“@ Harakah: PEMINDAHAN Wang BALKIS (Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor) Ke Dalam Akaun BAKTI (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri) TIDAK SAH!!!”

27 04 2008

Saidah Hairan

Sun | Apr 27, 08 | 10:28:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) – Pemindahan wang Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke dalam akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) tidak sah di sisi undang-undang.

Peguam, Mohamad Khairuddin Othman menegaskan perpindahan wang itu tidak sah disebabkan ia dilakukan selepas Umno-BN mengalami kekalahan dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Menurut beliau, antara syarat perlembagaan Balkis isteri Menteri Besar mesti mempengerusikan persatuan itu.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Sehubungan itu katanya, bekas isteri Menteri Besar Datin Seri Zaharah Kechik secara outamatik tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan wang tersebut ke dalam akaun Bakti.

Katanya, pemindahan wang Balkis ke dalam akaun Bakti itu dianggap sebagai suatu kes jenayah atau penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.

“Zaharah tidak ada kuasa untuk memindahkan wang tersebut apatah lagi menutup persatuan itu,” katanya.

Beliau menasihatkan supaya wang tersebut dipulangkan semula ke dalam akaun Balkis.

Bakti terbabit dalam kontroversi penyaluran wang RM9.9 juta daripada Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) selepas ia cuba dibubarkan pada 13 Mac.

Ketika Umno-BN berkuasa di Selangor, Balkis dipengerusikan oleh isteri bekas menteri besar Dato’ Mohd Khir Toyo. – mns

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Advertisements

Actions

Information

One response

28 07 2008
FONG SIT PENG

FONG SIT PENG VERY HAPPY

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s