“@ Harakah: PAKATAN RAKYAT Akan Lantik KETUA PEMBANGKANG Di Dewan Negara! ||| KASI GEGAR DEWAN!!!”

26 04 2008

Intan Abdullah

Thu | Apr 24, 08 | 4:58:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) – Pakatan Rakyat yang menerajui lima buah kerajaan negeri akan melantik Ketua Pembangkang di dalam Dewan Negara pada sidang parlimen yang akan berlangsung pada Mei akan datang.

Ahli Dewan Negara PAS, Senator Mumtaz Mat Nawi dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, hal tersebut telah dibincangkan di peringkat ketiga-tiga parti.

“Namun kesemua ini masih tertakluk kepada tempoh perkhidmatan seseorang senator tersebut kerana mereka tidak terpengaruh dengan perubahan tampuk pemerintahan sesebuah kerajaan negeri,” katanya.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Bagaimanapun ujarnya, perjalanan Dewan Negara pada kali ini tetap akan memperlihatkan perbezaan selepas beberapa negeri yang dikuasai BN telah dirampas Pakatan Rakyat.

“Kita juga akan mengadakan pre-council sebelum sidang parlimen dimulakan bagi memantapkan lagi perbahasan ahli-ahli dewan untuk menambah keberkesanan peranan para senator,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai perancangan pihak ahli-ahli dewan negara pada sesi akan datang, Mumtaz berkata ianya akan diperhalusi bersama senator pakatan rakyat yang lain dalam jangka masa terdekat.

“Selama ini kita telah menjalankan tugas yang diberikan dengan baik meskipun tidak mendapat liputan tentang keberkesanannya.

“Namun, kita akan meneruskannya berdasarkan pertambahan tugas untuk menyuarakan hasrat rakyat untuk diambil perhatian oleh kerajaan,” demikian ujarnya.

Mumtaz merupakan satu-satunya wakil PAS yang masih berkhidmat di Dewan Negara selepas seorang lagi senator yang dilantik kerajaan PAS Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar dilantik sebagai exco Kerajaan negeri itu. – mr

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s