“@ Harakah: TUAN GURU DR. HARON DIN Dan USTAZ ISMAIL KAMUS Sebagai Panel Di FORUM PERDANA Stadium Melawati!”

26 04 2008

Saidah Hairan

Sat | Apr 26, 08 | 3:57:45 pm MYT

SHAH ALAM, 26 April (Hrkh) – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengembalikan semula era kegemilangan Forum Perdana Ehwal Islam yang dilaksankaan pada awal tahun 90-an.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron berkata, forum terbuka yang pernah dilaksanakan dengan kerjasama media eletronik tersebut sebenarnya telah menjadi antara faktor pembuka minda dan pencambahan budaya ilmu masyarakat.

Menurut beliau, forum itu dirancang secara berperingkat di seluruh Selangor bagi memastikan penghayatannya mencakupi setiap kawasan di bawah pentadbiran Jais.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Katanya, ia dirancang secara berterusan dan akan dimulakan di Bandaraya Shah Alam.

Forum tersebut anjuran bersama kerajaan negeri Selangor dengan Jais bertajuk, ‘Menjana Islam Syumul di kalangan Ummah’.

Ahli panel terdiri daripada Dato’ Dr Haron Din, Dato’ Ismail Kamus dan Ustaz Roslan Mohamed dengan moderator Adun Gombak Setia, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali.

Forum itu akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam jam 8 malam, Ahad 27 April, dimulai dengan solat Isyak berjemaah.

Gerai jualan makanan dan minuman akan disediakan. Pihak yang berminat untuk berniaga sila hubungi 013-3600080/0134039760 untuk tempahan. – mns

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Advertisements

Actions

Information

3 responses

29 01 2010
mohd farid

salam……saya warga negara singapura…….dan saya teringin sangat nak hijrah ke kelantan atau terenganu…..Sebab utama adalah kerana ianya satu satu negara yang melaksanakan undang undang Allah dan rasulNya…..tidak ada negeri yang memerintah dengan Alquran dan melandaskan sunnah…melainkan Kelantan…Subhanallah….lagipun saya amat tertarik dgn pengajaran dan ulasan ustaz Azhar idrus…..tak ada lagi ulama di tanah air saya yang berani mengatakan KEBENARAN….plse help me….if u can….salam

7 02 2010
qaseh

nak dtg klntn?senang jer.Buat pasport,ada duit semua boleh!!!sy pun blh bn2 kamu…..he,he,he.Sy orng klntn.Ramai kalangan saudara sy,rapat ngan ustaz-ustaz.Takat nk jmpa tuan guru,no problm.Gna e mail sy n kta blh brhbng..ffqaseh@gmail.com…..bla-bla jer blh tlng,k…

8 02 2010
mohd farid

salam…terima qaseh……hehehe…berapa bnyk perlu saya siapkan duit…untuk tinggal di kelantan sambil belajar?…saya perlu tau kerana saya bukan org kaya…tapi nak selamat kan agama saya dan keluarga.
daripada ancaman dajjal dan kuncu2 nya…salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s