“@ Harakah: SURAU AR-RAHMAH, SEKSYEN 8, SHAH ALAM Diimarahkan Semula! ||| SYUKUR… Alhamdulillah…”

26 04 2008

Saidah Hairan | Foto Nasir Sudin

Fri | Apr 25, 08 | 12:39:48 pm MYT

SHAH ALAM, 25 April (Hrkh) – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam meraikan penduduk yang mengadakan majlis kesyukuran di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 di sini, menandakan berakhirnya tindakan menyita rumah Allah itu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selama lapan bulan.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Surau tersebut disita pada awal September tahun lalu gara-gara mempunyai dua imam ketika menunaikan solat jemaah waktu maghrib dan isyak.

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Turut hadir dalam majlis kesyukuran tersebut, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali; exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari; Pengarah Jais, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi; Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mahd Nor; Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Dato’ Munir bin Bani; dan Ahli Parlimen Shah ImageAlam, Khalid Samad yang juga Timbalan Pesurujaya PAS Selangor.

Dalam ucapannya, Khalid mengingatkan penduduk Seksyen 8 melupakan perselisihan faham sehingga menyebabkan tindakan tegas diambil sehingga membawa kepada penutupan surau tersebut.

“Saya diminta oleh Tuanku menyatakan bahawa pembukaan Surau Ar-Rahmah ini sangat penting bagi menjamin perpaduan umat Islam di Selangor,” katanya.

Beliau berjanji akan memberi kemudahan dan sokongan Imageterhadap aktiviti yang dilakukan oleh jemaah surau.

“Alhamdulillah, harta negeri Selangor banyak asalkan jangan disalahgunakan,” katanya.

Menurut beliau, pemimpin Islam perlu menunjukkan bahawa Islam itu amat adil, bijak dalam mentadbir dengan semua bangsa akan mendapat manfaat berada di bawah naungannya.

Beliau percaya jika pemimpin Islam dapat mentadbir Imagekerajaan secara amanah, ikhlas dan efisen bermakna pembangunan negara dan negeri akan memberi keselesaan kepada seluruh rakyat.

Katanya, pemimpin Islam perlu mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abd Aziz walaupun hanya memerintah selama dua tahun, rakyatnya tidak ada yang miskin. – lanh

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s