“@ Harakah: MISI BERAT Menanti ADUN PAROI, Bawa Pulang ‘ANGAH’ Pula…”

26 04 2008

Wan Nordin Wan Yaacob

Fri | Apr 25, 08 | 10:05:53 am MYT

SEREMBAN, 25 April (Hrkh) – Selepas berjaya membawa pulang Che Siti Norazreen Che Ishak (Adik Azreen) dari Lombok Timur, Indonesia pada 19 April lalu, kini satu lagi tugas berat menanti Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani.

Misinya sama, membawa pulang anak remaja Melayu yang dilarikan ke Lombok, Indonesia bernama, Normaliza Ghani (Angah), 25 selepas adiknya, Normah mengadu perkara tersebut kepada Mohd Taufek semalam.

Satu harapan lagi diletakkan ke bahu Adun Paroi yang menjadi wakil tunggal PAS ke Dun Negeri Sembilan yang mana akan memulakan persidangannya 28 April ini.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂

Pengalamannya bersama Migrant Care dan Kijang Care membawa pulang Adik Azreen ke Malaysia dengan selamat rupanya menjadi satu cetusan kepada rakyat di Negeri Sembilan untuk mengharapkan Mohd Taufek menjadi ‘duta penyelamat’ kepada anak-anak yang hilang.

Namun dalam kes Normaliza ini satu perkara yang menjadi kerumitan ialah, beliau dikatakan mengikut seorang lelaki sekitar Mei tahun lalu dan dipercayai telah bernikah.

Normaliza adalah seorang remaja yang telahpun cukup umur dan misi kali ini pasti lebih rumit berbanding misi membawa pulang Adik Azreen yang berusia 13 tahun.

Mohd Taufek yang mengulas kes Normaliza memberi komitmen untuk menyelamatkan remaja itu dengan segala bantuan yang termampu.

Beliau kini mempunyai jaringan pencarian remaja hilang di Lombok dengan Migrant Care yang diterajui rakannya, Alex Ong dari Kelab Penyokong PAS ditagih kerjasama dalam kes Normaliza.

Meskipun mengakui dalam kes ini bakal menghadapi kesukaran, namun beliau telahpun memberi sinar harapan kepada keluarga Normaliza yang menemuinya semalam semasa mengadu hal tersebut.

Hari ini Mohd Taufek melangkah masuk ke Dun Negeri Sembilan pada jam 9 pagi tadi bagi mengikuti Peramsian Sidang Dun.Di bahunya tergalas sejuta harapan rakyat Paroi dan kelompok yang mengharapkan jasanya mencari dan menyelamatkan anak-anak mereka yang hilang.

Hasrat beliau sebelum ini mahu menubuhkan ‘Paroi Care’ menjadi inspirasi kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bagi mengadu masalah.

Pusat Khidmat Adun Paroi yang terletak di Taman Tasik Jaya, Senawang kini mungkin akan terus menjadi tumpuan warga Paroi dan Negeri Sembilan yang lain memandangkan sumbang bakti Mohd Taufek semakin ditagih ramai./wann.

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.🙂


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s