“@ Harakah: USTAZ AZIZAN Mahu Kedah Menang Lawan Pahang (PERLAWAN BOLASEPAK), Esok”

26 04 2008

Izwan Abdul Halim

Sat | Apr 26, 08 | 1:01:30 pm MYT

PENDANG, 26 April (Hrkh) – Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mahu pasukan bola sepak Kedah meneruskan kemenangan dalam pertemuan dengan pasukan Pahang di Stadium Darul Aman malam esok.

“Saya minta depa (pemain) jaga maruah Kedah. Kita dah champion, esok kalah atau menang depa akan dapat piala.

“Esok Tuanku (Sultan) pun akan turun. Jadi, jaga jangan seronok sangat. Esok nak terima piala tengok-tengok kalah, malu tu,” ujarnya dalam menjawab persoalan oleh wartawan mengenai pertemuan Liga Super antara Kedah dan Pahang malam esok.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menjelaskan bahawa dengan kejuaraan tersebut Kedah akan menerima RM500,000 dan piala.

Oleh itu, beliau menasihatkan pemain agar tidak terpesona dengan kelebihan diri sendiri sebaliknya bermain dengan bersungguh-sungguh.

“Saya yakin dengan anak-anak kita yang main ni. Kelmarin dia orang menang 6-2 dengan (mengalahkan) Melaka. Sekarang siapa lawan Kedah pun teruk,” ujarnya yang menyebabkan semu wartawan ketawa.

Ditanya wartawan kebanggaannya dengan kejayaan itu, Ustaz Azizan mengiyakannya.

“Ya saya cukup bangga, saya Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah. Jadi kejayaan ni kena teruskanlah mana boleh berhenti tengah jalan,” jelasnya. – mns

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s