“@ Harakah: PAKATAN RAKYAT Akan Terus Bangkitkan Isu I.S.A. Di PARLIMEN ||| BERJAGALAH Kamu, Wahai Pendokong-pendokong KUAT I.S.A!!!”

26 04 2008

Salman Hussin

Fri | Apr 25, 08 | 12:05:40 pm MYT

JOHOR BAHRU, 25 April (Hrkh) – Dengan jumlah anggota Parlimen yang lebih ramai pada penggal kali ini, Pakatan Rakyat akan terus membangkitkan isu tahanan ISA dalam setiap sesi persidangan Parlimen yang akan diadakan kelak.

“Usaha untuk menentang akta yang zalim ini akan kita teruskan tanpa henti sehinggalah semua tahanan ini diberi hak untuk membela diri di Mahkamah atau akta ini dimansuhkan sama sekali,” kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, di sini.

“Kezaliman akta ini bukan sahaja menafikan hak individu yang dituduh bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya, malah, ia turut melibatkan ahli keluarga mangsa terbabit,” katanya, semasa menziarahi keluarga mangsa ISA, di Gelang Patah, dekat sini, baru-baru ini.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Dr Abdullah Daud, 54, bekas Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, yang dituduh terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI), telah ditahan di bawah ISA sejak enam tahun lalu dan beliau sepatutnya dibebaskan pada 28 Februari 2008, bagaimanapun penahanan beliau dilanjutkan selama dua tahun lagi.

Menurut isteri Dr Abdullah, Zakiah Mat, yang ditemui memberitahu, maklumat berhubung lanjutan penahanan suaminya itu diberitahu melalui telefon oleh suaminya sendiri.

“Saya merasa sungguh terkejut apabila suami saya memberitahu dia akan ditahan lagi selama dua tahun, kami sekeluarga tidak menyangka perkara ini boleh berlaku sebab beliau sepatutnya dibebaskan awal Februari lalu, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

“Sudah enam tahun kami dipisahkan, ia suatu tempoh masa yang sangat lama, kami sekeluarga sangat menderita sekarang ini,” katanya.

Beliau yang tidak bekerja sebelum ini terpaksa menyara 10 anaknya dengan berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan keluarga sejak penahanan suaminya enam tahun lalu.

Empat daripada anaknya sedang menuntut di IPTA, tiga di sekolah menengah (tingkatan satu, tiga dan lima), manakala tiga lagi di sekolah rendah (darjah dua, empat dan enam), hanya seorang anak beliau sudah bekerja.

Ustaz Nasharuddin yang begitu terharu dengan nasib keluarga mangsa ISA ini menyeru semua pihak supaya perihatin dengan nasib mereka, “saya menyeru semua pihak sama ada individu, pertubuhan atau badan korporat, bermurah hati menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan bebanan keluarga mangsa ISA ini.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi keluarga berkenaan di talian 07-5272911 (Puan Zakiah). – mns

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s