“SERVEY Pilihanraya Umum Ke-12”

15 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

sila klik gambar ini: SERVEY PILIHAN RAYA UMUM KE-12.jpg

hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…

A. menang besar.

B. kalah!!!

**********************************************************************************************
untuk menyertai servey ini, sila taip: TEMAN<>VOTE<>PILIHANRAYA<>JOIN dan hantar ke 33886.
contoh: TEMAN VOTE PILIHANRAYA JOIN dan hantar ke 33886.

untuk menjawab pula sila taip: TEMAN<>VOTE<>PILIHANRAYA<>JAWAPAN dan hantar ke 33886.
contoh: TEMAN VOTE PILIHANRAYA JAWAPAN dan hantar ke 33886.

syarat-syarat penyertaan:
1. undian ini dibuka kepada semua pembaca dan sah sehingga 29 Februari 2008.
2. setiap undian akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 50 sen.
3. SMS yang bertuah akan menerima karikatur eksklusif. peserta akan dihubungi melalui SMS.
4. servey ini adalah anjuran Afi Resources. sebarang pertanyaan sila hubungi Afi Resources, di nombor telefon, 019 2656056.
**********************************************************************************************

**********************************************************************************************
updated info: pihak Afi Resources berkeputusan untuk melanjutkan survey ini. ia akan disiarkan pada edisi khas harakah sebelum 8 Mac 2008, hari pengundian. juga sekaligus, keputusannya juga akan dipaparkan di laman ini. harap maklum. teruskanlah mengundi!
***********************************************************************************************

**********************************************************************************************
petikan diambil daripada akhbar harakah; 9-22 Safar 1429 / 16-29 februari 2008; nasional, 33.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

Advertisements

Actions

Information

43 responses

16 02 2008
e Pemuda PAS

insyaALLAH, BA-PAS akan ganyang BN-UMNO!!! 🙂

17 02 2008
paradigma

Untuk rakyat kebanyakan bukan soal menang besar atau kalah. Dengan sumber yang terhad mana mungkin boleh menang mudah, sifat menipu, memutar belit pihak lawan itu yang patut dibendung.Dengan kemasukan warga asing, undi hantu perlu dibendung, taktik kotor dan sebagainya. Jika kita boleh mengekang ini semua kemenangan pastilah muncul.

Kerja keras dan azam untuk menumbangkan pihak lawan yang lebih penting bukan dibuai mimpi idah untuk menang.Itu matlamat setiap orang!!!

INGAT KERJA KERAS DAN AZAM YANG KUAT UNTUK MEMBERIKAN KEYAKINAN PENGUNDI ITULAH KUNCINYA.TAHAP MANA SEMUA AHLI DAPAT MENYAKIN RAKAN PENGUNDI LAIN????JANGAN BUANG WANG UNTUK SURVEY YANG KURANG MEMBANTU. AMBIL IKTIBAR KISAH PRU LALU. CONTOH KITA TAHU EZAM MOHD NOOR DAHULU MENANG BESAR DI SHAH ALAM TETAPI KENAPA KALAH ?? SAYA ADALAH SEBAHAGIAN DARI PROSES ITU DAN MASIH MENIMBULKAN RASA MARAH TAK TERHINGGA KERANA PENIPUAN SEHINGGA KEPUTUSAN DIUMUM PADA PUKUL 3 PAGI….UNTUK ITU JIKA MAHUKAN KEMENANGAN KITA PERLU GEMBELENGKAN TENAGA SEMUA SEKALI UNTUK BKERJASAMA MEMENANGKAN PAKATAN ALTERNATIF INI…INI BUKAN PESTA FUN FAIR ATAU PESTA ‘RAMALAN’..INI PERJUANGAN MENEGAKKAN HAK…AYUH JANGAN MEMBUANG MASA, GUNALAH WANG TERSEBUT UNTUK KEARAH MEMEPERKASA PERGERAKAN GERAK KERJA DALAM MENCAPAI KEMENANGAN.INI BUKAN MASA UNTUK MENIRU AKADEMI FANTASIA, INI KERJA HAKIKI LAGI REALITI ..JANGAN BAZIR SUMBER WANG RINGGIT. INFAQ (BELANJAKANLAH) KEPADA PARA PETUGAS YANG BERTUNGKUS LUMUS UNTUK PAKATAN INI.UBAHLAH CARA BERFIKIR DAN JANGAN MENIRU PIHAK LAWAN.. TAKBIR..TAKBIR..TAKBIR

17 02 2008
e Pemuda PAS

saudara paradigma >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman ini.

terima kasih kerana memberi komen tersebut.

untuk makluman anda dan semua, saya hanya melakukan usaha yang termampu, usaha yang diizinkan ALLAH. saya akur akan isu yang diperbangkit oleh Saudara paradigma, namun hal ini adalah umum. kita semua perlu sedar, tidak semua kita seperti kita. misalnya, kehadiran Muhammad Abdullah adalah rahmat sekelian alam. namun, masih ada yang menjadi penghuni neraka. jelas, banyak hal dalam dunia akhirat adalah umum. dalam hal sms ini, ada yang suka dan ada yang tidak. yang pasti, dan hakikatnya, ia bukanlah keputusan sebenar p.r.u. ini. saya menyokong sebarang usaha Islam. saya tiada masalah untuk apa-apa perkara yang bersifat umum.

semua >>>

terserahlah kepada anda. asalkan setiap sesuatu yang anda lakukan adalah hanya kepada NYA. saya, saya lakukan semua ini hanyalah sebagai mempersembah motto saya di atas, perjuangan dunia akhirat. insyaALLAH, aminnn…

PS: hanya memaklum, saya habiskan sejumlah duit untuk segala yang ada di sini. pada saya, isu wang dan duit bukanlah menjadi hal. kerana ia dari ALLAH azalinya. dan ini antara usaha saya untuk mengembalikan ia semula. diharap kepada semua aktivis BA tidak menjadi hal ini sebagai benteng suara anda. suarakanlah.

PPS: berkemungkinan laman ini akan dimasuki dan diserang oleh pihak-pihak yang mewakili dajjal. hal ini tidak mustahil. hari ini sahaja, saya telah mendapat spam. apa yang pasti, jika laman ini terkubur suatu hari nanti, hanya yang mahu saya anda semua ketahui adalah, suara pemuda PAS akan terus berkumandang di alam ini. sama-sama kita doakan. insyaALLAH, aminnn…

TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!! 🙂

19 02 2008
wafi

Apa kata seblm p.r.u bermula, kita mengundi melalui servey yg ada dlm blog ini.
Setidak-tidaknya tiap hati antara kita yakin dengan kemenangan yang bakal kita kecapi. Saya suka dengan servey yg begini dan harap keputusannya dapat dilihat dalam harakah nanti.

19 02 2008
e Pemuda PAS

wafi >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman tidak seberapa ini.

bernas juga buah fikiran anda. sebelum menantikan 3 detik uama pilihan raya umum ke-12 ini (tarikh penamaan calon, hari pengundian dan hari ketahuan keputusan p.r.u.), ada menariknya juga jika kita sama-sama melihat apakah sebenarnya isi hati kita semua melalui saluran ini. setidak-tidaknya, kita boleh tahu apa sebenarnya jawapan yang dicari.

yang pasti, saya telah menghubungi sendiri pihak Afi Resorcesnya sendiri, agar keputusannya kelak tidak hanya berpihak kepada mana-mana kepentingan dan hanyasanya mengumumkan keputusan yang sebenar-benarnya.

setakat ini, keputusan berpihak kepada A.

kepada rakan-rakan pemerintah (komponen BN) >>>

nah, satu tamparan kepada anda semua. jika anda benar-benar yakin akan dasar perjuangan anda selama ini, undilah untuk B!

kepada rakan-rakan pembangkang (komponen BA) >>>

mari kita sama-sama perkekalkan keputusan kini. moga-moga juga ia akan berkekal sehingga ke hari keputusan undi yang sebenarnya nanti. jom, sama-samalah kita mengundi A!!!

PS: sekali lagi, sudah tentu saja saya mengundi kepada A! insyaALLAH, aminnn… 🙂

20 02 2008
eyzza

kalah….bah kau

20 02 2008
eyzza

kalah jgn b’angan nak menang….

20 02 2008
e Pemuda PAS

eyzza >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman ini.

terima kasih kerana memberi komen.

lain-lain >>>

apa kata anda semua pula??? 🙂

20 02 2008
SayangPasKembali

Siapa kata BN akan Kalah?

21 02 2008
SayangPasKembali

Assalamulaikum..
Wahai pelayar internet.Kelantan mungkin BN tidak dapat rampas dari Pas tetapi negeri-negeri lain, jgn harap.Pas menang bukan kerana ianya kuat tetapi perpecahan dalam UMNO.Jangan dok canang diri kamu kuat wahai orang Pas tetapi cuba renung balik calon-calon korup kamu yang sekarang bergaya dengan kereta besar dan bini muda.Sunah Nabi Muhamad S.A.W hanya untuk mengaburi mata penyokong kamu yang telah sengaja tidak mahu terima hakikat.
Saya seorang ustaz di salah sebuah Sekolah Menengah di Machang,dan saya dapati pengaruh Pas makain menjunam dan tidak dapat menawan balik Parlimen Machang dari UMNO.Kalau kamu(Pas) hendak menang jangan calon balik Adun Kemuning dan Pulau Condong yang sedang eksyen dengan kopiah alim tetapi ramai pengikut kamu akan tumbangkan kamu pada 8 Mac kalau tak percaya apa boleh buat sebab kamu(Pas) hanya percaya pada tok guru kamu saja.

Sila respon wahai pengikut Pas yang tak makan saman.

Wassalam.Hidup BN(Barisan Nasional)

21 02 2008
SayangPasKembali

Salam,Sayalah penyokong UMNO yang gah di laman anda pada Pilihanraya Pengkalan Pasir.

Ingat lagi pada saya?

Kamu(Pas) dok sesak tapi bos-bos kamu kenyang pedal apalah bodoh,
Islam suruh pikir kebajikan rakyat tapi kamu(Pas) tak pikir periuk nasik sendiri .
Dan soalan ini sila jawab<
1. Selama kamu lahir hingga sekarang apa sebab orang Islam tak sembahyang? adakah kerajaan BN halang? atau polis tangkap orang sembahyang?.
-Jawapan saya: MALAS.
2. Pernahkah kamu tengok buku akaun YB-YB Kamu? ada berapa duit dalamnya.
-Jawapan saya: Banyaaaaaaaaaaaaaaa$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$k.
3. Pernahkah Kerajaan Kelantan bagi kamu peluang kerja?
-Jawapan saya: Tak tapi kami(orang Pas) kerja dengan kerajaan Pak Lah,
hah kalu gitu sokong Pak Lah Lah.

4. Minyak naik atau semua barang naik tapi kamu kata nak boikot tapi yang dok beli minyak dan barang lain adalah orang pas juga apa pendapat kamu orang Pas?

Nota: Semua jawapan adalah rekaan semata-mata dan ianya pasti dan mesti melibatkan orang yang masih hidup.
Terima kasih,SayangPaskembali akan kembali di arena ini esok jam 9.00 mlam.nak cit-cat bolehlah saya akan beri panduannya.

21 02 2008
e Pemuda PAS

SayangPasKembali >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman saya.

terima kasih juga dengan semua pandangan anda.

semua >>>

wah… semakin panas isu ini… jom! mari kita memanaskan lagi isu ini. apa kata anda??? 🙂

PS: saya tiada masalah di dalam approve mana-mana komen. tidak kira komen yang pro atau pun kontra. bukan di post ini sahaja, malah di mana-mana post sekalipun. dengan syarat, tiada spam yang durjana.

saya perlu adil di dalam memberi laluan untuk anda semua memberi sebarang komen (samada pro atau kontra). jika saya hanya berbelah bahagi kepada satu pihak (dengan tidak approve komen-komen yang saya sendiri pun tidak setujui mungkin), sebarang isu yang dipostkan tidak akan ada sebarang perkembangan suara dan ide para lain.

jadi, jika anda berasa tidak puas dengan mana-mana komen yang diletakkan oleh mana-mana pihak, balaslah kembali. jangan sahaja marah tetapi diam. jangan sahaja sokong tetapi diam. sedarlah, diam tidak akan membawa makna apa-apa. jadi, mari kita berkomen-komen…

yang pasti, yang hakiki, saya tetap memperjuang perjuangan PAS dunia dan akhirat. insyaALLAH, aminnn… 🙂

PPS: SayangPasKembali >>> boleh jelaskan, macamana boleh pilih nickname tu… tertanya-tanya saya…??? 🙂

semua >>>

sekali lagi, mari! berkomen-komen di laman ini!!! 🙂

23 02 2008
penyokong BN

SY RAKYAT BIASA YANG BUKAN TAK BERPELAJARAN…..SY BUKA MINDA SY UNTU MAKLUMAT….SY BERCAMPUR DGN PELBAGAI MANUSIA PAS, BN DAN SEBAGAINYA…TP SY LIHAT ORANG PAS NI LAIN SIKIT…DLM KEPOMPONGNYA SAJA…INGAT ORANNG LAIN MACAM BUKAN ORG ISLAM….SY MMG UNDI CALON ISLAM…DAH BANYAK KALI UNDI CALON PAS BILA DILETAK CALON BUKAN ISLAM DUN ATAU PARLIMEN SY…TAPI CALON PAS PUN TAK BOLEH HARAP SANGAT….TAPI SY PILIH ISLAM..WALAUPUN SY PENYOKONG BN…UBAH LAH SIKIT IMEJ PAS…..SY AKAN JD PEYOKONG PAS

23 02 2008
e Pemuda PAS

penyokong BN >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman suara ini.

terima kasih kerana memberi pandangan anda.

membacakan komen anda itu, teringat pula saya dengan penghijrahan seorang orang berpengaruh UMNO ke jemaah PAS (saya ke sesi umum pengisytiharan terbuka calon PAS kelantan semalam). berkenaan ini, akan saya postkan video berkenaan.

apa pun, hanya daripada saya, semua, berhemahlah. insyaALLAH, dengan berhemah, sesiapapun akan tidak segan silu mendekati kita.

saya kagum dengan Saudara penyokong BN (pendekatannya mendekati semua pihak). sebenarnya, inilah yang kita patut lakukan. dengar semua pihak, tapis, fikirkan sendiri, apakah yang terbaik.

sejujurnya, saya pun tidak mahu exposed suara saya ke khalayak ramai. tetapi, semakin banyak kepincangan yang berlaku kini, mendesak saya untuk berani susurkan suara saya (secara detailnya lagi, ini semua bermula dengan post pertama saya – sila lihat – dan setelah mendengar ceramahan awal muharram Tuan Guru Nik Aziz di kuliah jumaatnya berkenaan awal muharram).

tambahan pula, saya mengambil inisiatif dengan banyak sajikan video-video daripada youtube. ini adalah kerana, banyak info dan maklumat berguna di sana, tetapi banyak juga seringkali terlencong dengan melihat video-video yang lebih merosakkan minda. jadi, saya berusaha sebaiknya, dengan menyalurkan alternatif, video-video yang menarik khas di sini.

apa pun, seperti luahan Saudara penyokong BN, laman ini bukanlah khas buat rakan-rakan seperjuangan saya (jemaah PAS) sahaja. laman ini kepada semua. mahu memberi pandangan. mahu menhentam. mahu apa sekalipun, silakanlah. asalkan sahaja jangan men’dajjal’ ia (kerana saya telah terima emel porno daripada seorang dajjal yang takut berdepan. lihat sahaja counter spam saya, semakin bertambah… mujurlah saya ‘reti’ untuk menyekatnya terlebih dahulu).

pendek kata, laman ini adalah untuk orang PAS!

laman ini adalah untuk orang keADILan juga!

laman ini adalah untuk orang DAP juga!

laman ini adalah untuk orang UMNO juga!

laman ini adalah untuk orang MCA juga!

laman ini adalah untuk orang MIC juga!

laman ini adalah untuk orang GERAKAN juga!

laman ini adalah untuk orang PPP juga!

laman ini adalah untuk orang mana-mana parti juga!

laman ini adalah untuk orang MALAYSIA!

tidak kira melayu, cina, india, atau kaum apa sekalipun, laman ini adalah untuk orang MALAYSIA!!! 🙂

oh ya, laman ini adalah untuk orang MALAYSIA di luar sempadan juga! 🙂

25 02 2008
sal_anak PAS

asslammualikum…

sy ne bukannye th sgt psl politik ne cz umur pn baru setahun jagung je tp sy ttp dikurniakn Allah akal utk menilai mana yg baik dan mana yg buruk sy nak tnya sikit kt ustaz(SayangPasKembali)dah kalu nk di bandingkan YB2 org pas dgn NB mane lg kaya dia nk suruh gok kita tgk buku akaun YB2 kita dah YB2 dia x nak tgk pulak.pastu isu pasl brg naik mmg r kami t,paksa beli cz kamikn manusia jgk nak kene makn,isi minyk dll lagi. tp sy rs memg bahasa BN dah B=barang N=naik x gitu ustaz???

25 02 2008
e Pemuda PAS

sal_anak PAS >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman ini.

terima kasih juga kerana memberi pandangna itu. diharap SayangPASKembali dapat ambil perhatian. oh ya, SayangPASKembali, saya tanya sekal lagi, macamana dapat nama nickname best tu ya…? 🙂

mungkin sal_anak PAS masih muda, namun pandangan bernas juga. wah, tercabar kita, orang-orang dewasa… terima kasih sal_anak PAS.

PS: yang last tu… hahaha… terfikir juga awak ya, sal_anak PAS.

lain-lain >>>

apa kata anda pula??? 🙂

PPS: diharap, samada yang menyokong jawapan A ataupun jawapan B, silalah sertai undi ini. jika tidak, tak ke mana juga suara anda itu… bab berkenaan kesahihan adil dalam hal sms ini, telahpun saya jelaskan di komen di post lain… sila rujuk. jadi, undilah… 🙂

25 02 2008
e Pemuda PAS

semua >>>

datang dalam benak fikiran saya seketika tadi. ruangan komen post ini, pastinya akan lebih panas lagi, jika sekiranya keputusan p.r.u. ke-12 yang realiti diketahui kelak.

yang menyokong jawapan A, jika benar BA-PAS menang besar, akan bangga dengan apa yang disokong dan akan cakap itu dan ini di sini.

yang menyokong jawapan B pula, jika benar BA-PAS kalah, akan juga berbangga dengan apa yang diyakini mereka dan juga akan cakap itu dan ini di sini.

apa pun, sebelum hari itu menjelang tiba, sama-samalah kita menyuarakan suara masing-masing dengan samada mengundi A dan/atau B. kita tengok, siapa terlebih dahulu yang menang, dan, siapa terlebih dahulu yang kalah…

PS: saya undi dan sms A. 🙂

25 02 2008
hisham

apa la dah nak undi pun kena bayar 50 sen, aduh buat la online poll banyak yang free> jgn buat duit aja cam celcom dan maxis

25 02 2008
e Pemuda PAS

hisham >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman ini.

hisham, semua, >>>

saya hanya membantu rakan saya. malah, servey ini bukan hanya ada (dipaparkan) di laman ini, tetapi juga di media-media lain. jadi, ia lebih bersifat umum, kerana orang-orang yang hanya merujuk ke media-media itu, juga boleh mengundi. dan keputusannya nanti, bukan hanya daripada laman ini sahaja; dari seluruh media yang terlibat. 🙂

26 02 2008
ore ISLAM,ore PAS

um..apela sayangPASKembali..tengok ayat pun dh boleh melambangkan akhlak anda kan..jg sket bahasa..kn Pak Lah ksayangan kamu tu sdang berkempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA..lagi satu,ISLAM HADHARI penuh toleransi..dop gitu??hehe.dop ISLAM HADHARI pun ISLAM dh lame suruh umatnye bertoleransi sesamae manusia…macam tak sokong kempen Pak Lah je..kate penyokong UMNO yg gah?ish ish..suke dengan persoalan yg anda keluarkan..
>pernah ke BN halang kite sembahyang??jwpannye,memang tk pernah..cume nak persoalkan sayangPASkembali,adkah ISLAM itu hanya pada smbahyang?banyak lagi yang perlu kite sbg sorg ISLAM laksanakn.sy bagi contoh paling mudah..HUDUD..hukum ALLAH.Islam tu.BN tk nak laksanakan..so, TOLAK BN.

>Pernah tengok buku akaun YB2 kite?? jwpannye, tk pernah..tapi sy yakin YB2 kamu laaaaaaaaaaaaagggggggiiiiiiiiiiii banyak duit..kalu tak, mase berkempen takdela plak diorg tabur duit sana sini.bnyak plak tu..kat mane ye diorg amik diut..kalu masuk duit2 rakyat (kire hak saye skali), sy saman kat akhirat..SO, TOLAK BN LAGI!!

>Pernahkh kerajaan kelantan bagi kamu kerje??jawapannye, tak pernah sebab sy bukan org klate..heehe..apepun,bukan krajaan BN yg bagi sume rakyat ni kerja, TAPI ALLAH..rezeki itu adalah dari ALLAH..kerajaan BN hnyalah penyebabnye..dan hakikatnye,bile BN dh jadi pemerintah ngara,adalaah di bwh tggungjawab mereka berkenaan kbajikan rakyat ni..so, tak heran la kalu depa membuka ruang2 pekerjaan sbb itu adlah kwajipan mereka pada kite rakyat MALAYSIA..kan??apepun, persoalan ni tak logik utk ditanya..dan APEPAUN..saya yakin dengan rezeki ALLAH swt..tak sokong BN pun, rezeki ALLAH di mana2..bukan BN yg bg rezeki,sbb BN bukan ALLAH..ingat, berkaitan rezeki2 ni,adalah aqidah..jgn ada pergantungan pada manusai, sbb ALLAH la selayaknye menjadi tempat pergantungan kite..SO, TOLAK BN.JANGAN FIKIR LAGI..

>minyak naik, barang naik,sume org PAS beli jg..ape pendapat?? pendapat??ni satu lagi soklan klaka..dan sy mule menimbang yng sayangPasKembali ni, kurang matang sket..takpe..nanti cari banyak pengalaman, mudahan di matangkan pmikiran, dan dibuka mata dan hati untuk melihat kebnaran..sy dokan yg tu utk anda..um,pasal barang naik ni,adaakh anda sndiri gmbira dengannye??atau sgt berbangga bile harga barang naik??rase seronok??um,tak taula sape yg rase seronok..mungkin para peniaga or org2 tertentu shj yg rasa seronok dngn harga yg smakin naik kn??pelik tu kalu rase gumbira dengan hrga barang skrg..melainkan anda memang betul2 kaye..takpun, anda ni anak pak lah kot..hehe..hrga brg yg naik sumenye adalh brangan kperluan harian rakyat..nak tak nak,tak kire PAS UMNO DAP MIC MCA, slagi rkyat malaysia, terpaksa beli sbb itu kperluan harian rkyat..persoalan ni spatutnye dilemparkan kpd kerajaan..knp hrga brg naik??tak kesian kt rkkyat ke??mane kbjikan rkyat??kate terjamin mase depan, tp tk terjamin pun..makin mngosongkan poket rakyat, memenuhkn poket2 mereka..apepun,yakinla,BN tk menjamin masa depan kite, TAPI ALLAH..belalah Islam..sy yakin sume akan terbela.. (surah Muhammad:7) takde sape pun yg boleh mnolak ayat2 ALLAH,jnji2 ALLAH..mlainkan mereka tidak yakin dengan ALLAH,mksudnye tk yakin dengan ISLAM,maksudnye??bukan ISLAM la tu..hehe..so, JANGAN TERAGA-AGAK LAGI..TOLAK JE BN..ANDA TAK KAN MENYESAL.. (^_^)/

26 02 2008
e Pemuda PAS

ore ISLAM, ore PAS >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman ini.

terima kasih banyak-banyak juga dengan kesemua suara anda. moga-moga mereka-mereka yang berkenaan ambil catatan.

hanya daripada saya kini, saya setuju sekali dengan catatan akhir ore ISLAM, ore PAS, iaitu, ALLAH dengan janji NYA. saya teramat yakin dengan janji ALLAH. tiada musykil dalam hal ini. tetapi, dengan janji manusia, saya tidak seyakin sepertimana yakin saya kepada janji-janji ALLAH! ISLAM mudah, jika difahami dengan sebaiknya. antaranya, amal ma’ruf nahi mungkar. senang bukan. yang jadi susahnya, kerana mereka-mereka yang ingkar kepada NYA tidak sabar untuk menikmati janji-janji nikmat NYA di kemudian hari nanti! dan janji NYA nanti, pasti akan dikecapi kenikmatannya kepada mereka-mereka yang berada di landasan NYA. dan janji NYA juga nanti, pasti akan dikecapi keseksaannya kepada mereka-mereka yang berada di luar landasan NYA. bersama kita doakan, agar kita semua berada di landasan NYA, insyaALLAH, aminnn…

persoalan kini, di manakah kita sekarang? di dalam landasan NYA kah? atau di luar landasan NYA kah? fikir-fikirkan… 🙂

26 02 2008
nuriah

saya ni nak mengundi pas atau keadilan, tapi apa apa anak sekolah atau biasiswa sekolah bolehkah merujuk kepada pejabat pas atau keadilan manalah tau kot kerajaan umno tak tolong.

26 02 2008
e Pemuda PAS

nuriah >>>

terima kasih kerana mengunjungi laman ini. (walaupun saya seringkali berterima kasih kepada yang hanya meletakkan komennya di sini, tetapi saya juga berterima kasih kepada semua yang mengunjungi laman ini. cumanya, jika yang menulis komen di sini, bolehlah saya berterima kasih secara lebih khusus. harap-harap, anda yang lain tidak jemu dengan hal saya ini ya. 🙂 )

diharap juga, usul nuriah akan dapat juga didengar (dibaca) oleh pihak-pihak yang berkaitan hendaknya. 🙂

27 02 2008
takbir!!!!!!

insyaallah PAS menang..janji Allah bg kemenangan org yg dijalanyaa..takbir!!!!!ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!

2 03 2008
anakKLATE

SALAM…
sy sokong bebenorle ape yg ore islam ore pas ckp tu..mmg sayangPASkembali ni bllom ckup pglmn kot..yang dok bela bnda yg dh jlas,terang lg bersuluh tu pesal??hrga barang naik, SUKA?? kite ditindas, SUKA?? pusat judi merata, SUKA?? jenayah meningkat, SUKA?? kalu btol depa tu leh jga kita, apsal sume ni blaku kpd kita?? dulu sy xfanatik sgt ngan politik. tp bila SATU PERSATU KELEMAHAN DAN KELALAIAN BERLAKU…sy mula berfikir…SY PATUT CR SESEORANG YG MMPU BELA SY SBG RAKYAT YG LEMAH!!!!!!! sapa yg boleh hrp?? PAS jgk… BN??? knpa GANTIKAN BIASISWA PLJR DGN PTPTN????? MANA KAMI ORG SUSAH NK CRI DUIT UTK SMBG BLJR???

jadi…. fikir2lah penyokong BN.anda akan sokong BN jika anda fikir anda sudah kaya…

2 03 2008
naqman

Akom.. kenapalah org melayu islam banyak yg mengatakan kerajaan BN bantu kita, beri peluang kerja pada kita, bantu ibu tunggal, bantu peniaga melayu… ingatlah… BACALAH tafsir AL_QURAN.. yang memberi semua rezeki itu adalah ALLAH kepada semua hamba-2Nya.. Jaga Aqidah kamu..

Kalau ada di kalangan manusia yg mengatakan dia celik.. tapi masih kata pas tak bagi biasiswa/ tak bantu org miskin dsb tapi kerajaan BN yg bantu semua.. saya nak tanya dia.. dia pernah ke negeri thai..? singapura..? amerika..?
ha.. kerajaan kafir pun bantu rakyat dia.. komunis pun bantu dan tindas rakyat juga.. siapa yg jadi kerajaan dia akan bantu dan tindas.. sama sepaerti kita jaga anak kita.. kadang2 kita pukul juga anak kita..

2 03 2008
fanatik Pas

ASSALAUALAIKUM Saya ni memang penyokong kuat PAS.kenapa saya sokong PAS?sbb PASmelaksanakan hukum islam.tgk kat kelantan byk perkara yg berlandaskan islam d laksanakan cthnya mengharamkan tempat2 maksiat,x de konsert2 hiburan yg seperti kerajaan BN anjurkan yg berakhir dgn pesta seks bebas.dr segi ekonomi igt kerajaan BN je ke yg pandai urus ekonomi? x tgk macam mane kt klantan?klantan pon maju jgk macam negeri lain. kalau ade sape2pergi kelantan cuba bilang berapa banyak banglo tersergam indah klu nak d banding dgn negeri lain.sy bukan nak kata negeri lain miskin cuma sepatutnya rakyat negeri yg d bawah pimpina BN sepatutnya lebih kaya dr kelantan yg BNdok kata negeri paling miskin.cuba tgk dalam rancangan yg memaparkan kehidupan rakyat miskin,jarang2 je kisah rakyat kelantan yg yg d paparkan.betol tak penyokong BN?bg yang kata kerajaan PAS tiada pengalaman memerintah,cuba tgk berapa banyak dasar karajaan PAS laksanakan yg akhirnya d tiru oleh kerajaan BN spt hari kerja 5 hari dan sebagainya.dr segi pendidikan memang x usah d pertekaikan,tgk saja bila musim pelajar IPT bercuti,berapa byk bas yg bawa pelajar kelantan pulang klu nk d banding dgn pelajar negeri lain.Kerajaan BN hanya tahu memberi hiburan dan konsert pd anak2 muda. Akhir sekali sy ingin mohon maaf jk ada kenyataan sy menyinggung mane2 pihak terutama bukan org kelantan.bukan niat sy utk memburuk2 negeri lain cuma ingin sy katakan bahawa kerajaan PAS yg sekarang ni memerintah negeri klantan jg mampu menjadi kerajaan yg hebat.Buat penyokong BN buka lah minda anda supaya tidak lagi tertipu dgan janji2 manis kerajaan BN. DAN buat penyokong2 setia PAS TERUSKAN PERJUANGAN ANDA KERANA MEMILIH PEMIMPIN YG MELAKSANAKAN ISLAM YG SEBENAR ADALAH WAJIB BERBANDING MEMILIH PEMIMPIN YG HANYA ISLAM PD NAMA SHJ.TAHBIR!!!!!!!!ALLAHUAKBAR!!!!!!

3 03 2008
penghulu

Kalau nak digelar ‘pengundi atas pagar saya mungkin salah seorang darinya. Maaf saya bukan begitu kerana ikut resmi lalang tetapi baik BA atau BN masing-masing ada kekurangan dan kelebihan masing. Kalau nak ditegur bagi BA kenapa susah sangat nak bersatu? Saya tau bahawasanya PKR dan PAS boleh bersatu tetapi tidak bagi DAP. Bagi saya parti yang satu ni ibarat api dalam sekam sahaja. Cuba lihat bagaimana BN menyatukan parti-parti komponen yang lain. Tak kisah la bagaimana yang pemimpin kita janjikan habuan kepada mereka sebagai tetapi itulah asas kepada semua iaitu PERPADUAN! Bila ada perpaduan dan persefahaman barulah datang kepercayaan rakyat kepada parti tersebut. Bukan rakyat tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk memerintah tetapi jikalau ibarat rumah siap tapi pahat masih berbunyi tu nak kira camna?

Nak tengok BN lak memang tak dinafikan yang ada segelintir pemimpin didalamnya mempunyai ‘agenda’ mereka tersendiri. Mereka ni ibarat ahli perniagaan yang mencari peluang untuk memajukan diri sendiri sahaja. Lebih teruk jikalau bersikap nepotisme! Kepentingan rakyat diketepikan janji diri sendiri lepas sudah… Perkara ni bukan sahaja dalam BN tetapi dalam BA jugak berlaku. Dah nama pun manusia. Kita tetap akan melakukan kesilapan.

Jadinya dalam PRU 12 ni seeloknya kita kaji akan calon yang hendak kita undi. Jikalau track recordnya elok semenjak 5 tahun yang lepas maka mengapa perlu ditukar? Dikawasan parlimen tempat saya sudah cukup sebagai bukti. Masjid baru dibina semasa calon BN berbangsa Cina yang jadi YB selepas 10 tahun calon BN Melayu yang hanya tahu menabur janji kosong!

Insya Allah… Jikalau niat kita baik dan ikhlas lambat laun Allah akan makbulkan juga doa kita. Baik BN atau BA (PAS dan PKR) tidak ada yang buruk pada parti masing-masing. Yang buruk cuma segelintir ahlinya sahaja… Jadi buat apa kita melintas jambatan buruk sedangkan kita boleh ganti pada yang elok?

Tepuk dada tanya iman…

27 01 2012
gagak

sekali lg, sy sokong apa yang penghulu ckp…sma seperti apa yg global malau utarakan…betapa baiknya jika semua org melayu yang berbalah ni mencapai perpaduan ummah…DAP terang2 cuma mahu menjahanamkan

4 03 2008
ehas

saya akan mengundi supaYA BA AAAAAAAA+++++++

4 03 2008
ehas

AAA++++++

4 03 2008
Maliqqul kuddus

Pas Insyaallah akan meneg d klantan, dan mungkin kembali ke terengganu semula.Itu semua ketentuan tuhan , x gitu e Pemuda PAS ???
Tp kan cubalah pikir dgn hati terbuka sikit , kalu kata BN pun memperjuangkan islam jugak , pesal ada acara kebanyakan tak pernah pun dimulakan dgn BISMILLAH , tak pun salamker…
Ini tak tau2 jer dah stat lagu UMNO ngko tuh …
Ape ingat dgn lagu tu boleh bawak ke syurga ke?? Kalu cakap lebih katakan fanatik agama, ini bukan rekaan tp tiap2 mlm aku boring dgn ceramah korang yg selalu asyik dgn lagu Pairiotik UMNO tu…
EHH… sedarlah sikit … bilamasa UMNO masuk bertanding ?? BN adalaaa

Padaaku walaupun baru 4 ~ 5 kali masuk mengundi aku rela pangkah pari cap itik dari undi calon Bn …
Engkau marah pun aku ttp sokong PAS
Engkau keji pun aku ttp sokong PAS
Engkau caci pun aku ttp sokong PAS
Yg penting selagi parti itu berpegang dgn AL QURAN & SUNNAH
itulah parti yg aku sokong

Wassalam

PAS 4’Ever

5 03 2008
ah liPAS

susah nk jangka..pas akan menang besar ke?? susah nk jangka bila padang permainan x sama rata..susah nk jangka bila maklumat yg benar dan adil disekat oleh media massa..yang pasti isalm itu akan tetap memang..x kirala pd zaman mak sy bertungkus lumus skrg ni atau zaman saya pula nanti..yang penting usaha utk memartabatkan islam itulah yg Allah pandang..bukan kemenangan..sbgai student U, sy x nafikan muda mudi kini dh menyampah dgn kerajaan..rumah sy je 9/12 terang2 tunjuk menyampah..walhal pakaian same je mcm anak2 muda skrg..sayangnya..hnya 2 org je yg dh daftar mengundi ni..SEMUA SBB SPR YG MENYUSAHKAN!! NAK NGUNDI PUN KENE DAFTAR..KT OVERSEA X MCM NI PN!!! 18 TAUN JE DH BOLE NGUNDI !! BODOH TOLL!!KATE MAJULA , HADHARI LA(bertamadun)SANGAT!!

sorry2 emo pulak..sy nk bawa kita sama2 melihat kembali realiti pemimpin berjiwa rakyat di Malaysia ni..sape menteri besar yg paling mudah nk ditemui? bole smyg sesame? bole salam free2? xyah protokol sgt nk jumpa? kain pelikat pn bole..ingatkan pasal akhirat?..rumah sederhana?? semua 2 TIDAK ada pada menteri2 BARISAN NERAKA (BN)..kt kwsan sy, baru jd adun..blum MENTERI dah buat mahligai 5 juta..yela tu 5 juta..samseng plk tu..pelajaran pn x tinggi..mcm mn org bole undi??sume yg undi 2 sama bahlul agaknya..dan yg penting x leh jumpa kt masjid pn, atau ingatkan pasal akhirat pn..sebab BUSY KUMPUL SAHAM NERAKA..

memang kalo org cakap kene terima kasih kt BN n so undila BN sy nk pelempang je..sbb bodo sangat..x membaca..otak sempit..rosak akidah pn bole..tak pegi majlis ilmu..tp fikir dah open minded sbb suka tgk cerita dan menerapkan budaya dari luar negara (baju tayang aurat dn ckp benda lucah)..

kita telah lama diterapkan dengan budaya asobiyah oleh pemimpin BN..mereka yg cuba membuat kita rasa perbezaan bangsa..mereka yg buat DAP dan yg lain2 tidak dapat menilai islam yang sebenar..kalau kita satu agama, tak kesahla india ke cina ke free2 je jd sedara kita..bole undi trus xyh fikir bangsa dia lg..Islam lah yg sebenarnya akan menyatupadukan umat di dunia ni.

sekian..boikot ISRAEL!! kalah dan menang bukan persoalan.

27 01 2012
gagak

satu je saya nk tanya ah lipas ni…confirm ke anda yang wakil rakyat pas ni x menyalahgunakan kuasa?
confirm ke wakil rakyat pas ni akan senang di temui?
hahahahahaha
cari la jawapannya sendiri…sebab hakikatnya SAMA je kalau dh namanya manusia yg mula memegang kuasa…
apa yg penting sekarang ni perpaduan…cuba saudara namakan untuk sy,satu negara yg pemimpin nya langsung xda penyalahgunaan kuasa…hahahahaha
SEMUANYA SAMA JE KAN APABILA MANUSIA SUDAH MULA BERKUASA
FIKIR2KNLAH

5 03 2008
globalmalau

tidak jelas semua tu..8hb kita ngundi laaa…jangan bimbang…pangkah la yang mana anda mau…Pilih calon kata Dr M…saya setuju…jangan pilih parti…cari pemimpin bersih…ada tokoh pemimpin…bab Islam semua orang melayu islam …buat amal jaaa bagi cantik dan ikhlas…sembahyang cukup …puasa cukup…rasanya baru lah datang iman…baru lah tahu bincang bab halal haram dosa pahala..syurga neraka…mana mana insan yang jarang sembahyang dan tak paham kenapa perlu sembahyang…saya rasa tak sesuai bincang panjang lebar dalam blog nih…sebab apa apa yang datang dari hati hati yang hitam…putih…biru…semua tak leh buat bincang pasal kesedapan iman…Tak mabok mana boleh joint…nanti tak kena seeeh…cam tulah …yang sokong pas tetap pas…yang sokong umno tetap sokong umno…
semua nak tunjuk parti bagus dan baik…Cuma waktu subuh, saya tak nampak ramai berpusu pusu pergi masjid untuk sembahyang subuh dan berdoa beramai ramai agar ditetapkan iman….ini termasuk penyokong pas dan umno…fikir fikirlah islam itu untuk diri ker parti….elok lah kita banyak membaca alquran agar hati kita tenang dan dapat menghadapi pilihanraya ini dalam aman…dan berilah salam kepada orang islam…itu yang betul…bukan mencela….

Salam dari globalmalau

27 01 2012
gagak

ALHAMDULILLAH…sy pn sebenarnya sealiran dengan apa yang saudara globalmalau nyatakan…jgn cuma tau mencela…tp nilai diri anda sendiri…umno bukan kafir dan PAS yang berkopiah bukan jaminan anda ke syurga…apa yang penting perpaduan ummah…sayangnya mereka yang kononya arif berpolitik ni lebih sanggup bersekongkol dengan DAP yang dah terang2 nk menjahanamkan ISLAM dan MELAYU,dari mencapai perpaduan UMMAH

7 03 2008
ku_kelate

Walupun kelate miskin tetapi perlu ingat ketenangan,kebahagian sekarang ni hanya terletak di negeri kelate saje jah negeri lain takdok doh wooiii……mu paham ko dok semua whai puok2 BN, jange harap demo nok menang weiii….selagi pelapis barisan PAS yang semuanya berpengaruh berada di KL masih ada jangan harap UMNO nak menang….Tunggu kepulangan kami semua whai puok2 PAS semua, kita mesti bersatu……kelate negeri kito, sape khairy?sape najib?sedar diri dulu sebelum demo2 nak berubat negeri kito….PAS akan menang…InsyaAllah….

Takbirrrr…………

8 03 2008
balqis

sudah tentu barisan yang menjaga kebajikan dan kemaslahatan ummah menjadi pilihan…kebenaran dah terbentang,hanya yang mampu berfikir dan bijak mentafsir dapat mambuat keputusan yang bijak.apa susah sangat, yang benar jelas di depan mata,tunggu apa lagi…humban kezaliman dan kerosakan yang telah dibawa, bangkit dengan kebenaran dan keadilan,bina k’jaan yg bersih.

10 03 2008
25 03 2008
CUmeLL

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…BA telah pun menang besar…

Kepada penyokong BN tu esp ‘SayangPasKembali’ terimalah kenyataan…
Tak perlu melabelkan diri tu Ustaz klu kata2 tak mencerminkan peribadi

27 10 2009
ardi aminuddin

jom undi pas pada pilihanraya ke-13

27 01 2012
gagak

hahahaha
‘undi pas masuk syurga’…..btol ke?
umno ataupn org melayu yg menyokong kerajaan di kafirkan….
agaknye kami ni berdosa besar sgt la x menyokong pas…
oppps….mayb guan eng atau kit siang tu sebenarnya ulama…
entah la kn…sbb melayu2 berkopiah ni lg sanggup bersekongkol dgn DAP dari mencapai perpaduan dgn melayu umno yg di kafirkan….
aku nk tanya la kepada pemimpin2 melayu yg berselindung di se\balik kopiah dan serban ni….dapatkah pas menunaikan manifesto pas untuk menaikkan islam di malaysia sedangkan semua org tau pas cuma kuda tunggangn DAP yg langsung x berkuasa dan mulutnya terkunci apabila DAP bersuara…ALANGKAH BAIKNYA PEMIMPIN PAS NI MENCAPAI PERPADUAN DENGAN ORANG MELAYU SEAGAMA…DARI MENJADI TALIBARUT DAP YANG TERANG2 NAK MENJAHANAMKAN MELAYU DAN AGAMA ISLAM….AKU ORG ISLAM DAN XPERNAH MENOLAK AGAR ISLAM BERKEMBANG DI MALAYSIA MALAHAN AKU MNYOKONG…TP ULAMA PAS YG BERSELINDUNG DI SEBALIK KOPIAH DAN SERBAN NI,TOLONGLAH BERFIKIRAN WARAS….’TEPUK KOPIAH TANYA MINDA’,REALISTIK KE KEADAAN PAS SEKARANG NI YG HANYA MENJADI TALIBARUT DAP?

27 01 2012
gagak

bila baca komen2 org2 kelantan yang bebangga sgt dgn PAS ni buat aku mampu tersenyum je…wahai org2 kelantan yg bijaksana,aku nk tanya la….memng di malaysia kerajaan kita berlaku korupsi ataupn penyalahgunaan kuasa…tp aku nk tanya la, sejauh mana pemimpin2 anda yang berselindung di sebalik kopiah dan serban mereka akan berlaku amanah dan jujur?mungkin ke langsung x berlaku rasuahhhh?
hahahahaha…tepuk kopiah tanya minda?
apa malaysia ni x cukup islam ke?atau perlu aku ulang balik ayat aku
MAMPU KE PAS BUAT APA YANG DI JANJIKAN SEDANGKAN SUME TAHU DAP DALAM PAKATAN PEMBANGKANG YANG KORANG BANGGAKAN TU LEBIH BERKUASA?
DAN YANG TERAKHIR,KAMU NK KE PEMIMPIN MACAM ANWAR IBRAHIM YANG HANYA TAHU BER DEMONSTRASI DAN MENIMBULKAN KEKACAUAN…MENJAHANAMKAN MEMANG MUDAH SAUDARA….TP ANDAI NYA MALAYSIA HURU HARA DI SEBABKAN CRA JALANAN PEMIMPIN PEMBANGKANG BERFIKIRAN CETEK NI….ADAKAH MLAYSIA AKAN MAMPU AMAN MCM SEKARANG DALAM MASA YG SINGKAT?ANWAR CUMA TAHU MENIMBULKAN KEKACAUAN…APAKAH KITA NAK JD MCM SYRIA?MESIR? ATAUPN IRAQ? KEAMANAN BUKAN MUDAH DIBINA SAUDARA….MENJAHANAMKAN MEMANG MUDAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s