“@ Harakah: PENGALAMAN TUAN GURU NIK AZIZ Dikongsi Bersama Ketua Kerajaan PAKATAN RAKYAT!”

27 04 2008

Lanjusoh

Sun | Apr 27, 08 | 4:04:19 pm MYT

MACHANG, 27 April (Hrkh) – Pengalaman Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mentadbir Kelantan selama lebih 18 tahun akan dikongsi bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu satu program khas yang kemungkinan dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Ketua Kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di Kelantan tidak lama lagi.

Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Kelantan sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak tersebut.

“Tok Guru Nik Aziz boleh mendedahkan pengalamannya mentadbir Kelantan lebih 18 tahun, manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula boleh memberi pandangan dari aspek ekonomi.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.πŸ™‚

“Begitu juga menteri besar lain boleh mendedahkan mengenai kepakaran masing-masing pada persidangan kemuncak tersebut,” katanya pada ceramah di Kampung Dewan Besar, Pulai Chondong dekat sini, malam kelmarin.

Ceramah tersebut diadakan di kawasan kubu tradisi Umno di Machang. Padang tempat ceramah tersebut penuh sesak. Laluan ke tempat ceramah jam teruk.

Hadir sama pada ceramah itu, anggota Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali, anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Adun Pulai Chondong, Haji Zulkifli Mamat dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman.

Sebelum itu, Anwar menghadiri ceramah di Kampung Kemuncut di Dun Temangan yang turut dihadiri ribuan penduduk tempatan.

Pada malam yang sama dua lagi program serupa diadakan iaitu anjuran Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Balai Islam, Lundang di Kota Bharu dan ceramah anjuran PAS serta KeADIlan di Kampung Badak, Bachok.

Anwar berkata, beliau telah mengemukakan cadangan mengadakan persidangan kemuncak ketua kerajaan PR kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada pertemuan pagi Jumaat lalu.

Beliau ketika itu dalam misi lawatan sehari ke Kelantan. Pada petang Jumaat Anwar merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Machang di Bukit Tiu.

Saifuddin pula berkata, sebelum ini hanya terdapat seorang sahaja Menteri Besar yang mewakili pembangkang.

“Namun sekarang sudah meningkat kepada lima orang. Ini merupakan satu pencapaian yang cukup menarik. Tok Guru Nik Abdul Aziz boleh menceritakan pengalamannya memimpin Kelantan selama lebih 18 tahun pada sidang kemuncak yang diadakan,” katanya.

Sementara itu, persidangan serupa juga difahamkan bakal diadakan sebelum berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu memandangkan Menteri Besar daripada pembangkang tidak pernah dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dianjurkan kerajaan Persekutuan.

Menjadi kelaziman sebelum ini mesyuarat tersebut diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu berlangsung.

Sepanjang 18 tahun lepas Menteri Besar Kelantan tidak pernah dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat terbabit biasanya diadakan di Kuala Lumpur atau Selangor.

Bagaimanapun disebabkan pertambahan bilangan Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada pembangkang membolehkan persidangan dianjurkan kerajaan BN turut diadakan Pakatan Rakyat. – mj

***********************************************************************************************
β€œJOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.πŸ™‚


Actions

Information

5 responses

19 06 2009
Nur

pas for all? since when?
im not sure about that, but im sure that its not true…
the truth is pas always ‘melepas’..
wake up guys! open ur mind… do something from now!
jangan asyik salahkan org lain! huh… susah….
lagi satu, ape ade ngan anwar tu…
tempat sendiri tak pernak jejak…
sibuk ke hulu hilir menyibuk pasal org lain…
jangan salahkan saya kalau saya tak suka anwar sebab dia menang tempat saya
dan dia tak pernah datang… mane ko pegi ha?!

12 07 2009
nadia

issshh x tahu la nak ckap pa kat sini t6au tak..bagi sesiapa yang sokong pas ni,,kowag tak perasan ker yang kowang ni hanya lah boneka sahaja,,,anwar bukan pencipta malaysia sebenarnya,,hanya nak balas dendam saja..DAP sejrg nie tersenyum ja menanti bila nak amik alih tampuk pemerintahan malaysia..pada tok giru ,jgan la gila kuasa nak jadi PM..kalu pas masih lagi dengan PKR, dan DAP..pasti hancur malaysia niee…wahai rakyat malaysia ..berfikirlah lah sedalam-dalam nay,,harap allah membuka pintu hati kalian semua…..

15 08 2009
abe wa

in my tdeas for you, UMNO n PAS are true. But how about the action…..
as you can see about the ISLAM HADARI, why the perkampungan hadari like sure heboh………
you must think about the true Islam, can you flash back about Kerajaan Uthmaniah how they doing for that
About hukum Hudud, why we cant do, it protect our also non muslim…. abut this you must learnt more in kitab for the truth….
in myt opinion you must learn more and think first before you say anything….

12 07 2009
nadia

passss tak perasan ka ,,pas hanya menjadi boneka DAP …kenapa la .BENDA MACAM NI TAK BLEH NAK FK ARHH..AKU RASA HADI DAH TAU KEBODOHAN PAS JOIN DENGAN dap N PKR THAT Y LA DIA PK UNTK MAKE KERAJAAN PERPADUANN…TOK GURU TOLONG AMIK MASA 30 JAM CUBA RENUNGKAN BALIK..ANDA TELAH DIPERBODOHH,,,umno jgak boleh bersama-sama pas untuk membina negaara isllammmm..tok guru fk..ehhh

27 09 2009
Pakatan Rakyat Dun Juasseh

Salam Eidull Fitri dan Salam Reformasi….
Selamat datang ke Bagan Pinang PD NS

Tok Guru YB Nik Aziz/Hadi Awang….

Nasihat/Pandangan Kami Kepada Bloggers Pakatan Rakyat
Objektif penubuhan blogggers Pakatan Rakyat perlu di hayati semula. Perlu ada rasa tanggungjawab yg tinggi dan displin dlm membina penyampaian berita inspirasi hala tuju gabungan PAKATAN RAKYAT, bakal kerajaan alternatif yg di impi-impikan rakyat Malaysia dlm ketelusan prinsip, keadilan, keilmuan dan kesejahteraan keimanan.

Adalah terlalu janggal dan lari jauh menyimpang dlm matlamat asal, Menghentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat secara berlebihan bukan tujuan yg sebenarnya. Adalah lebih baik para bloggers jgn mengistiharkan diri sebagai bloggers Pas Pakatan Rakyat dan hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan dan sememangnya ini adalah tugasan penyampaian propaganda dari Umno(BN).

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas/PR juga bukannya ma’sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

Akhir- akhir ini blogger Pas/PR semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas/PR meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers Pas/PR termasuk blog-blog pimpinan PR samada disedari atau tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato’ Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS/PR !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu kami dari Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh Kuala Pilah Negeri Sembilan menyeru bloggers2 Pas/PR agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

Harapan kami juga agar Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dapat membentuk satu ajk media bloggers dengan memberi garis panduan etika penulisan bloggers PR selari dgn semangat dan etika yg lebih berdisplin dan berhemah.

YDP Pas Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO. Jangan jadi bodoh !!!!

Yang kehadapan ini, sekiranya para bloggers masih belum mampu mendisplinkan etika berkarya seiring dgn kehendak Pakatan Rakyat, kami akan beranggapan bahawa anda mungkin salah seorang penulis upahan alat propaganda BN yg di tugaskan melalui salah satu strategi untuk menghancurkan kerajaan dan pimpinan Pakatan Rakyat.

@@ PR Jemapoh/Juasseh@@

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s