“@ Harakah: SIAPA SPEAKER BARU Dan TIMBALAN SPEAKER BARU DUN PERAK??? ||| V Simakumar = Speaker, Hee Yit = Timbalan Speaker”

26 04 2008

Johari Jaafar

Sat | Apr 26, 08 | 1:08:51 pm MYT

IPOH, 26 April (Hrkh) – Secara rasmi Adun Tronoh, V Sivakumar telah dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, manakala Adun Jelapang, Hee Yit Foong sebagai timbalannya setelah proses pengundian selesai pada petang semalam di Dewan Undangan Negeri Perak.

Pemilihan V Sivakumar sekali gus menyaksikan perubahan dalam jawatan tersebut di mana sebelum ini jawatan Speaker dipegang oleh Adun kaum Melayu.

V Sivakumar telah mencipta sejarah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri dari kaum India. Manakala Hee Yit merupakan wanita kedua memegang jawatan Timbalan Speaker.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Wanita pertama yang memegang jawatan Timbalan Speaker di negara ini adalah Haniza Talha (Adun Taman Medan) yang dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri selangor.

Pemilihan Hee Yit merupakan satu lagi sejarah dalam pemerintahan di negeri ini di mana beliau merupakan orang pertama dari kalangan orang kurang upaya (OKU) yang diberi kepercayaan menjawat jawatan tersebut.

V. Sivakumar dan Hee Yit, dua nama yang dicadangkan oleh DAP dan senarai itu telah diserahkan kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Isnin lepas. Image

Serentak itu juga seramai 58 Dun telah mengangkat sumpah sebagai Adun.

Pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu, DAP memenangi 18 kerusi, PKR (7) dan PAS (6) yang membawa kepada pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

BN sebelum ini menjadi peneraju Kerajaan Negeri Perak tetapi pada pilihan raya umum itu cuma mendapat 28 kerusi.

Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Tajul Rosli Ghazali kini menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak. – mns

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

One response

5 02 2009
alias shariff

you guys are a lot of gobloks.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s