“MANIFESTO Paerti KeADILan Rakyat ||| Janji ANWAR”

27 02 2008

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

Advertisements




“TERKINI; Pendidikan PERCUMA!!!”

19 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

BA akan tawar pendidikan percuma sehingga ke IPT jika diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya ke-12, kata Salahuddin Ayub. – harakah –

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************





“HENTI Politikkan Bidang PENDIDIKAN”

30 01 2008

… ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA…

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Kita menjadi gusar apabila penggal baru persekolahan kecoh dengan isu yuran. Sewajarnya urusan pembayaran berjalan licin bagi membolehkan anak-anak dan guru segera memfokus kepada keperluan berkaitan ilmu selaras rancangan menjayakan modal insan.

Kekecohan ini sebahagiannya berpunca daripada pengumuman Perdana Menteri pada Belanjawan 2008 bahawa yuran sekolah dihapuskan. Pemgumuman ini disambut sorak pemimpin UMNO-BN manakala ulasan menteri dan media massa kemudiannya membayangkan pendidikan di Malaysia percuma seperti dinyatakan Menteri Pelajaran, Hishammuddin Hussein di sebuah persidangan UNESCO di Paris. Hakikatnya, yuran dihapuskan RM4.50 setahun bagi murid sekolah rendah dan RM9 bagi pelajar menengah!

Tentulah akibat publisiti meluas mengenai pendidikan percuma termasuk pemberian buku teks kepada semua pelajar, sebahagian besar ibu bapa beranggapan anak-anak hanya perlu cuci kaki apabila penggal persekolahan bermula. Bagaimanapun, mereka terkejut apabila perlu membayar yuran dan sumbangan ratusan ringgit sekalipun Kementerian Pelajaran sudah mengeluarkan garis panduan yuran tambahan antara RM23.50-RM55.50, bergantung kepada jenis sekolah.

Apabila ini berlaku, Hishammuddin tidak menunjukkan empati, sebaliknya berlagak angkuh dengan berkata: ‘Sumbangan RM25, RM30 kepada sekolah itu boleh diambil balik, sekolah tidak akan ditutup kerana kekurangan sumbangan tersebut. Nak minta (balik), mintalah. Itu (yuran tambahan sekolah) bukan suatu bayaran wajib.’

Bagi kita, bukan bayaran itu dipersoalkan tetapi ketelusan pemimpin kerajaan. Kenapa sekarang baru kecoh tidak ketika pembukaan sesi persekolahan tahun-tahun sebelum ini?

Jawapannya, menteri tidak jujur sejak awal lagi. Kenapa tidak nyatakan yuran dihapuskan adalah RM4.50 atau RM9 setahun, sebaliknya rakyat digula-gulakan kononnya pendidikan adalah percuma? Apakah ini bertujuan mencetuskan suasana selesa (feel good feeling) bagi membolehkan kerajaan BN-UMNO menang besar pada pilihan raya?

Kita yakin jika kerajaan jjujur dalam menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, ia tidak menjadi masalah besar. Salah satu sumber merealisasikan perkara ini adalah keuntungan berlipat ganda Petronas sejak akhir-akhir ini. Keuntungan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu berjumlah RM76.3 bilion, yang tertinggi dalam sejarah.

Berhubung perkara ini, kita bersetuju dengan pendapat bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini pemimpin KeADILan, Anwar Ibrahim, bahawa jika RM10 bilion daripada keuntungan itu disisihkan untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kekayaan Petronas tidak akan terjejas. Tetapi apa yang berlaku, kerajaan UMNO-BN berboros dalam projek mewah seperti Menara Berkembar Petronas, KLIA dan Litar Formula One dan melakukan ‘bail-out’ kepada firma kroni seperti MISC milik Mirzan Mahathir.

Selain yuran, pembelajaran di sekolah juga menjadi medan sesetengah pemimpin meraih keuntungan politik. Misalnya, melalui keputusan PMR baru-baru ini, pemimpin kerajaan dan UMNO-BN mendakwa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mencatat kejayaan.

Hakikatnya, sekalipun pengajaran kedua-dua subjek ini dilakukan dalam bahasa Inggeris, kebanyakan pelajar menjawab dalam bahasa Melayu. Misalnya, dalam kertas Sains, calon yang menjawab dalam bahasa Melayu sepenuhnya 298,293 orang atau 65 peratus manakala yang menjawab sepenuhnya dalam bahasa Inggeris hanya 98,469 orang (21.5 peratus) manakala bakinya menggunakan bahasa bercampur-campur.

Bagaimana pemimpin tergamak berbohong, menyatakan ia berjaya apabila pelajar menjawab dalam bahasa Melayu sedangkan mereka diajar dalam bahasa Inggeris? Kita bimbang berlaku kepincangan besar dalam dunia pendidikan negara. Amat bahaya jika ada pihak cuba meraih keuntungan politik dalam bidang begitu penting kepada pembentukan modal insan ini. Sesungguh bidang pendidikan tidak boleh dikompromi bagi tujuan politik kerana akibatnya negara dan bangsa akan musnah!

**********************************************************************************************
petikan diambil daripada akhbar Harakah, 7-22 Muharam 1429 / 16-31 Januari 2008, Fikrah, Fikrah Editor, 4.
**********************************************************************************************