“KOLEKSI GAMBAR: Sekitar Penamaan Calon PRU:12 (1)”

26 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

HarakahDaily

Tue | Feb 26, 08 | 12:10:32 pm MYT

Pelbagai aksi dan ragam di rakamkan ketika proses penamaan calon berlangsung pada 24 Febuari 2008 yang lalu.

Berikut dipaparkan sebahagian dari detik-detik ketika majlis berlangsung. Klik pada gambar-gambar berikut untuk melihat dengan lebih jelas.

.sig_cont {width:230px;height:180px;}

***********************************************************************************************
sumber daripada http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

“TEKANAN Untuk Awang Adek, 122 Ahli UMNO Bachok Sertai PAS”

26 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Wan Nordin Wan Yaacob

Tue | Feb 26, 08 | 7:32:18 am MYT

BACHOK, 26 Feb (Hrkh) – Dalam keghairahan Umno/BN berkempen untuk menawan Kelantan dengan menamakan Dato’ Dr Awang Adek Husin sebagai calon Menteri Besar, persediaan kem Umno/BN sekali lagi menerima tamparan hebat berikutan kemasukan 122 orang ahli Umno Bachok menyertai PAS.

Kesemua penyokong kuat Umno dik awasan Jelawat dalam Parlimen Bachok itumenyerahkan borang menyertai PAS kepada Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Gunong, Jelawat malam tadi.

Kesemua ahli Umno yang menyertai PAS itu adalah ahli dari Cawangan Umno Kampong Gunong dan Bukit Cendol.

Penyerahan turut disaksikan oleh bekas wakil rakyat BN Dun Jelawat, Mohammad Hasan atau lebih dikenali ‘Abe Mat’ yang turut berceramah dan menghentam kegilaan Awang Adek untuk menjadi Menteri Besar.

Penyertaan penyokong kuat Umno Jelawat ke dalam PAS dikepalai Jamaluddin Ahmad dan ia merupakan satu lagi tamparan hebat selepas Umno/BN kehilangan satu kerusi ketika penamaan calon 24 Februari lalu berikutan calon BN di Dun Kijang tidak layak bertanding kerana bankrap.

Lebih memalukan Umno adalah kerana 122 ahli Umno yang menyertai PAS malam tadi adalah merupakan ahli Umno di Parlimen Bachok yang mana ia adalah merupakan kawasan yang ditandingi Dr Awang Adek.

Lebih 1000 penyokong PAS dan Umno sekitar Jelawat hadir bagi menyaksikan malam bersejarah yang dinamankan bekas wakil Rakyat BN di Jelawat sebagai ‘program penghijauan’ itu.

Sementara itu mengulas mengenai kemasukan ke dalam PAS, Jamaluddin Ahmad berkata, beliau masuk PAS kerana sedar perjuangan Umno/BN hanyalah untuk kebendaan selain janji-janji yang ditaburi Awang Adek tidak pernah ditunaikan.

Sejak menang dalam pilihan raya umum 2004, Awang Adek tidak memberikan khidmat yang baik dan gagal menjadi wakil rakyat yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat, katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang keahlian PAS di Jelawat.

Untuk rekod, Umno/BN Kelantan sebelum ini kelam kabut apabila dua calon mereka menarik diri dari bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Pasir Mas.

Ketika hari penamaan calon pula calon BN telah dibatalkan penyertaan mereka di Dun Kijang sementara calon BN di Dun Chempaka hampir-hampir tidak dapat bertanding kerana tidak menurunkan tandatangan selepas tamat tempoh penyerahan borang pencalonan.

Calon BN di Dun Chempaka itu bernasib baik kerana diselamatkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga kerana mendapat simpati dari calon PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membenarkan calon BN tersebut menurunkan tandatangan biarpun sudah tamat tempoh penyerahan borang pencalonan. – mks.

***********************************************************************************************
sumber daripada http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

“Undi BA, JADIKAN ABDULLAH KETUA Pembangkang Di Parlimen”

25 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Mohd Sabri Said

Mon | Feb 25, 08 | 6:25:17 am MYT

PERMATANG PAUH, 25 Feb (Hrkh) – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat memberikan undi pada Barisan Alternatif (BA) dalam pilihan raya kali ini untuk memastikan Presiden Umno menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum pada 8 Mac nanti.

Bukan sahaja Dato’ Seri Abdullah rakyat juga disaran menghukum Timbalannya, Dato’ Seri Najib supaya mengalami nasib yang sama agar memudahkan Kerajaan BA menghantarnya menjadi Duta di Monggolia.

Jelasnya, itupun kalau rakyat di Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang dan Pekan, Pahang mahukan khidmat mereka sebagai Ahli Parlimen dilanjutkan.

“Jika mereka menang pun biar sekadar menjadi Ketua Pembangkang manakala Najib kita hantar sebagai Duta di Monggolia,” tegasnya ketika memberikan amanat pada pengundi sempena mengumumkan nama-nama calon KeAdiLan di Taman Kelasah, Permatang Pauh semalam.

Menurut Dato’ Seri Anwar, pemuda yang mahu bekerja untuk Umno sila jalankan kerja seperti biasa kerana mungkin takut diugut kerana berkhidmat dengan kerajaan tetapi ingat bila undi nanti biar memangkah BA.

Beliau memberitahu, jika sekiranya mereka mendapat habuan kurang daripada RM400.00 untuk laksanakan kerja BN bermakna mereka telah ditipu kerana sejak dulu BN tidak pernah membayar kurang daripada itu.

“Kita tahu jika mereka nak kerja untuk BN kerjalah tapi kena ingat pembayaran mesti beres jangan ditipu. Lazimnya pembayaran lebih dari RM400.00 semalam jika dapat kurang dari itu bermakna ada orang ambil peluang terhadap jentera muda, ” tambahnya lagi.

Jika dapat pula kata beliau, jangan lupa bagi sebahagiannya pada BA untuk melawan mereka balik kerana wang itu adalah wang rakyat.

Seandainya diberikan bendera untuk dinaikkan, jentera pemuda Umno usah sangkutkan di tiang tinggi sebaliknya setengah tiang sahaja kerana Umno bakal mati menjelang pilihan raya kali ini.

“Sangkut bendera BN setengah tiang sahaja baru sesuai dengan umur mereka yang tidak panjang, “jelasnya dengan gelak ketawa ribuan hadirin. – mks.

***********************************************************************************************
sumber daripada http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

“UMNO Tolak Negara Kebajikan Kerana Berfikiran JAHAT”

24 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Hashim Abdullah

Wed | Feb 20, 08 | 9:54:48 pm MYT

TEMERLOH, 20 Feb (Hrkh) – Tindakan pemimpin Umno memperleceh hasrat PAS yang menawarkan Negara Kebajikan kepada rakyat melalui manifesto pilihan raya berpunca dari pengamalan pemikiran jahat mereka selama ini, kata Yang DiPertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif.

Justeru tambah Abdul Rahim, rakyat kena sedar bahawa tindakan pemimpin Umno membuat dasar pemerintahan yang menyusahkan rakyat kerana tidak ada dalam pemikiran mereka nilai belas ihsan, kasih sayang, lalu akhirnya mereka menggunakan kuasa pemerintahan untuk menindas rakyat.

“Sebab itu bila kita nak jadikan negara kita negara kebajikan pemimpin Umno tak faham, yang ada dalam diri mereka kejahatan. Dalam diri mereka tak ada kebajikan, yang ada kejahatan dan dengan kejahatan itu mereka kekalkan kuasa.

“Kita (PAS) berbeza dengan mereka kerana kita mahu pemimpin yang adil yang takutkan Allah. Kita ada pertimbangan dosa dan pahala, bukan macam Umno, soal agama tak ada dalam kamus pemimpin Umno,” katanya.

Bercakap pada ceramah di Kampung Bintang, dekat sini semalam, Abdul Rahim menambah rakyat perlu berusaha mendapatkkan maklumat yang betul dan tepat mengenai perjuangan PAS jika mahu menjadikan rakyat selamat dunia dan akhirat.

“Kita tawarkan kepada rakyat benda yang baik. Kita nak ajak rakyat hidup selamat dengan Islam. Sekarang ni banyak berlaku bermacam-macam perkara akibat daripada Umno menolak Islam. Macam-macam perkara berlaku, rogol, jenayah , bunuh dan bermacam kekalutan dalam masyarakat. Ini akan jadi lebih buruk lagi jika Umno terus berkuasa,” katanya. – mns

***********************************************************************************************
sumber daripada http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

“Dua Beradik BERAZAM JATUHKAN Abdullah Badawi”

24 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Mohd Sabri Said

Thu | Feb 21, 08 | 4:02:46 pm MYT

PULAU PINANG, 21 Feb (Hrkh) – Dua beradik berasingan parti dalam Barisan Alternatif (BA) berazam akan menjatuhkan Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Kedua-duanya bertanding dalam Parlimen Kepala Batas dengan harapan rakyat boleh memberikan undi pembangkang untuk meranapkan harapan Dato’ Seri Abdullah meneruskan agenda konsep Islam Hadhari.

Harakahdaily dimaklumkan kedua mereka adalah calon paling sesuai untuk berentap di parlimen tersebut berikutan pengaruh yang tinggi.

Walaupun salah seorang daripada mereka belum dikenali dunia luar namun anak tempatan lebih mengenali keperibadianya yang baik dan bersopan.

Manakala salah seorang daripada mereka pula lebih dikenali di dunia luar sebagai penceramah bebas yang pernah memberikan ucapan di corong radio Mutiara FM, Jabatan Kerajaan seperti Pusat Latihan Polis (PULAPO), Ibu Pejabat Bukit Aman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri selain kuliah atau mimbar masjid,

Walaupun begitu, salah seorang daripada mereka akan diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas pada 22 Febuari, manakala seorang lagi yang mewakili Parti KeAdiLan akan diumumkan oleh Ketua Umum KeAdiLan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 23 Februari 2008 di Pejabat KeAdiLan Negeri di Taman Kelasah, Seberang Jaya jam 9.00 malam. – mns

***********************************************************************************************
sumber daripada http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

“KETUA PENERANGAN UMNO ‘Berputih Mata’ Di Selangor”

24 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Harakahdaily

Thu | Feb 21, 08 | 10:21:13 pm MYT

SHAH ALAM: Masa depan politik Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menempuh jalan suram apabila tidak dicalonkan langsung sebagai calon BN di Selangor.

Pemimpin veteran yang turut tidak dicalonkan ialah Dato’ Mokhtar Dahalan dan Daud Tarahep.

Pencalonan Ketua Puteri Umno Klang, Roselinda Abdul Jamil bagi kerusi Dun Pelabuhan Klang dianggap meneruskan penguasaan Datuk Zakaria Md Derus @ Dato’ Zek. Sebagai Adun paling kontroversi penggal lalu, tempat Dato’ Zek digantikan menantunya, Roselinda.

Paling mengejutkan ialah pengguguran Dr Amran Kasimin bagi kerusi Dun Bandar Baru Bangi. Menurut sumber, Amran pada mulanya disenaraikan sebagai calon, tetapi digugurkan setelah menjalani tapisan di Putrajaya.

Berikut adalah senarai calon BN Selangor seperti disiarkan Bernama:

PARLIMEN

Sabak Bernam : Abd Rahman Bakri

Sungai Besar: Noriah Kasnon

Hulu Selangor: Datuk G.Palanivel

Tanjung Karang: Datuk Noh Omar

Kuala Selangor: Jahaya Ibrahim

Selayang: (Belum diumumkan)

Gombak: Said Anuar Said Ahmad

Ampang: Azman Wahid

Pandan: Datuk Ong Tee Keat

Hulu Langat: Datuk Markiman Kobiran

Serdang: Datuk Hoh Hee Lee

Puchong: Lau Yeng Teng

Kelana Jaya: Datuk Lee Hwa Beng

Petaling Jaya Selatan: Datuk Donald Lim Siang Chai

Petaling Jaya Utara: Datin Paduka Chew Mei Fun

Subang: S. Murugesan

Shah Alam: Datuk Abdul Aziz Shamsuddin

Kapar: Datin Paduka P. Komaladevi

Klang: Datuk Ch’ng Toh Eng

Kota Raja: S. Vigneswaran

Kuala Langat: Datuk Sulaiman Mohd Karli

Sepang: Datuk Mohd Zin Mohamed

DEWAN UNDANGAN NEGERI

Sungai Air Tawar: Datuk Raja Ideris Raja Ahmad

Sabak: Datuk Warno Dogol

Sungai Panjang: Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo

Sekinchan: Puah Bon Choon

Hulu Bernam: Datuk Mohamed Idris Abu Bakar

Kuala Kubu Bharu: Wong Koon Mun

Batang Kali: Mohd Isa Abu Kasim

Sungai Burong: Datuk Mohd Shamsudin Lias

Permatang: Sulaiman Abd Razak

Bukit Melawati: K. Parthiban

Ijok: Datuk Mohamed Sayuti Said

Jeram: Datuk Amiruddin Setro

Kuang: Abdul Shukor Idrus

Rawang: Lee Li Yew

Taman Templer: Datuk Subahan Kamal

Batu Caves: T Mohan

Gombak Setia: Yuszahari Mohd Yusoff

Hulu Klang: Datuk Ahmad Bujang

Bukit Antarabangsa: Haslinda Mohd Zirain

Lembah Jaya: Datuk Ismail Kijo

Chempaka: Nosimah Hashim

Teratai: Datuk Lum Weng Keong

Dusun Tua: Ismail Sani

Semenyih: Johan Aziz

Kajang: Datin Paduka Low Lee Leng

Bangi: Datuk Mohd Fathil Daud

Balakong: Dr Lai Kwong Choy

Seri Kembangan: Datuk Liew Yeun Keong

Seri Serdang: Datuk Mohamad Satim Diman

Kinrara: Datuk Kow Cheong Wei

Subang Jaya: Ong Chong Chuan

Seri Setia: Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin

Taman Medan: Mona Liza Hamzah

Bukit Gasing: Datuk Dr Lim Thuang Seng

Kampung Tengku: Sheah Kok Wah

Damansara Utama: Victor Gu Chian Peow

Bukit Lanjan: Datin Paduka Yeong Dai Ying

Paya Jaras: Datuk Muhammad Bushro Mat Johor

Kota Damansara: Datuk Zein Isma Ismail

Kota Anggerik: Datuk Ahmad Nawawi M.Zin

Batu 3: Datuk Salamon Selamat

Meru: Md Ghazali Md Amin

Sementa: Datuk Abdul Rahman Palil

Sungai Pinang: Datuk Song Kee Chai

Selat Klang: Norliza Ahmad

Pelabuhan Klang: Roselinda Abdul Jamil

Pandamaran: Datuk Teh Kim Poh

Kota Alam Shah: Ching Su Chean

Seri Andalas: A. Kamalam

Seri Muda: Datuk Amzah Umar

Sijangkang: Datuk Abdul Fatah Iskandar

Teluk Datuk: Datuk Ei Kim Hock

Morib: Hasiman Sidom

Tanjung Sepat : Datuk Dr Karim Mansor

Dengkil: Datuk Malsum Paing

Sungai Pelek: Datuk Yap Ee Wah.- tajdid

***********************************************************************************************
sumber daripada http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

“Calon Wanita PAS Pulau Pinang Bertekad Perkenalkan NEGARA BERKEBAJIKAN”

24 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Mohd Sabri Said

Sat | Feb 23, 08 | 11:42:12 am MYT

PULAU PINANG, 22 Feb (Hrkh) – Calon wanita tunggal PAS Pulau Pinang, Hajjah Asnah Hashim bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bayan Lepas berkata, beliau akan memperkenalkan manifesto PAS ‘Negara Berkabajikan’ kepada masyarakat secara menyeluruh.

Katanya, Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS amat sesuai dengan senario politik negara masa kini ekoran kemelut kenaikan barangan yang bertalu-talu.

“Saya akan berjuang memberikan penerangan secukupnya tentang Negara Berkebajikan yang menjadi agenda PAS. Rakyat masih tertanya-tanya apakah motif PAS dalam usaha begitu,” tambahnya pada sidang media selepas diperkenalkan calon pada semua media petang semalam.

Menurut beliau, selama ini suara wanita tidak diangkat dalam Dun walaupun Adun di kalangan wanita terdapat empat orang, dua dari Umno dan dua dari MCA.

Tambahan lagi di sebelah Balik Pulau bekas Adun Teluk Bahang dulunya tidak berperanan menyuarakan hasrat hati wanita di sebelah pulau sebaliknya lebih cenderung mencari publisiti sendiri sahaja. – mns

***********************************************************************************************
sumber daripada http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

“Tokoh Agama UMNO Pahang Digugurkan Kerana TIDAK TAHU BERKARAOKE?”

24 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Basiron Abdul Wahab
Sat | Feb 23, 08 | 3:12:08 pm MYT
TEMERLOH, 23 Feb (Hrkh) – Pengguran empat tokoh agama Umno seharusnya menyedarkan golongan agama di dalam parti itu bahawa mereka hanya diperalatkan ketika Umno tersepit, ulas Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap senarai calon Umno/BN yang diumumkan pengerusi BN Pahang, kelmarin.

Kelmarin, Pengerusi BN Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakub mengumumkan penyingkiran keempat-empat ‘Ustaz Umno’ iaitu Dato’ Redzuan Harun (Kerdau), Ahmad Jaafar (Tahan) Abdul Rahman Ibrahim (Jengka), dan Wan Iqbal Abdul Hamid (Peramu Jaya) bersama lima yang lain termasuk Ahli Parlimen Paya Besar.

Mereka itu, kata Tuan Ibrahim hanya diperlukan dalam pilihan 2004 bagi menyaingi calon berlatar belakang agama yang diketengahkan PAS, kini apabila Umno selesa, ustaz-ustaz berkenaan diketepikan untuk diganti dengan calon lain.

Pemerhati berpendapat keempat-empat ustaz berkenaan diketepikan kerana tidak tahu berkaraoke dan menyanyi. Difahamkan kebolehan berkaraoke menjadi salah satu syarat bagi calon-calon Umno/BN Pahang kerana kebolehan berkaraoke mampu menarik minat orang ramai terutama golongan muda.

Pendapat itu diperkuatkan lagi apabila salah seorang ustaz yang dikekalkan mahir berkaraoke dan mampu menyanyi lagu-lagu dangdut dengan baik, Tokoh agama bekas Khadi itu sering menyanyi apabila melawat kawasannya.

Turut digugurkan ialah, bekas Ketua Wanita Umno, Dato’ Dr Siti Zaharah Sulaiman (Parlimen Paya Besar), Ahmad Tajudin Sulaiman (Lepar), Arif Sabri (Pulau Manis), Rosni Zahri (Kuala Sentul), Md Hamdan Sudin (Semantan), Hamzah Ibrahim (Guai), Mohd Hayani Abdul Rahman dan Md Rusli Ismail (Tioman).

Mengulas mengenai lawannya di Dun Jengka, Tuan Ibrahim berkata calon BN itu telah mengenepikan pilihan utama iaitu Cik Gu Sabri yang didakwa akan dipilih kali ini tetapi dikecewakan lagi buat kali keempatnya.

Difaham, masyarakat di Jengka mengenali latar belakang calon Umno/BN itu. Pemilihannya memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan sesuai. Calon BN itu mempunyai dua kes dimahkamah Temerloh.

Namun, semua calon BN itu sudah dikira bersih kerana telah ditapis oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Turut dikekalkan sebagai calon ialah semua anggota Exco termasuk anggota Dato’ Shahiruddin Moin yang didapati bersalah oleh Lembaga Displin Umno (Mahkamah Umno) kerana mengamalkan rasuah di dalam pemilihan parti (bukan rasuah disudut BPR).

Begitu juga dengan calon Umno/BN Beserah, Dato’ Faizal Abdullah yang pernah dihukum oleh Mahkamah Umno. Faizal juga bersih setelah menjalani hukuman dan dikekalkan sebagai calon parti itu. – mns