita lakukan, mestilah wajib dengan kalimah ALLAH, dalam apa jua kalimah pun, samada hanya di dalam hati, laungkannya, ataupun apa sekalipun. sekaligus, ia terlebih dahulu mengajar saya untuk tidak lalai dengan segala apa yang dilakukan, insyaALLAH, aminnn… selebihnya… mungkin pihak itu ada sebabnya yang tertentu… mungkin… dia sendiri tidak dekat dengan ALLAH, wallahua’lam… dan saya juga, sangat jauh daripada ALLAH; itulah antara sebabnya saya mengajar diri saya agar sentiasa mengingatiNYA dengan apa cara sekalipun; menyelogankan kalimahNYA antaranya. yang pasti, jika saya ada salah, jangan segan silu, tunjukkanlah… saya bukan TUHAN, apatah lagi nabi yang maksum. saya juga seperti anda, manusia biasa, yang senantiasa memerlukan bimbingan dan tunjukajar. apa pun, TAKBIR!!! 🙂

24 02 2008
md zaki bin ab manan

Assalamualaikum wm wb

Saya terbaca isu takbir dan penjelasan mengenainya.
Elakkanlah dari “berprasangka ” dan “tuduhan” sesama sendiri. Tumpukanlah kepada GAGASAN YANG LEBIH BERMAKNA

Terlalu banyak sangat masa TELAH digunakan untuk berbicara isu khilafiah dan percanggahan pendapat sesama Islam. Kita sering gagal menimba rahmat disebaliknya , kerana kesilapan yang kita lakukan secara tidak disedari.
Berdakwahlah dengan hikmah dan sabar.
Bukan mudah untuk digelar “pejuang Islam” yang sebenar.

Wallahu a’alam.

zaki

24 02 2008
e Pemuda PAS

zaki >>>

terima kasih di atas teguran anda. 🙂

11 03 2008
sharifah hashimah

Akum

saya ada lah salah seorang kerabat kedah. Tahniah di atas kemenangan pati PAS di negeri kedah. Saya ingin menyuarakan rasa terkilan selam 17 tahun menjadi isteri kedua pada salah seorang pegawai atasan kerajaan. Negeri kedah tidah mengikut hukum allah apabila beristeri lebih dari satu. Keutamaan di beri pada isteri pertama sahaj. Majlis resmi kerajaan saya tidak di bawa olih suami kerana kerajaan kedah tidak iktiraf saya kemajlis bersama suami. Di mana kah keadilan di mana di ijab kabul suami perlu berlaku adil pada istri2 yg ada. Kuasa pemerintah lebih di sanjung dari hukum allah di mana dosa dah tidak di pedulikan demi menjaga nama. lagi satu, kawan saya berugama kristian telah menganut ugama islam apabila berkahwin drngan lelaki melayu. selepas 14 tahun berlaku perceraian. Suami tidak memberi nafkah dan dia telah ke pejabat ugama merayu supaya mereka mengambil undang2 keatas bekas suaminya. dah 4 tahun berpisah bekas suami tidak memberi nafkah untuk anak2, (3 org) Saya telah memberitahu kadi dan juga mufti kedah pun dah tahu kes kawan saya ini. Yang sedihnya ibu bapanya yang berugama keristian menjaga cucu2 di rumah mereka. Jadi mereka tinggal sekali di rumah keristian dengan ada salib jesus christ dalam rumah. Kwan saya sampai hilang kepercayaan kpd agama islam yg kita sanjung ini. Tidak ada orang pun yg peduli sekiranya mereka masuk balik ugama keristian. Tindakkan undang2 tidak di ambil ke atas bekas suaminya. Harap dapat membantu saya

17 03 2008
heliconia

Salam Ukhuwah

terima kasih atas kesudian subscribe you tube muntazirah

🙂

17 03 2008
e Pemuda PAS

heliconia >>>

salam ukhwah kembali.

sama-sama… 🙂

oh ya! saya telahpun letak link laman anda di laman ini. tiada alasan untuk tidak. bersama kita teruskan perjuangan! 🙂

17 03 2008
heliconia

Terima kasih atas kesudiannya. Your blog is added to my blogroll too..

🙂

27 03 2008
AbangJebat

TERUSKAN USAHA ANDA BERDAKWAH CARA MODERN MELALUI INTERNET. SYABAS. SEMOGA HIDUP ANDA SERING DIBERKATI ALLAH .

27 03 2008
e Pemuda PAS

AbangJebat >>>

terima kasih di atas keprihatinan anda. insyaALLAH, selagi ALLAH mengizinkan saya, selagi itu hayat saya hanyalah hak kepada perjuangan DUNIA AKHIRAT. doa-doakan saya ya. 🙂

2 04 2008
angahcipoi

Tolong link kan laman http://pasjelebu.blogspot.com dengan laman saudara ini.Harap dapat promosikan PAS Kawasan Jelebu ke mata luar. UMNO Jelebu dan Rais harus di tumbangkan, maka dengan sedikit promosi untuk link ini di harap dapat membantu.Terimakasih.Wassalam.

2 04 2008
e Pemuda PAS

angahcipoi >>>

tiada sebab untuk tidak. confirm saya letak punya!

harap-harap you also do the same kay. kalau tak pun, tak mengapa… asalkan kita bersama terus dengan perjuangan kita. iya tak??? heheh… 🙂

11 04 2008
bendahara

Kalau UMNO suka buat demonstrasi bantah keputusan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, apa kata Pemuda PAS buat demonstrasi bantah keputusan kerajaan pusat dan kerajaan negeri pimpinan UMNO pulak..

Contoh keputusan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah yang nak campurtangan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat. Kita demo depan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah bantah campurtangan pusat terhadap pentadbiran negeri.

Tindakan kerajaan pusat melanggar prinsip Perlembagaan Persekutuan

14 04 2008
BUKAN BABI

Apa sahaja yang dilakukan oleh kaum kerabat UMNO terhadap kaum kerabat PR semua adalah semata-mata penuh hasat dengki. Sedarlah wahai UMNO/BN, dah tinggal nyawa inkan masih tak sedar diri. Berperasaan konon parti yang terkuat di Malaysia. Rakyat terkini sudah tak tertipu oleh kamu wahai menjilat UMNO/BN.

Kepada para pemimpin PR, lakukan tugas dengan sebaik mungkin. Teruskan ajenda anda hanya tanpa satu sahaja, iaitu TANPA RASUAH pasti akan berjaya. Teruskan tanpa was-was… berjuta rakyat akan tetap terus berada dibelakang anda….Kita sejarahkan UMNO. Semoga anak cucu kita nanti akan berbangga dengan apa yang anda kerjakan….

16 04 2008
pmerbok

Salam Ziarah

Saya tak pandai sangat tapi saya minta kalau boleh saudara ubah layout saudara supaya nampak lebih ringkas dan kemas, banyak bahan menarik yang boleh dikongsi di sini, tahniah

16 04 2008
e Pemuda PAS

Pemuda PAS Merbok >>>

terima kasih di atas pandangan anda. insyaALLAH, akan dipertimbangkan. tengoklah, saya cek-cek kesemua theme yang ada kat wordpress.com ni. kalu ada yang saya berkenan, insyaALLAH saya akan ubah. 🙂

oh ya, lagipun, saya kini sibuk sedang memperbangun laman utama bagi ePemudaPAS ini… laman ini tidak akan terkubur, cumanya, akan jadi 2nder lama ePemudaPAS. laman utama nanti, insyaALLAH, layout ye akan lebih gempaq! 🙂

17 04 2008
Abd Haq M

Nama Sebenar ialah Abd Haq Md. Nama di alam maya ialah Whitenaval, tetapi khas untuk politik, nama pena saya ialah 729 SERANTING Whitenaval. Untuk permulaan, saya mengucapkan terima kasih kerana moderator web ini memasukkan nama link saya (Akhbar-ul-Haq).

Saya juga sudah me’link’kan nama web saudara di laman web saya. Saya sangat berbesar hati.

Saya adalah ahli PAS. Akhbar-ul-Haq (sesuai pada Pejuang-Pejuang Kebenaran) adalah weblog peribadi saya yg berunsurkan Politik Malaysia. Bagi PAS Cawangan Seksyen 17, saya memainkan peranan menyediakan weblog di address http://pas17.wordpress.com dan saya memohon saudara moderator juga memasukkan link Pusat Khidmat Masyarakat itu di bawah PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

Laman epemudapas ini sgt baik dalam menyediakan video2 terkini. Kadang2 saya juga ada mengambilnya sebagai rujukan bagi penulisan saya.

sehingga kini, akhir kalam.
-Akhbar-ul-Haq-

17 04 2008
e Pemuda PAS

Abd Haq M >>>

saya e Pemuda PAS, dan e Pemuda PAS hanyalah ia… biarlah diri ini hanya aja dikenali sebagai e Pemuda PAS. 🙂

sama-sama. saya tiada alasan untuk tidak meletakkan link anda. 🙂 terima kasih kerana juga berbuat perkara yang sama. 🙂

iya, pertama kalinya saya ke laman anda, lama Akhbar-ul-Haq, saya telah dapat menangkap dasar utama pembangunan dan kewujudannya. saya ini pun, jika ada barangsesiapa yang mengkategorikan link, seperti apa yang saya lakukan, mahu aja saya diletakkan di ruangan ‘Pejuang-pejuang Kebenaran’. iya, tiada alasan untuk tidak meletakkan link tersebut; saya namakannya ‘PAS Cawangan Seksyen 17’ ya. dan pastinya ia di bawah kategori link PAS. 🙂

wah… saya sangat terharu dengan ulasan anda itu. tidak disangka, saya juga dapat berperanan dalam segala apa yang ingin disampaikan. syukur, alhamdulillah… 🙂

apa pun, terima kasih tidak terhingga diucapkan. 🙂

18 04 2008
Akhbar-ul-Haq

Salam,

Nak minta tolong moderator delete saya punya message detail di Pesanan Kepada YB boleh? Yang kat sini tak perlu delete. Cuma Pesanan Kepada YB dideletekan kerana takut ade fitnah nanti. Thank…

18 04 2008
e Pemuda PAS

Akhbar-ul-Haq >>>

sodesuka… 🙂

alrighty then… saya delete. takde hal punya… emmm… kalu boleh beritahu sebabnya secara personal, bolehlah kongsi-kongsi… kalau tak pun… takper… 😀

18 04 2008
Pejuang Negara

Cuma segan je if kawan2 bloggers nampak my name 🙂 No big deal.. 🙂

18 04 2008
e Pemuda PAS

Pejuang Negara >>>

so desuka… alright tu! emmm… nickname ni lebih digemari! (saya la… tak tau la orang lain… heheh… 🙂

19 04 2008
AkhbarulHaq

Ala Pejuang Negara Bukan saya punya nick name 😦 Saya punya Akhbar-ul-Haq… Boleh tak letak sbg Akhbar-ul-Haq kerana ia lebih bermakna bagi saya kerana ada nama saya… Boleh tak letak sebagai Akhbar-ul-Haq?

19 04 2008
e Pemuda PAS

Akhbar-ul-Haq >>>

so desu… 😀

okay aja sih… 🙂 ingatkan, masa komen ari tu, nak tukarkan nickname… huhuhu….. 🙂

so, lepas ni… gunalah Akhbar-ul-Haq sampai bila-bila ya…… so, semua kenal……. siapa itu Akhbar-ul-Haq………. 😀

19 04 2008
Akhbar-ul-Haq

Dear epemudapas,

Thanks! Hope we will meet in future. Malam ni ader perhimpunan di Shah Alam. Kalau datang helo2 lah…

28 04 2008
globalmalau

saya pun nak tulis jugak…nak kenal dengan blogger jauh…salam dulu kalian yang terekses ini…saya tak terikat dengan mana mana pehak…mana yang tak betul kita tegurlah takat mana boleh…apapun salam ukhwah untuk semua

3 05 2008
mochaquest

Saya amat tertarik dengan article saudari. Saya sedang fikir, bolehkah kita exchange links? Maksudnya, kita saling tukar links. Saya akan memaparkan blog saudari di blog saya dan saudari juga berbuat demikian. Jika tiada aral melintang, boleh saudari hubungi dan emel saya di arrica.lee@gmail.com

6 05 2008
e Pemuda PAS

mochaquest >>>

boleh sahaja… saya akan letakkan di bahagian ‘para pejuang kebenaran’ ya…

emmm… saya ‘saudara’, bukan ‘saudari’… 🙂

20 05 2008
Nabil

ASSALAMUALAIkum,…..

Wah, bgus btul blog ni….
Byk Cerita-cerita politik terkini….
Bgus…. ana Pilih SUARA KEBENARAN…
SEMUA parti xlah sempurna sgt, Tapi Kelebihan parti tertentu mmg x dapt
di Nafikan…..

hehe, Klau ada masa datanglah ke Blog Nabil….
Moga Ukhuwah antara berkekalan…

Salam ukhuwah dari Nabil [ Pemuda Jalanan ]

11 06 2008
afifzahrah

Salam
apa habq? nak tanya macam man nak paut link ni?

19 06 2008
nazree bheuu

minyak oh minyak,sakit kepala memikirnya…rakyat semua kena tipu,mana semua kuasa rakyat..semua Menteri kaki penipu,mkn duit rakyat,dio orang semua percuma,kita rakyat biasa kena bayar..sedar la rakyat yg memilih UMNO tu…

19 06 2008
nazree bheuu

lagu dikir barat..Minyak oh minyak,sedap di dgr..bulih ker nak download lagu dikir tu…cuba bg tahu,member kita semua

20 07 2008
attakiri

salam, masih berjinak dalm dunia penulisan untuk tegakkan amal maaruf dalam diri. moga ada hubungan maya agar jihad dalam diri dapat diteruskan

7 08 2008
AbangTuah

Wei Kaum PAS dan PKR dan DAP

Sedara-sedara kamu sedang kena tenyeh, kena uli, kena hantam di laman blog UMNO…pemudaenggang.wordpress.com…tak kesian ke…pergilah tolong…kahkahkah

15 12 2008
Reformis

Salam Ukhwah ya akhi…

Teruskan perjuangan..ISLAM itu perlukan pemuda yang kental dan hebat.
Rijal y kuat.

Salam Ukhuwah.. TAKBIR di sambut dgn laungan ALLAHUAHKBAR…

Salam Perjuangan… dari http://suarareformis.wordpress.com/

10 04 2009
pujaans

Teruskan perjuangan demi Islam…

5 07 2009
alik166

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Teruskan Perjuag Kalian kami akan membantu kalian menegakan Perjuangan kalian dan Hapus Pemerintahan UMNO , Sesunguhnya mereka itu adalah Pemerintah Yang Paling Kotor Sekali didunia Ini.

5 07 2009
atan

wahai pemuda harapan bangsa

5 07 2009
sedara manap jepun

matamin.blogspot.com untuk PEMUDA…!!!

3 08 2009
sedara manap jepun

ABANG TUAH, BULAN OGOS BULAN KEMERDEKAAN, BACALAH MATAMIN.BLOGSPOT.COM…..!!!

10 06 2010
rifhan amira binti mohd razif

Dato’ saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sederhana,cuma masalah yang semakin ketara dan membimbangkan kami ialah sikap suami saya.Saya sering menasihati suami supaya cuba mengubah sikapnya dengan menambah iman dengan menghadiri ke majlis-majlis ilmu atau ke kelas pengajian Al-Quran..tetapi semakin di nasihati semakin dia memarahi saya..
Kini saya hanya berdiam diri dan terus berdoa semoga Allah mengubah sikapnya. sekarang suami saya banyak menghabiskan masanya bersama kawan-kawannya di luar rumah…Dia sudah jarang bersembahyang berjemaah di surau.. Dia hanya berjemaah solat isya dan selepas itu di luar surau.dia dan rakan-rakan surau berbual hingga lewat malam setiap hari.begitu juga setiap petang,dia bermain takraw hingga tidak lagi berjemaah maghrib di surau.. usianya hampir mencecah 50-an.saya mohon bantuan ustaz,apakah saya harus berdiam diri,atau memberi nasihat kekadang saya berasa malu dan berdosa kerana memberi nasihat…

20 08 2010
amamfuadi

ramai isteri yang menghadapi masalah suami saperti ini. elok serahkan kepada Allah swt. Manusia sudah jauh dari agama . perceraian sudah menjadi lumrah. Bersabar dan berjihadlah kearah mempertahankan rumahtangga anda. Biar suami yang degil ini menerima padahnya. Yang penting para isteri masakini kuatkan semangat untuk terus hidup bersama anak anak dijalan Allah. Hadapi segala cabaran dugaan dan ujian. Kepahitan hidup akan dibalas dengan syurga. Mereka yang berpada dengan apa yang ada, berusaha sekadar terdaya cintakan akhirat dan tidak mencintai dunia mereka inilah yang akan berjaya didunia dan akhirat . Cara hidup yang diridai Allah adalah matlamat kita. Ramai orang lain yang lebih menderita. Rasul dan para sahabat hidup senantiasa didalam perjuangan . Tidak kenal erti rehat, selesa dan berpoya-poya.

25 08 2010
sampulduitaidilfitri

salam ramadhan.. sila layari blog ini utk mendapatkan sampul duit raya aidilfitri istimewa (versi tok guru dan save palestin)

Leave a comment