“@ Harakah: ALLAHYARHAM RUSTAM: Penulis Berfikiran Tajam, Kritis Dan Dinamik!; Rakan-rakannya…”

26 04 2008

Nyza Ayob | Wan Zahari Wan Salleh

Fri | Apr 25, 08 | 12:09:34 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 April (Hrkh) – Allahyarham seorang penulis yang mempunyai pemikiran yang tajam, kritikal dan dinamik yang masih mengekalkan asas dan tradisi Melayu serta mewarisi semangat juang ayahandanya.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

ImageDemikian sikap dan semangat juang penulis terkemuka Allahyarham Rustam A.Sani yang digambarkan oleh beberapa orang rakannya yang juga di kalangan penulis dan budayawan.

Pandangan tersebut diluahkan sewaktu Harakahdaily menemui mereka sewaktu menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya kelmarin.

Pejuang bahasa dan budayawan, Dato’ Dr Hassan Ahmad, menyifatkan Rustam seorang pemikir yang hebat yang mana nilai dan tradisi Melayu masih dikekalkan dalam setiap tulisannya.

Katanya, setiap tulisan Rustam mempunyai impak yang kuat kepada setiap pembaca. Malah beliau juga menyifatkan Rustam seorang editor yang bagus, penterjemah yang handal serta seorang ilmuan.

“Tidak semua orang yang berilmu serta ahli akademik pandai berfikir, tetapi Rustam seorang yang berfikiran tajam.

“Kebanyakan penulis hari ini, mereka ‘jatuh’ kerana melupakan tradisi dan tidak mempunyai asas tamadun. Jika dilihat pada kebolehan yang dimiliki Rustam, penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggerisnya amat baik dengan mengekalkan ciri-ciri warisan Melayu.

Jelas bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pusataka ini, beliau mula berkawan rapat dengan Rustam yang sewaktu itu bertugas di Oxford Universiti Press. Walaupun jarang bertemu kerana dihambat kesibukan waktu, beliau sering mengikuti perkembangan Rustam melalui tulisan yang dihasilkannya.

Bekas Pengarang Harakah, Abdul Syukur Harun menganggap pemergian Rustam satu kehilangan besar kepada golongan penulis yang kuat berfikir.

Jelas Abdul Syukur, sewaktu Rustam menjadi kolumnis Harakah, rencana nukilannya sentiasa dinantikan dan pandangannya dihormati. Malah katanya, bagi pihak yang tidak sehaluan pemikiran politk dengannya tetap membaca tulisannya.

Tambah Abdul Syukur, Rustam juga seorang yang konsisten dengan prinsip penulisannya.

Image“Saya mengenalinya lebih 20 tahun dahulu sejak beliau masih mengajar di Universiti Malaya. Kami mempunyai inspirasi yang sama dari segi wawasan sebagai penulis. Beliau seorang penulis yang berfikiran dinamik.

“Saya memuji tulisannya bukan kerana beliau menyebelahi pembangkang, tetapi kerana penulisannya yang dinamik, pemikir dan pemerhati politik yang baik. Beliau tahu matlamat di sebalik apa yang dilakukannya sama ada dalam penulisan atau bidang politik,” katanya sambil mengakui Rustam seorang yang banyak membaca dan mempunyai pergaulan yang luas dengan semua pihak.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Dato’ Johan Jaafar, menganggap Allahyarham sebagai kolumnis Utusan Malaysia yang terbaik sepanjang menyumbang tulisannya di akhbar tersebut pada tahun 1992 sehingga 1998 .

“Arwah merupakan seorang yang berfikiran luas dan intelektual yang terbaik di Malaysia. Sebagai seorang anak nasionalis, buah fikirannya yang tajam dan dipengaruhi semangat juang ayahnya. Ini menjadikan beliau sebagai seorang cendikiawan yang baik.

“Saya juga sentiasa mengikuti tulisan dalam blognya. Arwah juga sangat kritikal terhadap saya tetapi kadang-kadang saya rasakan dia bersikap adil dan terbuka. Sungguhpun dia berpandangan kiri, tetapi beliau objektif dalam membuat penilaiannya,” katanya. – mns

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s