“@ Harakah: DILEMA AHMAD SAID Menerajui Terengganu… ||| Ish Ish Ish…”

27 04 2008

Suhaimi Taib

Sun | Apr 27, 08 | 2:12:39 pm MYT

BELUM pun bermula Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu dan wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum lalu belumpun mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said berdepan dengan masalah kewangan.

Beliau terpaksa memohon Kerajaan Pusat menyerahkan balik Royalti Petroleum dan Gas yang pernah diterima sembilan tahun lalu kepada negeri Terengganu.

Perbelanjaan mengurus negeri memerlukan wang yang cukup dan dengan pendapatan tidak sampai RM200 juta setahun, negeri Terengganu memerlukan wang tambahan bagi membiayai semua keperluan pentadbirannya.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Apalagi untuk membangunkan rakyat negeri itu, sudah tentu kewangan yang diperlukan melebihi pendapatan hasil negeri itu termasuk pengeluaran hasil pembalakan dan air, ‘Capitation Grand’ dan ‘Road Grand’.

Ramai yang bercakap bagaimana menteri besar Terengganu berada dalam keadaan tertekan dengan maslah kekurangan wang untuk tujuan tersebut.

Jika kerajaan pusat tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri itu walaupun kedua-duanya kerajaan Barisan Nasional (BN), kemungkinan besar Ahmad tidak boleh bertahan lama.

Inipun jika kerajaan pusat masih dikuasai BN. Ada mencadangkan jika beliau tidak berupaya mengepalai pentadbiran negeri sebagai menteri besar, Ahmad boleh memberi nasihat kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) supaya dewan dibubarkan untuk pilhan raya semula di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Jika Pakatan Rakyat mengusai kerajaan pusat, (di jangka sedikit masa lagi) Ahmad perlu bertindak bijak bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat walaupun terpaksa berdepan dengan serangan rakan-rakannya dalam Umno atau sebagai jalan mudah beliau dan penyokong-penyokong sama ada dari kalangan Exco Kerajaan Negeri atau ahli Umno lain meletak jawatan dan berada dalam Pakatan Rakyat sama ada masuk PAs atau Parti keadilan Rakyat.

Ketika itu Ahmad tidak perlu bertegas dengan prinsip bagaikan berpaut di dahan yang rapuh dengan tetap bersama Umno walau apa insiden politik sekalipun berlaku di negeri tersebut kerana perjuangan parti itu tidak relevan lagi untuk masyarakat Malaysia.

Ahmad perlu berkompromi ketika itu demi kebaikan rakyat dan kerajaan negeri itu. Sekali gus, kerajaan Terengganu perlu juga bertukar kepada Kerajaan Pakatan Rakyat walaupun Umno negeri itu tidak merestui Ahmad bekerjasama dengan kerajaan pusat yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Kemungkinan Ahmad dipecat dari parti atau dia terpaksa keluar parti untuk berada dalam kem Pakatan Rakyat yang sudah menjadi kerajaan pada masa itu walaupun ramai dari penyokongnya di kampung tidak merestui tindakan tersebut.

Ini semua senario politik yang kemungkinan akan berlaku jika politik negara mengalami perubahan berterusan sehingga ke peringkat pusat.

Umno sekarang pun sudah bimbang dengan perakuan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa ada ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak akan menyeberang ke kem Pakatan Rakyat.

Kebimbangan itu dirasai sendiri bakal calon Presiden Umno untuk pemilihan Disemberi ini, Tengku Razaliegh Hamzah.

Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sendiri pun tertekan dengan suasana ini sehingga membuat kenyataan akan bertindak sesuatu bagi menyekat insiden itu berlaku.

Sementara itu Ahmad perlu bersabar seketika menghadapi dugaan menjadi menteri besar di negeri tersebut ketika beliau tidak berkeupayaan menguasai perhubungan Umno negeri apabila bekas menteri besar lalu Dato’ Seri Idris Jusoh masih Ketua Perhubungan parti itu.

Beliau dalam dilemma tersempit di tengah gejolak politik antara menjaga kepentingan rakyat dan kepentingan partinya yang mahukan pembangunan khususnya yang datang dari pusat diurus oleh Idris Jusoh secara tidak langsung.

Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah membuat pengakuan bahawa rakyat menerima pembangunan dengan baik dari saluran Dana Khas sebelum ini. Justeru setakat ini nampaknya Abdulah tidak berhasrat untuk mengembalikan semula Dana Khas itu supaya kerajaan negeri menguruskannya sendiri bukan Jabatan Pembanguan Persekutuan (JPP).

Ahmad sudah tentu terasa perit dengan sikap Abdullah terhadap negeri Terengganu, mungkin inilah agaknya dendam kesumat yang sudah dipraktikkan beliau ketika berdepan dengan krisis kepimpinan kerajaan negeri tersebut.

Ahmad sendiri mengakui beliau pun tidak lama memegang jawatan menteri besar. Walau apapun terjadi Ahmad terpaksa menghadapi tekanan kewangan sebagaimana Kerajaan PAS menghadapinya sebelum ini. – mns

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s