“@ Harakah: PELAJAR PASTI, Modal Insan Terbaik”

29 04 2008

Awang Harun

Mon | Apr 28, 08 | 8:58:56 am MYT

KUALA TERENGGANU, 28 April (Hrkh) – Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridzuan Hashim berkata kewujudan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) bagi menerapkan asas-asas Islam dalam jiwa kanak-kanak seawal usia sebagaimana dituntut oleh ajaran Islam.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

ImageKatanya, hasrat dan cita-cita PAS mahu menjadikan institusi pendidikan Pasti sebagai modal insan yang terbaik.

“Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) ini kita (PAS) wujudkan lebih dua dekad lalu untuk menerapkan asas-asas Islam dalam jiwa anak-anak kita seawal usianya mengikut tuntutan dalam ajaran Islam.

“Kita (PAS) mahu jadikan pendidikan di Pasti ini sebagai modal insan yang terbaik dan paling berjaya di negara hari ini,” jelasnya ketika berucap pada majlis penutup Karnival Sukan Pasti Kawasan Kuala Nerus, di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Wakaf Tengah, semalam.

Katanya, melalui pendidikan serta aktiviti Pasti yang diwujudkan itu dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara ibubapa, guru, para pelajar dengan masyarakat setempat. Menurutnya, dalam pelaksanaan sukan serta aktiviti Pasti tidak membelakangkan ajaran Islam bagi mendidik masyarakat.

“Kita akan mengadakan sukan tahunan ini lebih baik dari tahun ke tahun kerana ianya amat penting untuk mendekatkan Pasti dengan masyarakat dan mengeratkan silaturrahim dengan ibu bapa, guru, pelajar dan penduduk setempat.

“Kita tidak membelakangkan ajaran agama, batas-batas aurat menjadi keutamaan kerana kita mahu melihat pelajar Pasti ini sebagai modal insan yang terbaik,” ujarnya.

Katanya, jangka masa pendek mungkin belum dapat melihat kesan itu tetapi akan menjadi kenyataan bagi jangka masa panjang.

Tinjauan Harakah mendapati lebih 1000 pengunjung termasuk kanak-kanak Pasti, ibu bapa dan guru-guru terlibat dalam menjayakan program tersebut. – mks.

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s