“200,000 KERA DI HUTAN Disusukan BN!!! ||| Ke… BERUK??? Ke… ORANG UTAN???”

28 03 2008

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

Advertisements

“PERJELASAN Isu Orang Utan (UMNO???)”

17 03 2008

Terima Kasih kepada sahabat IH Mediacs

Video kali ini menerangkan secara ringkas tentang statement yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan “kita lawan UMNO ni bukan lawan parti, tapi kita lawan orang utan”

mari kita saksikan untuk mengetahui apa yang sebenar-benarnya dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz dalam kata-kata beliau tersebut. Benarkah beliau sudah lupa agama kerana kepentingan politik? benarkah beliau desperate?

tontonlah sampai habis bagi mengetahui kebenaran yang diselindung media.

jangan lupa sampaikan kepada mereka yang tidak aware terhadap isu ini. tak kiralah rakan2 ke, guru2 ke, saudara-mara ke, malah yang paling penting kaum keluarga anda. sedarkan mereka agar insyaAllah Islam kan kembali bersinar di Malaysia. Allahuakbar!!

jangan lupa juga untuk turun mengundi di hari pembuangan undi nanti. undilah BA.

note: tiada copyright dalam islam. sebar-sebarkanlah dengan apa jua cara sekalipun. download, sebarkan link, embed ke blog2 anda, dan sebagainya. mudah2an kita sama-sama mendapat manfaat darinya

***********************************************************************************************
sumber daripada kudalautmasin youtube.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

“Kenyataan Istilah ORANG UTAN Masih Boleh Diterima”

23 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Zein el-Din Hashim

Sat | Feb 23, 08 | 11:54:20 am MYT

Nampaknya para pemimpin Umno-BN semakin menggelabah kerana tidak ada isu yang mampu mereka pertontonkan kepada rakyat menjelang pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac ini.

Masalah ketandusan calon-calon mereka khususnya di kelantan menambahkan lagi penderitaan bagi menghadapi kekuatan PAS di semua peringkat, pemilihan Prof Dr Abdullah Sudin untuk bertanding di Pengkalan Chepa atas tiket BN meleset sama sekali, kerana beliau dikenali sebagai seorang ahli akademik berfikiran jauh bagi membangunkan negara tidak bersama Umno-BN.

Bagi mengalih perhatian para pengundi dan rakyat jelata umumnya, maka isu penggunaan istilah orang utan diungkit semula hingga macam jadi isu besar, sedangkan jika seorang muslim belajar agama secara mendalam, mereka akan berjumpa ayat al-Quran yang menggunakan istilah anjing, ia terbukti menerusi ayat 176 surah al-A’raf.

Allah menggunakan istilah anjing dalam ayat tersebut, bagi orang yang menolak kebenaran agama dengan menyokong kepimpinan yang membelakangkan ajaran nabi, seperti peristiwa antara Fir’aun dan Nabi Musa a.s.

Justeru, penggunaan istilah ‘orang utan’ oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Hj. Abdul Aziz Nik Mat, adalah tepat kerana pemimpin Umno-BN telah melakukan pelbagai penderhakaan terhadap Islam, agama rasmi negara, yang paling ketara ialah tidak melaksanakan hukum-hukum Allah dalam al-Quran seperti Hudud, Qisas, Takzir dan lain-lain.

Jadi Tok Guru tidak perlu mengikuti kursus budi bahasa seperti yang dicadangkan Dato’ Seri Dr Rais Yatim di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini. Kerana kenyataan Tok Guru itu masih boleh diterima, sedangkan kenyataan Dr Rais lebih dahsyat daripada itu, kita tidak mudah lupa mengenainya.

Cuba kita perhatikan kenyataan Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim yang disanggah peguam muda PAS, Hanipa Maidin semasa merasmikan seminar Interfaith di Hotel Equatorial Bangi, Selangor pada 24 Februari 2005. Dr Rais Yatim telah berkata seperti berikut:-

“While believing that we are not here to express severe and bigoted subjective findings against fellow Malaysians who happen to embrace religions other than our own, one salient point seems to run through a collective endeavour such as this. And that is, no one ought to say and claim that his religion is the best to the exclusion of others. To say this would annihilate the intent of equality and basic humanity”. (lihat infoline Majlis Peguam di m/s 8 – 10 )

(Terjemahan)
Tidak boleh mana-mana orang boleh mengatakan atau mendakwa bahawa agamanya adalah yang terbaik sehingga mengenepikan agama-agama lain. (Bila kita) bercakap begini bermakna akan memusnahkan niat persamaan (agama) dan asas kemanusiaan.

Ucapan ini sekali gus menafikan hak orang Islam untuk mendakwa agama Islam lebih baik daripada agama-agama lain. Ertinya semua agama adalah sama. Orang Islam tidak boleh mendakwa ketinggian (superiority) Islam meskipun ketinggian Islam itu dijamin oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran melalui ayat-ayatNya seperti berikut:

a) “Sesungguhnya Al-Deen di sisi Allah adalah Islam” – (Ali-Imran ayat 19)

b) “Pada hari ini telah Aku Sempurnakan agamaKU untuk kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu ke atas kamu dan telah Aku reda Islam sebagai Deen kamu” – (Al Maidah ayat 3)

c) “Barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup nescaya Allah tidak akan sekali-kali menerima cara hidup tersebut dan di akhirat kelak mereka termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran ayat 85)

d) “Dan Dialah (Allah) yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang sebenar untuk agama itu mengatasi agama-agama lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik”. (Al-Saff : 9)

Yusuf Al Qardahwi di dalam bukunya ‘Mawqiful Islam al-‘aqdi min kufri al-yahudi wa annasara’ (Pendirian Islam secara aqidah berhubung kekufuran Yahudi dan Kristian )’ ketika mengulas ayat Al-Saff di atas menyatakan, “wa ma’na hadza ghalabatul Islam ‘ala kulli al-adyan wa minha deen ahlil kitab.” (maksudnya: “makna ayat ini kelebihan Islam ke atas agama-agama lain antaranya agama ahlul kitab (Yahudi dan Nasara)”. (lihat m/s 31 ).

Tidakkah kenyataan beliau itu boleh menggugat pegangan akidahnya sendiri, dan mungkin juga terhadap mereka yang tipis imannya, sama-samalah kita ambil iktibar. – mns

***********************************************************************************************
sumber daripada http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

“Cuba Teka, Apa MAKNA Video Ni???”

21 02 2008

“ORANG UTAN???! Hahaha… … ||| Rafidah Aziz La BOLEH BLAH!!!”

19 02 2008

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

“ISU ORANG UTAN”

19 02 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtara.

KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) — Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan sekali sekala wajar digunakan perkataan yang agak keras bagi menyedarkan manusia.

“Maka orang yang tolak Islam bermakna dia tolak anugerah Allah. Dan kalau tolak anugerah Allah maksudnya setaraf dengan makhluk haiwan.

“Saya tidak guna perkataan political animal tetapi masih menggunakan perkataan orang. Tidak guna istilah animal (binatang) hanya sekadar saya sebut orang utan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Baru-baru ini ketika bercakap kepada pemberita di Kedah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, PAS Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan raya ini sebaliknya orang utan yang tidak tahu undang-undang.

Menteri Besar berkata, tujuan menyebut istilah tersebut bagi membolehkan kawan-kawan dalam Umno berfikir mengenainya dan jangan mudah cepat melatah.

“Ini kerana sekali sekala kita beri nasihat dan sekali sekala kita kena rotan kalau tidak endah juga. Ada masa kita nasihat dan ada masanya kita rotan. “Saya sudah nasihat dan kalau tidak dengar juga terpaksalah kita rotan,” ujarnya.

Beliau mengakui menggunakan istilah tersebut kerana ada manusia berdegil enggan mengikut peraturan yang ditetapkan Allah Taala.

“Memanglah saya ada menyebut mengenai perkara itu. Bagi menghidupkan manusia Allah Taala mencipta bumi, buat langit, buat udara, buat air hujan, dan segala biji-bijian untuk manusia.

“Tujuan segalanya itu bagi membolehkan manusia mengabdikan diri kepadaNya. Islam turun dari langit untuk manusia dan bukannya haiwan,” tambah beliau. Menurutnya istilah itu tidak kasar pada pengertian sebenar.

“Sekali sekala perlu juga digunakan bahasa yang agak kasar. Allah Taala dalam al Quran menyebut al an’ aam’ yang bermaksud binatang.

“Allah sebut orang yang menolak al Quran macam binatang. Saya hanya sekadar sebut orang utan. Masih berlapik lagi menggunakan istilah orang,” katanya.

Bekas pensyarah kanan di fakulti pengajian Islam UKM, Dr Mohammad Daud berkata, tidak menjadi kesalahan apabila digunakan perkataan orang utan bagi merujuk mereka yang enggan mematuhi peraturan agama.

Katanya, istilah orang utan lebih kurang sama dengan orang Badwi yang tinggal di padang pasir di negara-negara Arab kerana mereka kurang bertamadun.

Kata beliau adalah wajar menggunakan istilah itu bagi merujuk kumpulan manusia yang engkar terhadap perintah Allah Taala.

***********************************************************************************************
sumber daripada www.HarakahDaily.net.