“@ Harakah: CADANGAN Lantik Senator Dari Kelab Penyokong PAS”

29 04 2008

Zaili MUhammad
Mon | Apr 28, 08 | 12:34:46 pm MYT
MELAKA, 28 Apr (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mencadangkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kelantan atau Kedah yang diterajui PAS memilih Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow sebagai calon Senator.

Selain itu, kerajaan Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu juga disarankan supaya memilih seorang lagi wakil dari Kelab Penyokong PAS India untuk jawatan sama, tambah beliau.

“Perkara ini penting bagi membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang mementingkan semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Read the rest of this entry »

Advertisements




“@ Harakah: MAMPUKAH MP Sri Gading LAWAN Akta Bendung Gejala LOMPAT PARTI???!”

29 04 2008

H Fansuri

Mon | Apr 28, 08 | 10:48:02 am MYT

Burhan seorang penganggur. Dia bekerja sambil-sambilan dan mencari duit dengan cara menulis di akhbar-akhbar. Dia akan menatap akhbar, mengutip pandangan menteri lalu mencatat wahyu dan sabda orang kenamaan dewa-dewa untuk dijadikan bahan penulisannya.

Namun, akhir-akhir ini, Burhan kerap-kali panasaran dan didatangi suatu wabak penyakit perasaan yang kerap membisikkan bahawa, rakyat Malaysia tidak perlukan rancangan hiburan dan lawak santai untuk menghiburkan mereka. Kekalahan Umno-BN, demam pilihan raya yang masih belum habis kebah itu rupanya adalah modal baru sebagai santapan hiburan untuk rakyat.

Dia melihat kaki langit yang terkangkang luas antara ufuk Timur, Barat yang meneran sinar matahari hangat, bahang memijar seperti wanita terkangkang kerana meneran bayinya yang akan lahir. Sinar mentari pun tumpah melimpah ke bumi dan kalau-kalau antara bilah cahaya berserakan itu dapat digenggam seberkas dua, Burhan rasa doanya terkabul.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Read the rest of this entry »





“@ Harakah: DAKWAAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim Bukan CAKAP KOSONG!!!; KU LI”

29 04 2008

Harakahdaily

Mon | Apr 28, 08 | 9:28:49 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) – Hasrat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) untuk mengambil alih pentadiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata ini kerana memang ada kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) “menyeberang” ke pihak Pembangkang.

“Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Read the rest of this entry »





“@ Harakah: PELAJAR PASTI, Modal Insan Terbaik”

29 04 2008

Awang Harun

Mon | Apr 28, 08 | 8:58:56 am MYT

KUALA TERENGGANU, 28 April (Hrkh) – Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridzuan Hashim berkata kewujudan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) bagi menerapkan asas-asas Islam dalam jiwa kanak-kanak seawal usia sebagaimana dituntut oleh ajaran Islam.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Read the rest of this entry »





“SMS @ Harakah: HASRAT PAKATAN RAKYAT Untuk Ambil Alih Pentadbiran Negara TIDAK MUSTAHIL Dan Boleh Menjadi Kenyataan!!!; KU LI”

27 04 2008




“@ Harakah: KERIS Tidak Lagi Dijulang TAPI KEANGKUHAN Masih Ada Pada UMNO; Dato’ Seri Anwar Ibrahim”

27 04 2008

Salmiyah Harun

Sun | Apr 27, 08 | 10:39:09 am MYT

SHAH ALAM, 27 April (Hrkh) – Ketua Umum KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Pemuda Umno Dato’ Hishamuddin Tun Hussien tidak perlu mengulangi kesilapan mengangkat keris yang memberi gambaran keangkuhan bangsa Melayu.

Katanya, kesilapan beliau bukan soal keris yang dijulangnya tetapi di sebaliknya iaitu sikap keangkuhan kuasa yang terus-menerus membuatkan rakyat negara ini mengubah undi mereka dalam pilihan raya lalu.

“Umno telah mempermainkan isu bangsa, etnik dan kaum dalam politik negara kita dan ini masih diteruskan oleh Umno,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan dua buah buku Allahyarham Rustam A. Sani di Perpustakaan Raja Tun Uda.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Read the rest of this entry »





“@ Harakah: PENGALAMAN TUAN GURU NIK AZIZ Dikongsi Bersama Ketua Kerajaan PAKATAN RAKYAT!”

27 04 2008

Lanjusoh

Sun | Apr 27, 08 | 4:04:19 pm MYT

MACHANG, 27 April (Hrkh) – Pengalaman Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mentadbir Kelantan selama lebih 18 tahun akan dikongsi bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu satu program khas yang kemungkinan dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Ketua Kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di Kelantan tidak lama lagi.

Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Kelantan sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak tersebut.

“Tok Guru Nik Aziz boleh mendedahkan pengalamannya mentadbir Kelantan lebih 18 tahun, manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula boleh memberi pandangan dari aspek ekonomi.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Read the rest of this entry »