“@ Harakah: HANYA ISLAM Sebagai Penyelamat Ketuanan Melayu; Tuan Guru Abdul Hadi Awang”

30 04 2008

Azamin Amin | Foto Nasir Sudin

Wed | Apr 30, 08 | 2:11:29 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hanya melalui Islam sahaja maka bangsa Melayu dan ketuanannya akan terselamat dari apa jua cabaran yang menimpa khususnya yang melibatkan senario politik terkini dalam negara.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Kata Ustaz Hadi, ketuanan Melayu akan gagal sekiranya prinsip tersebut ditegakkan dan digerakkan melalui semangat nasionalisma yang fanatik serta ideologi yang bersifat chauvinisme termasuk taksub kepada bangsa tertentu.

Image“Yang menyelamatkan Melayu adalah Islam iaitu agama bagi orang Melayu. Melayu tak dapat menyelamatkan melayu.

“Kalau Melayu bersama dengan Islam bukan sahaja Melayu selamat bahkan orang bukan Melayu dan semua bangsa juga selamat sebab proinsip keadilan Islam yang menyeluruh,”jelasnya.

Katanya, merujuk kepada sejarah Islam, Nabi Muhammad s.a.w juga tidak menyelamatkan bangsa Arab dengan falsafah atau peraturan bangsa Arab tetapi dengan agama Islam.

“Semua amalan jahiliyah dan kezaliman Arab mesti dihapuskan dan begitu juga dengan jahiliyah Melayu sesama bangsa yang lain mesti diketepikan,” kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan para wartawan di ruang lobi Parlimen sejurus selepas menyertai sesi perbahasan pagi tadi.

Ustaz Hadi adalah antara ahli Parlimen yang ditunggu oleh para wartawan dan menjadi tumpuan ramai termasuk tidak lepas daripada lensa kamera yang merakam suasana Parlimen hari ini.

Sebelum soalan diajukan Ustaz Hadi telah disapa secara ramah oleh bekas Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S Samy Vellu yang secara bersahaja berkata kepada Presiden PAS itu,”Saya sudah orang biasa.”

Dalam sidang dewan tadi Ustaz Hadi turut mengemuka soalan tambahan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu kecekapan perancangan kerajaan dalam memperbaiki kehidupan rakyat.

Sidang Parlimen hari ini yang menyaksikan kesemua ahli Parlimen memenuhi ruang dewan dan menjadi tumpuan orang ramai khususnya pihak media yang sejak dari awal pagi sudah mula ‘berkampung’ di sekitar bangunan Parlimen bagi menyaksikan ‘kehangatan’ suasana sidang yang ditunggu ramai.

Dalam pada itu Ustaz Hadi mengulas janji kerajaan yang akan bekerjasama dengan pembangkang untuk menangani masalah kenaikan harga barang yang menyulitkan rakyat.

“Kita menerima cadangan tersebut dengan sikap positif. Kita pernah meyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) sewaktu zaman Tun Mahathir.

“Banyak buat keputusan dan resolusi yang bernas tetapi malangnya tak dilaksanakan dengan sepenuhnya dan PAS keluar daripada MPEN,” katanya.

Beliau menggesa supaya pihak kerajaan mengambil pengajaran daripada kelemahan MPEN untuk membuat suatu pembentukan atau jawatankuasa yang berbeza untuk menghadapi cabaran terkini.

Beliau sempat ditanya berhubung isu hak keitimewaan orang Melayu yang dilihat semakin terhakis akibat situasi politik negara yang sudah berubah.

“Hak keistimewaan Melayu bergantung kepada kedudukan orang Melayu sebagai golongan yang miskin dan dalam masa sama kita tak boleh mengabaikan kaum lain yang miskin.

“Sekiranya kedudukan orang Melayu sudah berubah, maka orang Melayu tidak boleh mengatakan berhak atas segala-galanya dan mengenepikan orang lain,” katanya dan menyatakan bahawa masa depan orang Melayu terletak kepada satu kuasa politik sahaja iaitu Islam. – mks.

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

7 responses

13 07 2008
kamikaze

salam tuan guru…
terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan sekiranya tulisan ini seolah2 menunjukkan kedangkalan @ pun kejahilan saya terhadap politik kini terutamanya parti yg amat saya sayangi & tak lain tak bkn Parti Islam SeMalaysia (PAS)..
Saya merupakan ahli seumur hidup yg tak pernah curang apatah lg teringin utk meliwat spt yg dilakukan oleh sayap kita yg baru nak belajar berpolitik tetapi cuba menunjuk jaguh & meminggirkan kita pulak..
Pada hemat saya lah selaku pandangan dari peringkat bawahan mungkin bodoh ini tetapi tidakkah Tuan Guru tidak perasan yg kita ketinggalan ke belakang?? hakikat yg tak dpt saya terima kenapa kita terlalu mengagungkan Anwar?? Siapa dia??makhluk ciptaan UMNO yg hidup bergelumang dgn dosa ketika dan hasilnya masih meninggalkan kesan sampai hari ini!!..dulu kita merasa seksa tekanan yg diarahkan oleh ANWAR yg menggunakan Polis yg mana akhirnya kita mengelarkan saudara kita sebagai “ANJING KERAJAAN” sedangkan tanpa kita sedar undi mereka juga ada dlm kolum parti kita..Arahan siapakah dulu??
bodoh sgt ke pimpinan kita?? apa sudah jd dgn SELANGOR?? negeri yg patut dikemudikan oleh kita…hingga kita sanggup melepaskan jwtn PM kpd ANWAR yang pada kiraan saya beliau ni jenis yg gila kuasa..ANWAR sudah kaya raya hasil duit rompakan ke atas rakyat dulu..sekarang dia kehilangan kuasa & sekarang dia ingin berkuasa utk menutup semua kesalahan LIWATnya itu..
maafkan saya Tuan Guru..semoga ALLAH akan memberi hidayah pada pucuk pimpinan kita….aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

3 01 2010
matkilau2010

Assalamualaikum………..

Selamat menyambut maal Hijrah 1431 dan tahun baru 2010…

seperti biasa setiap tahun baru saya menyambut dengan kesedihan……….. sedih melihat Agama Islam semakin terpinggir……

Setiap tahun baru , pasti ada pesta dikalangan umat Islam kursusnya orang Melayu…. yg kadang kala berakhir di bilik Hotel…. Contohnya di Selangor Sahaja lebih 50 pasangan tertangkap, itu belum masuk mereka YG TERLEPAS…DAN DARI NEGERI2 LAIN……..

DAN lebih sedih bila Mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah kepada pihak gereja …. Nauzubilalah….Sebelum ini mahkamah membenar seorang mat rempit menerima pampasan kerana kemalangan mengelak ditangkap polis, bagaimana nasib anggota polis dan orang awam yg dilanggar mat rempit, kepada siapa mereka nak tuntut pampasan. Ada hakim sekarang hanya menilai bukti semata-mata dan perihatin kepada pengadu tapi tidak kepada orang sekeliling. harap lepas ini jangan lah pampasan diberikan kepada keluarga penjenayah pula……….

Berbalik kepada penggunaan nama Allah , ada kah Hakim itu tidak meneliti PERLEMBAGAAN MALAYSIA !!! AGAMA ISLAM TERPELIHARA KESUCIAN NYA DI BUMI MALAYSIA INI DIBAWAH PERLEMBAGAAN DAN DI BAWAH NAUNGAN YANG DIPERTUAN AGONG. Ada kah hakim ini menjadi ” Beraja di mata , Bersultan Dihati ” .
Adakah anda sanggup menjadi punca kepada rusuhan Agama @ kaum seperti kisah natrah dan 13 May !!!

Kepada Umat Islam , bersatu lah kita semua. Agama kita makin terhimpit di bumi Malaysia ini………

Kepada orang kerajaan @ umno dan penyokong pembangkang @ PAS & Keadilan, tinggalkan lah perkara yg salah… buat lah perkara yang benar dan berani……

dan Kepada Pihak PAS … dimana kah suara anda… dimana janji Menegakkan Islam di bumi Melayu ini…. tak perlu lah berjanji nak memberikan NEGARA ISLAM kepada penyokong anda… cukup lah MEMBANTU KERAJAAN MEMELIHARA AGAMA ISLAM ini. sedih melihat PAS semakin jauh dari perjuangan semenjak dipergunakan DAP. Cukuplah bukti bila Ada pemimpin PAS yg berkuasa Di Perak dahulu .itu memberi tanah RizaB Melayu Kpd DAP. beliau Juga dilihat sanggup menggadai nama Islam bila memegang lilin bila menyertai perarakan kematian Tong beng Hock > satu amalan yg syirik… Nauzubilah……….

Janganlah PAS terpengaruh dengan DAP . Tong Beng Hock adalah saksi penting SPRM, jadi SPRM amat memerlukan Saksi itu, lebih2 lagi dia memberi kerjasma dan nak beri keterangan…. Jadi siapa yang Rugi dan siapa yang untung……. SECARA LOGIK AKAL , SPRM AKAN RUGI ( HILANG SAKSI ) DAN PERASUAH ( disyaki orang DAP ) AKAN UNTUNG. Andai benar Tan dibunuh…. dah tentu orang yg bakal didakwa dan konco-konconya yang bertindak. Dan lanjutan nya pihak tersebut memperbesarkan kes kematian Tan agar dapat melengahkan kes RASUAH. lebih kelakar dan sadis bila pihak itu mahu SPRM soal siasat waktu pejabat. Adakah ini pihak yang mendakwa mahu RASUAH DIHAPUSKAN.. Bila kena kat kaum sendiri RASUAH DIBENARKAN…??? LEBIH HARU bila kerajaan selangor terikut rentak pihak terbabit. Jangan pula PDRM juga disuruh soal siasat penjenayah ikut waktu pejabat tbila malam penjenayah boleh balik sambung keje…. Tolong lah anda diluar sana , anda telah biasa melihat siri penyiasatan jenayah seperti CSI, Gerak Khas dan Filem konspirasi…. Fikirlah secara LOGIK .. BUKAN IKUT SUKA HATI…

Satu lagi kepada peringatan kepada anda orang – orang Pas, NGO GEREJA ADALAH PRO AKSI kepada DAP, dan DAP proaksi kepada PAP Singapura…. DAN PAP ADALAH PROAKSI ZOINIS ISRAEL !!! FAKTA yg di ketahui ramai, bila Singapura berpisah dengan Malaysia, negara yg pertama di hubungi ada ISRAEL , YG DENGAN SENANG HATI MENGHANTAR PENASIHATNYA … ( temasuk lah Ejen – ejen Jahanam MOSSAD ). Jangan lah PAS menjadi FATAH yg bagai lembu ditusuk hidung oleh Israel dan US. Kerana kuasa, FATAH sanggup perangi HAMAS… pejuang ISLAM….

Jadi jangan lah PAS memerangi UMNO @ kerajaan, bantu lah kerajaan….. berdamailah……… BERSATULAH …. ALLAHHUAKBAR !!!!

Harap hayati lagu dibawah ini…. lagu yang sering kita dengar tapi diabaikan ……….

Lirik Nasyid Maal Hijrah

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota mekah ke kota madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar Bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu Perjuangan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh itu
Mari semua kita sambut Ma’al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan Syiar ISLAM !!!
Untuk sepanjang zaman

Sekian

Harap surat ini disebarkan agar pandangan dapat dikongsi bersama………

” Bersatu Demi menegakkan Islam tercinta ,
Tegakkan Syiar ISLAM !!! ”

3 01 2010
matkilau2010

KENYATAAN AKhBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN

ISU “ALLAH KRISTIAN”

Salam 2 all.

Tirai tahun baru masihi 2010 dibuka dengan keputusan kontoversi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Keputusan Yang Arif Hakim Dato’ Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan “ALLAH” sebagai ganti nama “God” bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu telah mencetuskan satu polemik dan kontorversi yang tidak sepatutnya berlaku.

Keputusan itu mengingatkan saya kembali kepada kes Natrah @ Maria Hertough pada tahun 1950 dimana Mahkamah penjajah Inggeris dimana Hakimnya yang bukan Islam telah, dalam keputusannya membatalkan keislaman Natrah dan perkahwinannya kepada Almarhum Mansor Adabi, langsung tidak mengambil kira perundangan syariah dan sensitiviti umat Islam semasa itu. Akhirnya tercetuslah rusuhan dan huru hara yang tidak membawa menafaat kepada sesiapa pun.

Saya berpendapat keputusan Hakim Dato’ Lim Bee Lan adalah tidak tepat dan boleh dipertikaikan, malahan akan menyebabkan kekeliruan dan menganggu ketenteraman dan keselamatan awam atas sebab-sebab berikut:

1. Keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam. Membenarkan pernerbitan Kristian menggunakan perkataan ALLAH bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas adalah satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam;

2. Ini sekaligus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam;

3. Dengan membenarkan penggunaan perkataan ALLAH dalam risalah penerbitan Kristian, ini sebenarnya dikira akan mendorong penganut Kristian dalam perlakuan jenayah kerana Enakmen Penyekatan Pengembangan Agama, Iktikad dan Kepercayaan Lain terhadap Orang Islam (Anti Propagation Law), yang digubal dengan sahnya menurut Artikel 11 Perlembagaan dibeberapa negeri jelas memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa menggunakan perkataan tertentu termasuk “ALLAH” kecuali bagi maksud Islam;

4. Keputusan tersebut akan menyebabkan kekeliruan termasuk bagi penganut agama Kristian kerana memberi gambaran Tuhan mereka berubah nama mengikut bahasa yang digunakan. Sedangkan nama tuhan bagi tiap agama mestila konsisten tidak kira apa bahasa. Lihat agama Budha, Yahudi, Hindu dan lain-lain. Nama tuhan mereka tetap sama tidak kira dalam apa bahasa sekalipun. Tetapi mengapa agama Kristian berubah nama Tuhannya menurut kaum dan bahasa?

5. Kekeliruan lebih serius akan berlaku dikalangan penganut agama Kristian apatah lagi bila sermon tiap hari Ahad contohnya mula menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God. Bagaimana dengan ucapan lazim penganut Kristian saperti:
“God created the world in 6 days and on the 7 day he rested”; atau “In the name of god the father, god the son and god the holy spirit” apakah ianya berubah menjadi “ALLAH created the world in 6 days and on the 7th day He rested”; atau “In the name of ALLAH the Father, ALLAH the son and ALLAH the holy spirit?” Saya telah bertanya rakan dan kenalan dikalangan penganut Kristian dan mereka sendiri melihat perkara ini sebagai memalukan agama kristian. Ramai dikalangan penganut Kristian sendiri yang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir Kristian yang beriya-iya mahukan nama ALLAH menggantikan nama god.

6. Ada kalangan penganut Kristian akan mula berasa ragu dan keliru dengan perubahan nama tuhan mereka. Mereka bertanya mengapa nama tuhan mereka berbeza-beza. Kenapa dalam Bahasa Inggeris disebut Jesus dan lain-lain, tetapi didalam bahasa Melayu disebut ALLAH. Mereka khuatir agama Kristian akan dilihat sebagai agama hipokrit kerana nama tuhan mereka boleh berubah-ubah mengikut kaum dan bahasa.

7. Keputusan itu juga akan membolehkan penganut Kristian mengguna dan mempamerkan nama “ALLAH” digereja-gereja dan lain-lain tempat peribadatan mereka. Saya tidak boleh nak membayangkan bagaimana nanti disalib-salib, di perkarangan gereja dan lain-lain nama ALLAH tertera. Apakah pihak gereja dan penganut kristian bersedia berbuat sedmikina? Dan tidakkah ini nanti akan menyentuh sensitiviti umat Islam yang sudah pasti akan bertindak balas. Tidakkah Mahkamah sedar gangguan terhadap ketenteraman awam yang serius akan berlaku yang akan mengancam keselamatan orang ramai dan negara.

8. Kesilapan Mahkamah menolak permohonan pihak Majlis Agama Islam dan beberapa NGO Islam untuk melibatkan diri (intervene) dalam prosiding tersebut telah menyebabkan Mahkamah tidak mendapat maklumat dan hujahan secukupnya berkenaan dengan isu ini. Saya hairan mengapa Mahkamah tidak merujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa kebangsaan atau pihak berkuasa Islam untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat apa-apa keputusan.

9. Selanjutnya, tidak ada keterangan yang mencukupi dan jelas berkenaan penggunaan perkataan ALLAH dikalangan Kristian di Malaysia. Apakah statistik yang diguna pakai. Berapa ramai sebenarnya melayu kristian yang benar-benar menaggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God. Apakah sekadar menyandarkan kepada beberapa buah buku dan tulisan sudah cukup? Sepatutnya Mahkamah mengambil keputusan memanggil keterangan pakar-pakar anthropologi, sejarah, bahasa dan lain-lain sebelum membuat keputusan. Apa yang jelas, dalam bahasa Melayu perkataan ganti bagi God ialah Tuhan, bukannya ALLAH. Manakala ini berbeza dengan bahasa ‘Arab kerana tiada perkataan God dalam bahasa mereka kecuali ALLAH!

10. Penyandaran terhadap Artikel 3 dengan menyatakan penganut agama kristian dijamin kebebasan dalam mengamalkan amalan agama mereka adalah jelas tidak tepat. Saya rasa kalau Mahkamah meminta tinjauan dan referendum dibuat dikalangan penganut agama kristian dibuat, saya cukup pasti majoriti besar akan menolak penggunaan perkataan ALLAH sebagai ganti perkataan god.

Saya berpendapat kalau golongan kristian benar-benar mahu menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God, maka saya cadangkan dilakukan perkara berikut:

1. Item pertama Rukun Negara iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan” hendaklah ditukar kepada “Kepercayaan kepada ALLAH” memandangkan perkataan ALLAH diakui sebagai gantinama God. Yang menghairankan saya, semasa penggubalan deraf rukunegara tersebut, ada golongan bukan Islam yang membantah perkataan “ALLAH” digunakan atas alasan ianya nama Tuhan orang Islam, sebaliknya mendesak perkataan “Tuhan” sebaliknya digunakan!!

2. Semua sermon digereja dan penulisan kristian hendaklah menggantikan perkataan God kepada ALLAH tidak kira dalam versi atau bahasa apa sermon atau penulisan tersebut digunakan. Sekiranya tidak agama Kristian akan dilihat sebagai tidak konsisten dalam soal nama ketuhanan mereka.

Saya juga menyeru dan mendesak tindakan berikut diambil segera:

1. Majlis Fatwa Kebangsaan hendaklah bermesyuarat segera dan membuat fatwa dan keputusan tentang penggunaan perkataan ALLAH ini. Kita tidak mahu ada dikalangan kita mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza, apatah lagi dikalangan orang dan kumpulan tertentu yang sentiasa membuat kenyataan yang bersifat populis tanpa mengambil kira kesannya terhadap agama Islam. Setelah fatwa tersebut dibuat, maka semua pihak berkuasa Islam negeri hendaklah segera menggazetkan fatwa tersebut;

2. Kerajaan Persekutuan hendaklah dengan segera menggubal dan melaksanakan undang-undang Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain telah lama melaksanakannya, mengapa 4 negeri ini masih belum menggubalkannya. Sekiranya Akta tersebut ujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana ianya akan menjadi suatu kesalahan jenayah untuk menggunakan perkataan “ALLAH” untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain;

3. Pihak berkuasa agama, majlis agama, para mufti dan badan dakwah saperti YADIM dan lain-lain hendaklah segera turun ke padang dan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan golongan Kristian ini untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh disepakati. Saya kira kegagalan pihak-pihak ini mengambil tindakan segera dengan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pihak kristian ini telah menyebabkan kecetekan kefahaman mereka terhadap Islam. Daripada menyibukkan diri dengan kerjaikerja tak berfaedah saparti menangkap ulama dan penceramah tak bertauliah dan lain-lain, lebih baik pihak berkuasa agama ini menumpukan perhatian kepada yang lebih serius ini.

4. Pihak Kementerian Dalam Negeri hendaklah memanggil golongan kristian ini dan mengadakan dialog dengan mereka. Sekiranya KDN merumuskan penerbitan-penerbitan saperti Herald ini boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan rakyat, KDN tidak perlu teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan permit penerbitan mereka jika perlu.

5. Kita perlu mengkaji semula sistem perundangan kita terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah;

6. Atau sebagai alternatif, apa-apa isu yang berbangkit berkenaan Islam dalam apa bentuk sekalipun termasuk di Mahkamah Sivil hendaklah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Mahkamah Syariah atau apa-apa Badan Perundangan Syariah untuk suatu keputusan; dan keputusan itu hendaklah mengikat Mahkamah Sivil dan wajib dipatuhi. Bagi maksud itu, suatu pindaan perlu dibuat kepada Akta Mahkamah Kehakiman (Court of Judicature Act) untuk memasukkan peruntukkan tersebut. Ini akan memastikan perkara saperti ini tidak berulang lagi dimasa akan datang.

Rumusan:

Saya melihat kes The Herald ini adalah saperti suatu ulangan kes Natrah, dimana kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar. Kalau dalam kes Natrah, kita mempunyai alasan untuk menyatakan kita tiada kuasa kerana diperintah penjajah Barat. Tapi apakah alasan yang sama kita boleh gunakan sekarang, dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai hampir 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan 2/3 tetapi merupakan majoriti mutlak! Yang sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita. Kalau dalam membela dan mempertahankan Islam dalam kes Natrah orang Melayu sanggup menggadai nyawa, apatah kita bangsa Melayu moden yang hebat serba-serbi ini tidak mampu berbuat apa-apa. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
15 Muharram 1431
01 Januari 2010

3 01 2010
matkilau2010

Part 2

Surat Terbuka kepada Pemuda Islam

Assalamualaikum…….

Saya berharap sebagai permulaan perpaduan , harap Pemuda PAS & UMNO bersatu membentuk sukarelawan mencegah maksiat dangenjala sosial, sebagai membantu Jabatan Pencegah Maksiat yang tak cukup kakitangan. Pemuda PAS perlu berani bersuara dalam hal ini….

Janganlah hanya lantang membela nasib Anwar , Tan , Penjenayah yg ditembak polis…. tapi nasib bayi yang DIBUANG MACAM SAMPAH YANG PATUT DIBELA…..

Lagi satu harap Pemuda PAS menyokong Tuan Haji Abd Hadi dan Tuan Nassaruddin Mat Isa yang rasanya mahukan PerpaduaN TAPI DITENTANG golongan Artatuk … yang diketuai Husam dan Kalid samad…. Golongan yang terlalu rapat dengan DAP… Tuan Guru Nik Aziz juga seolah-olah di pengaruhi Golongan itu sehinga menolak Perpaduan dan mahu menyerahkan KERUSI MB kepada DAP…. Pelajari dari sejarah bila Khalifah Usman yg berusiaa di pengaruhi musuh dalam selimut diakhir pemerintahannya sehingga membuat pelbagai keputusan yg tidak betul… Akhir nya bermulalah perpecahan Dalam Umat Islam .

Pemuda PAS mestilah berhati – hati dengan golangan ini dan DAP yang ULTRA KIASU yg saya rasa layak digelar KAFIR HARBI… . Didepan orang Islam mengalun kan AYAT SUCI AL-QURAN ,yg tunggang terbalik ( Satu penghinaan…. Tetapi kenapa ULAMA PAS senyap je ) , nak Contohi Khalifah Umar, TAPI di belakang umat Islam , kandang babi dibina, Arak di perluas Jualannya, PUB & rumah Urut ditambah…… FIKIRLAH WAHAI PEMUDA PAS……

Sebagai rujukkan…. bacalah pandangan YB PKR Zulkifli yg rasa lebih lantang memperjuangkan isu Umat Islam seperti Murtad, kes Kartika,
 


 

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Tuhan Yang Esa, yang tiada sekutu bagi Nya. Tuhan Raja segala raja, yang memiliki segala Kerajaan. Tuhan yang tiadalah aku sembah melainkan ALLAH yang Satu.

Saya merujuk kepada kenyataan YB Khalid Samad yang menyatakan persetujuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang membenarkan permohonan puak Kristian melalui akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan ALLAH bagi ganti nama “God” dalam penerbitan mereka. Hujjah YB Khalid menyokong puak Kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh disimpulkan kepada 3 iaitu:

1. Nama “ALLAH” bukan milik ekslusif umat Islam;
2. Bahawa Al Quran sendiri membenarkan dan menggalakkan Kristian menggunakan perkataan ALLAH berdasarkan Surah Az Zukhruf: 86-87 dan Al Ankabut: 63;
3. Rasulullah sendiri tidak menghalang orang ‘arab musyrikin Quraisy menggunakan perkataan ALLAH.

Sanggahan saya:

1. Nama ALLAH bukan milik sesiapa pun, samada Muslim atau kafir, baik manusia atau mana-mana makhluk dimuka bumi atau di alam maya ini. Sebenarnya nama ALLAH adalah milik mutlak ALLAH sendiri sebagai Maha Pencipta kita. Dan ALLAH itulah yang telah menurunkan Al Quran sebagai wahyu terakhir kepada manusia melalui Rasulullah saw khatamul anbiya. Al Quran itu adalah satu-satunya petunjuk kepada jalan ketaqwaan (Al Baqarah:2). Dan Al Quran itu adalah petunjuk yang benar dan haq, dan dimenangkan dan dimuliakan atas agama dan kefahaman lain, walau musyrikin (dan kafir la’natullah lain) tidak suka (Al Fath: 20).

ALLAH yang empunya nama Nya sendiri itu telah menegaskan bahawa yang namanya ALLAH itu Satu; “Katakan Muhammad bahawa ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak lagi tidak dperanakkan, ALLAH itu tidak sekufu dengan sesiapa pun” (Al Ikhlas: 1-4).

Jelas disini bahawa ALLAH yang empunya nama ALLAH itu sendiri menegaskan bahawa nama ALLAH itu adalah nama Tuhan yang Satu. Sedangkan Kristian zaman ini termasuk di Malaysia bercadang menggunakan nama ALLAH dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti; tiga dalam satu: Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Qudus! Tidakkah itu terang-terang bercanggah dengan penegasan ALLAH sendiri bahawa apabila menggunakan nama Nya bermakna merujuk kepada Tuhan yang Satu! Dan itulah aqidah umat Islam yang mempertuhankan ALLAH Yang Satu.

2. Surah Az Zukhruf:86-87 dan Al Ankabut: 63 adalah penegasan ALLAH bahawa kalau ditanya kepada golongan kafir dan penyembah berhala bahawa siapa yang mencipta mereka, nescaya mereka akan menjawab ALLAH. Kita perlu lihat ayat ini adalah urutan daripada ayat-ayat sebelumnya yang mana ALLAH mencela perbuatan golongan kafir dan musyrikin yang menyembah selain ALLAH; sebaliknya menyembah patung dan sembahan-sembahan yang lain. Sedangkan bila ditanya apakah yang mencipta mereka itu patung-patung sembahan mereka, nescaya mereka akan kata tidak, sebaliknya ALLAH.

Maka para ulama menyatakan bahawa perkataan mereka itu yang mengakui ALLAH adalah pencipta bukan Jesus dan lain-lain adalah dalam bentuk ‘rububiyah’. Iaitu mengakui sifat ALLAH sebagai Pencipta. Samalah apabila saintis terkenal Stephen Hawkins bila selesai mengkaji teori ‘Big Bang’ dalam masalah penciptaan dunia, dia menyatakan ada satu kuasa besar yang mencipta bumi ini. Atau apabila mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, bila ditanya macam mana tragedi tanah runtuh di Genting berlaku, dia menyatakan ini “Tuhan Alah punya keleja”. Dan banyak lagi komen sedemikian yang dibuat oleh golongan kafir dan musyrikin. Itu bukan bermakna mereka menerima ALLAH dalam bentuk ‘uluhiyyah’ atau aqidah, tetapi dalam bentuk ‘rububiyah’. Dalam berkata begitupun mereka tetap menyembah patung dan lain-lain.

Sebaliknya ayat 86-87 Az Zukhruf dan ayat 63 Al Ankabut tidak menyatakan ALLAH membenarkan penggunaan nama ALLAH bagi maksud selain daripada Tuhan Yang Esa, Satu, Wahid!! Malahan tidak ada sebarang nas langsung yang mana ALLAH mahupun Rasulullah membenarkannya. Menyatakan bahawa ALLAH, Al Quran dan Islam menggalakkan penganut Kristian menggunakan perkataan ALLAH untuk gambaran Tuhan 3 dalam satu adalah suatu putarbelit terhadap ayat Al Quran; ianya suatu provokasi terhadap tunjang aqidah umat Islam bahawa ALLAH itu satu;

3. Saya berpendapat kenyataan beliau bahawa Rasulullah sendiri tidak menghalang musyrikin Mekah menggunakan perkataan ALLAH perlu difahami dalam konteks bahasa ‘arab dan budaya ‘arab sendiri. Kira perlu faham bahawa dalam bahasa ‘arab, mereka tidak ada gantinama perkataan ‘God” selain ALLAH. Bagi mereka perkataan ALLAH itu sendiri bermakna God. Sedangkan dalam Bahasa Melayu gantinama perkataan God ialah Tuhan; dan nama ALLAH dalam bahasa Melayu tidak bermaksud gantinama God secara umum, tetapi membawa pengertian yang khas-iaitu Tuhan Yang Satu. Oleh itu adalah melanggar tatacara bahasa Melayu sendiri untuk menyamakan perkataan ALLAH sebagai God. Kalau kita melihat kamus Dewan Bahasa, kamus paling authentik dan autoritatif mengenai bahasa Melayu menyatakan dengan jelas bahawa perkataan ALLAH bermaksud Tuhan Yang Satu dalam Bahasa Melayu.

Malahan kalau kita melihat contohnya The Hutchinson Encyclopedia (muka surat 27), perkataan ALLAH ditafsirkan sebagai, “ALLAH: Islamic name for God”. Begitu juga kalau kita merujuk kepada Encycopedia Brittanica, Wikipedia dan lain-lain. Adalah jelas nama ALLAH dikaitkan dengan Tuhan Yang Satu, Tuhan umat Islam.

Kalau kita bercadang nak mengheret sejarah dalam isu ini, kita boleh mempertikaikan agama Kristian dan Yahudi itu sendiri dari segi nama ketuhanan mereka. Apa yang jelas, Nabi Isa yang Kristian angkat menjadi anak tuhan bukan orang ‘Arab, sebaliknya dia adalah seorang Yahudi bani Israel berbangsa Hebrew. Sudah tentu nama beliau bukan dalam bahasa ‘arab. Jadi bagaimana pula golongan Kristian boleh mendakwa nama “ALLAH” sebagai tuhan mereka telah diguna sejak awal ujudnya agama Kristian. Sebaliknya nama asal Nabi Isa dalam kitab Hebrew ialah Yehwah. Malah nama “Jesus” sendiri pun adalah sebenarnya ciptaan barat, berasal daripada perkataan Greek kuno “Yeosus” kemudian diubah menjadi “Yesus” dalam Inggeris lama sebelum menjadi Jesus dalam Inggeris moden!!

Begitu jugalah dengan agama Yahudi atau Judaism. Judaism adalah “the religion of the ancient Hebrews and their descendants the Jews, based, according to the Old Testament, on a covenant between God and Abraham about 2000BC, and the renewal of the covenant with Moses about 1200BC. Judaism is the oldest monotheistic faith, the forebear of Christianity and Islam. It rest on the concept of one eternal invisible God”. Jadi adalah jelas agama asal Yahudi, yang selepas itu diikuti oleh agama Kristian adalah berteraskan kepada kepercayaan Tuhan itu Satu!! Sebab itu setelah kesesatan mereka, mereka masih menerima ALLAH sebagai Maha Pencipta (rububiyah) tetapi menolak ALLAH sebagai Tuhan Yang Satu (uluhiyah).

Rumusan:

Apa yang jelas, rancangan Kristian Malaysia untuk menggunakan perkataan ALLAH itu adalah dalam konteks mempercayai nama ALLAH itu adalah nama bagi Tuhan yang berkonsepkan fahaman Triniti: iaitu 3 dalam 1. Sudah tentu ini bercanggah dengan aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu. Malahan pada saya ini adalah satu perancangan halus dan jahat mereka untuk mengelirukan umat Islam. Yang saya pelik, mengapa mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH hanya bagi penerbitan Kristian dalam Bahasa Melayu, tetapi didalam versi bahasa Inggeris mereka masih menggunakan perkataan Jesus dan lain-lain. Tidakkah itu membuktikan satu muslihat yang jahat. Malahan sebenarnya muslihat la’nat ini telah digambarkan oleh ALLAH kepada kita didalam Al Quran di surah Al Baqarah:2, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).

Apa yang menghairankan saya bagaimana orang terpelajar saperti YB Khalid Samad yang duduk didalam PAS yang memperjuangkan Islam boleh menyokong keputusan Mahkamah ini. Saya diberitahu bahawa pandangan YB Khalid Samad tidak mewakili pandangan PAS sebagai parti. Malahan YB Ust Taib Azzamuddeen, mantan Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, seorang ulama’ yang dihormati lagi disegani telah secara terbuka menegur YB Khalid Samad didalam Parlimen (rujukan boleh dibuat didalam Hansard Parlimen).

Apakah YB Kahlid Samad selepas ini redho kalau segala gurdwara, gereja dan lain-lain rumah peribadatan bukan Islam mempamerkan perkataan ALLAH di rumah ‘ibadat mereka. Apakah beliau redho Kristian mencatat perkataan ALLAH disalib mereka. Apakah beliau redho golongan punjabi mengukir nama ALLAH diatas gurdwara mereka. Kalau itu berlaku saya akan persalahkan YB Khalid Samad.

Malahan saya akan pergi lebih jauh dan menyeru YB Khalid Samad supaya menimbang semula keahlian beliau dalam PAS, sebaliknya saya mencadangkan kepada YB Khalid Samad supaya menimbang menyertai parti lain pilihan beliau, termasuk DAP. Ini adalah kerana saya lihat tindak tanduk YB Kahlid Samad akhir-akhir ini, terutamanya sejak diberi anugerah dan amanah oleh ALLAH menduduki kerusi empuk Parlimen Shah Alam lebih banyak yang merosakkan nama dan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau adalah orang yang memalukan PAS termasuk Presiden YB Tuan Guru Haji Hadi apabila menarik balik usul yang diluluskan mu’tamar agung PAS yang mengkritik golongan Sisters In Islam setelah segelintir golongan membantah usul tersebut. Beliau mendakwa berlaku kesilapan walaupun setelah mu’tamar agung PAS menerima dan meluluskannya dan YB Presiden telah membuat tindakan susulan berdasarkan usul tersebut.

Kedua, beliau mengambil sikap menyokong tindakan penganut hindu untuk membina kuil hindu di Seksyen 23, kawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu beragama Islam walaupun sudah ada tapak gantian yang siap disediakan di Seksyen 18 Shah Alam. Orang Melayu yang membantah dan memprotes dikritik oleh beliau dan diberi pelbagai macam label.

Beliau turut memalukan PAS apabila mendedahkan kepada umum amalan dikalangan sebahagian wakil rakyat PAS yang mengangkat bai’ah akan menceraikan bini dengan talaq 3 jika keluar daripada PAS dan mneyertai UMNo. Walaupun pimpinan PAS telah menegur dan cuba menafikan isu itu, beliau tetap berkeras mengakuinya sehingga menjejaskan imej PAS khususnya dikalangan wanita Islam.

Beliau mengkritik secara terbuka kepimpinan PAS Selangor khususnya Pesuruhjaya PAS Negeri YB Datuk Hassan Ali yang telah menegur Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam beberapa isu saperti penjualan minuman arak, Selcat dan lain-lain. Malahan beliau telah memalukan YB Datuk Hassan Ali apabila menuntut supaya YB Datuk Hassan meletakkan jawatan!

Jadi saya melihat tindak tanduk dan sikap yang ditunjuk oleh YB Khalid Samad ini tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Malahan respon yang diterima jelas menunjukkan ada orang Melayu yang beragama Islam mula mempertikaikan perjuangan ikhlas PAS dalam memartabatkan Islam kerana ujudnya karektor-karekor saperti YB Khalid Samad. Saya sendiri dihujani dengan pelbagai kritikan kerana dilihat bersekongkol dengan YB Khalid kerana beliau duduk didalam barisan YB Pakatan Rakyat.

Maka ingin saya perjelaskan kepada umat Islam khususnya, dan rakyat umumnya bahawa saya bermufaraqah pendirian dengan YB Khalid Samad, dan saya tidak redho apatah lagi bersekongkol dengan beliau dalam pandangan-pandangan dan sikap beliau yang pada pendapat saya bercanggah dengan prinsip perjuangan Islam yang saya yakini.

Oleh itu saya mendesak supaya:

1. YB Khalid Samad supaya menimbang keluar daripada PAS dan menyertai mana-mana parti lain pilihan beliau termasuk DAP;
2. kepimpinan PAS perlu mengambil tindakan disiplin yang jelas terhadap YB Khalid Samad agar memberi mesej yang jelas kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu bahawa PAS tidak bersekongkol dengan beliau dalam beberapa isu tersebut diatas. Malahan saya mencadangkan kepada kepimpinan PAS supaya menimbang mengambil tindakan memecat keahlian YB Khalid Samad daripada PAS. Kegagalan kepimpinan PAS mengambil tindakan akan memberi gambaran negatif terhadap kepimpinan PAS, dan menjejaskan imej dan persepsi PAS sebagai wadah perjuangan Islam.
3. Kepada rakan-rakan bukan Islam khususnya penganut Kristian dan Punjabi yang beriya-iya mahu menggunakan perkataan ALLAH, saya seru kamu semua supaya marilah kita menyembah ALLAH Tuhan yang Satu. Marilah kamu memeluk agama Islam. Apabila kamu memeluk Islam dan mengangkat syahadah mengaku ALLAH Tuhan yang Satu, kamu boleh menggunakan nama ALLAH sebanyak mana yang mungkin, dan kamu boleh menulis nama ALLAH sebesar mana yang kamu mahu.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
16 Muharram 1430
02 Januari 2010

24 01 2010
iLhamJihad

Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, pelbagai cabaran baru yang akan timbul dan perlu kita hadapinya. Keadaan sebegini telah mendedahkan kita kepada kenaikan keperluan asas dan juga taraf hidup yang tidak stabil.Untuk menghadapi situasi sebegini, ramai diantara kita yang membuat keputusan untuk mencari pendapatan sampingan. Atas dasar tersebut, muncul pelbagai skim perniagaan seperti skim perniagaan berangkai, skim cepat kaya, skim amanah saham dan pelbagai lagi skim yang mungkin kita tidak ketahui akan kesahihannya dari segi undang-undang dan yang lebih utama lagi halal dari segi perspektif Islam.Sebagai sebuah syarikat yang prihatin terhadap perkembangan semasa Umat Islam, Telaga Biru Sdn Bhd (TBSB) yang diwakili oleh Stormreaders Network Sdn Bhd merasakan betapa pentingnya untuk mewujudkan sebuah perniagaan rangkaian baru yang jauh berbeza dari peniagaan rangkaian yang lain. Plan perniagaan ini secara dasarnya berdiri diatas prinsip yang dinyatakan Allah dalam Al-Quran: “Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan…”.

24 01 2010
qaseh

Bezanya melayu di malaysia sekarang….ada melayu islam fasik,ada munafik dan ada yang terang-terang murtadnya….Jadi,you all fikir-fikirlah sendiri.Islam tulen,tidak akan berkompromi untuk mencemarkan Kemuliaan Abadi….Ambik nama,tapi tak kenal tuan,nak buat taik apaerrrrr????Senang cerita,menteri melayu kita ni,macam burung kakak tua.Pandai berkata-kat tapi satu apaer pun tak faham.Jangan cakap bab agama,kalau hakikat dan makrifat Fatihah belum khatam lagi….Pak menteri kita ni,sakit perut…dia nak berak,ikut sedap dia nak buang kat mana.Macam kita ni jiran dia…tak tahan bau busuk,terpaksalah menyingsing lengan baju,jenuh nak bersihkan taik dia…duit banyak…upahlah sorang guru agama ajar kamu selok belok agama,bia dalam sikit.Bab-bab nama Mulia ni sensitif weh…..

15 11 2011
Farihani

Telah bersabda Rasulullah SAW.
“Wailun li -ummatii min ‘ulamaa- is Suu’ ”.“ Rosaknya perilaku ummatku adalah BERPUNCA dari perbuatan ORANG2 PANDAI AGAMA yang TIDAK DAPAT MENahan SEgala KEinginan HaTiNYA ”

Ciri-ciri Ulama’ Suu’. (Orang orang yang pandai, alim tetapi berfikiran jahat).

1. Bersabda Rasulullah saw,” Ulama’ itu adalah kepercayaannya Rasul , selama dia itu tidak bercampur gaul dengan Sulthan dan dia tidak dimasukkan ke dalam urusan dunia… Maka tatkala dia bercampur dengan Sulthan dan menyampuri urusan duniawi, maka sesungguh dia itu telah berkhianat kepada Rasul. Maka berhati-hatilah terhadap mereka”.
(Hadits dari An Anas rawahu ‘Aqili.Kitab Jami’us shogir )

Salam…tolong jelaskan hadis ini sahih ke???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s