“TUN MAHATHIR Gesa BOIKOT Produk Belanda! ||| FITNA THE MOVIE: SIALAN!!!

30 03 2008

KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.

Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

“Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.

“Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.

“Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan “sudah pasti ada motif kritikal”. “Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai…tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim, berkata adalah penting bagi pertubuhan itu memberikan tanggapan yang betul mengenai Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku ketidak salah faham mengenai agama Islam yang boleh membawa kepada kebimbangan, curiga atau pertentangan terhadap Islam..

***********************************************************************************************
sumber daripada Mfundamentalist youtube.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************


Actions

Information

3 responses

1 04 2008
shaharudin ismail

Bilamana ada individu atau kumpulan yang dengan jelas menghina islam melalui video atau cara media lain, kita orang islam wajib terus ambil tindakan memerangi mereka dengan apa-apa cara yang boleh seperti boikot terus barang2 mereka orang belanda dan denmnark.Tak payahlah nak tunggu pemimpin nak ajak,elok kita mula dengan diri kita dan kaum keluarga kita terus ambil tindakan.
Mereka ini orang kafir akan terus melakukan apa2 saja yang akan menghina dan pecahbelah persaudaraan islam.

7 05 2008
miya

mmg i stuju boikot brgan belanda…tp kalo hanya sorg due je yg nak boikot xde makne nye

mcm ari 2 i g mall

rmei lg yg bli barangan belanda canm dutch lady
keluaran uniliver….

4 08 2008
ORG TUA

tepuk dada tanya selero…

Leave a comment