“@ Harakah: SAYA SEDIA JADI PM Jika Ada Sokongan; Datin Seri Wan Azizah”

26 04 2008

Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Fri | Apr 25, 08 | 10:29:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 April (Hrkh) – Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersedia dan sanggup memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri jika mendapat sokongan wakil-wakil BN yang melompat parti khususnya di Sabah dan Sarawak.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Image Beliau bagaimanapun tidak memaksa wakil-wakil rakyat BN di Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya juga tidak pasti bila mereka akan menyertai Pakatan Rakyat,” katanya ketika ditemui wartawan selepas sidang media atas kunjungan bapa Altantuya Shaariibuu di pejabatnya semalam.

Katanya mereka yang hendak lompat parti dan mahu menyertai Pakatan Rakyat hendaklah dengan niat untuk meninggalkan parti perkauman serta mahu menegakkan keadilan.

Kelmarin ketua umum KeADILan Dato’ Seri Anwar berkata, beberapa ahli parlimen BN di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September.

Anwar berkata, apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang.

ImageSebelum itu, Wan Azizah turut menggesa Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Menteri Luar menjawab surat Perdana Menteri Mongolia berhubung perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Wan Azizah berkata, semalam bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev mengadakan kunjungan untuk bertemu dengannya dengan membawa hasrat kerajaan Mongolia dan rakyat negara itu tentang ketelusan dan keadilan Malaysia dalam kes anaknya itu.

Tegasnya, Malaysia harus dilihat sebuah negara yang adil khususnya dalam kes ini sekali gus meletakkan imej Malaysia di mata dunia.

“Kita mestilah dilihat sebuah negara yang adil dan saksama dan menjamin keadilan itu sebagai asas negara kita.

“Persoalanya kenapa surat daripada Perdana Menteri Mongolia dan Menteri Luar negara itu kepada PM kita tidak terjawab sehingga kini,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya.

ImageSementara itu, Shaariibuu yang turut sama dalam sidang media kesal dengan sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olah melengah-lengahkan perbicaraan kes mendiang anaknya.

“Banyak kali saya datang ke Malaysia dan mahu mengikuti perbicaraan, tetapi mahkamah menangguhkan perbicaraan itu atas alasan banyak kes perlu dikendalikan,” katanya.

Tegasnya, kemelut yang berlaku ini bukan atas dasar peribadi tetapi ianya juga membabitkan hubungan dua buah negara iaitu Malaysia dan Mongolia.

“Jika Malaysia tidak adil dalam kes anak saya dan tidak respons surat berkenaan kerajaan Mongolia tidak teragak-agak akan memutuskan hubungan dengan Malaysia,” katanya.

Shaariibuu tiba di negara ini kelmarin, bagi mengikuti perbicaraan ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh model kelahiran Mongolia berusia 28 tahun itu. – mns

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s