“@ Harakah: KERAJAAN DIGESA SERIUS Tangani Kes Sindiket Dadah TIPU WANITA!!!”

26 04 2008

Roy Rasul

Thu | Apr 24, 08 | 4:56:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) – Gejala sindiket penipuan ke atas wanita-wanita Malaysia sama ada dalam atau luar negara memerlukan tindakan segera kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat kata, Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah al-Jundi.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Menurutnya gejala tersebut yang menimpa ke atas wanita mutakhir ini amat membimbang dan mendukacitakan.

Katanya, ini kerana kes tersebut bukan saja mencemar maruah diri tetapi salah di sisi undang-undang di mana-mana negara apatah lagi agama, hatta kepada hukuman mati mandatori.

Oleh kerana itu katanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menetapkan Dasar Sosial Negara, Dasar Wanita Negara dan Kebajikan Masyarakat Negara perlu memandang serius kes berkenaan.

“Adalah tidak wajar memandangnya sebagai kes-kes terpencil sahaja kerana kita percaya bahawa jumlah kes yang dilaporkan oleh pihak media adalah bersifat “tips of the ice”,” kataya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib, hari ini berkata 13 rakyat Malaysia kini ditahan kerana diperdaya sindiket dadah antarabangsa.

Beliau yang dipetik, di Terengganu berkata, bilangan mereka yang menjadi mangsa agak tinggi selepas 105 rakyat Malaysia dikesan terbabit tahun lalu.

Katanya, ini kerana mereka dipercayai diperdaya dengan sindiket dadah antarabangsa.

Pada hari ini, juga sebuah akhbar melaporkan seorang lagi wanita Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa, kini ditahan di Penjara Soto Del Real, Madrid, Sepanyol sejak 20 Mac lalu kerana disyaki cuba menyeludup kokain ke negara itu dari Brazil.

Wanita tersebut dipercayai menjadi mangsa sindiket sama yang memerangkap Dayang Sakienah Mat Lazim, 20, dan Norfaizura Azura Md Lias, 28, yang kini ditahan di Malta kerana kesalahan sama.

Sementara itu, Athirah berkata kemungkinan besar, ramai lagi jumlah wanita Malaysia yang terlibat sama ada secara sedar mahupun tidak.

“Bak kata pepatah melayu sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah jua,” katanya.

Bagaimanapun katanya, yang menjadi ketakutan semua ialah wanita-wanita Malaysia seolah-olah nekad untuk terlibat dalam kes-kes sebegini, bahkan melakukannya pula bagi mendapatkan pendapatan yang lumayan meskipun tahu bahawa ianya salah di sisi undang-undang dan bakal menghadapi hukuman mati mandatori.

“Jika betul tindakan wanita tersebut khususnya wanita Melayu yang terlibat itu nekad maka tentunya ia amat malang bagi masyarakat kita yang suatu masa dulu sangat terkenal dan dihormati kerana kesantunannya serta hemahnya dalam menjaga maruah diri dan keluarga,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Muslimat PAS berharap pihak yang berwajibsegera menjalankan kajian terperinci berkaitan masalah itu bagi mengenalpasti jumlah sebenar yang terlibat, sindiket yang bertanggungjawab serta punca dan faktor-faktor kepada kewujudan masalah ini sendiri.

Kerajaan juga katanya, perlu mengambil langkah yang tegas dan pro-aktif bagi menangani masalah tersebut.

“Faktor longgarnya pegangan agama di kalangan generasi muda kini mesti diambil perhatian dan penekanan.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat juga wajar memainkan peranan bagi menggembleng kesedaran di kalangan institusi kekeluargaan negara untuk perkukuhkan peranan institusi tersebut,” katanya.

Dalam pada itu dakwanya faktor kebanjiran pendatang asing di dalam negara antara yang mendedahkan generasi muda wanita dengan pelbagai masalah sosial termasuklah gejala sosial yang baru tersebut.

Beliau berkata, rakyat negara ini tidak anti kepada pelancongan atau rakyat asing tetapi mereka perlu memperkukuhkan jati diri generasi muda dan wanita supaya tidak mudah ‘cair’ bila berhadapan dengan kelompok masyarakat luar negara ini. – mr

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s