“@ Harakah: IBU TUNGGAL Yang Mendiami COUNCIL HOME Akan Diberi Hak Sewajarnya!”

26 04 2008

Salmiyah Harun

Sat | Apr 26, 08 | 12:51:31 pm MYT

BANGI, 26 April (Hrkh) – Bagi memenuhi tuntutan manifesto Pakatan Rakyat terhadap nasib ibu tunggal dan golongan miskin, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) Bangi Dr Shafie Abu Bakar menegaskan ibu tunggal yang tinggal di Council Home Bandar Baru Bangi harus mendapat hak mereka yang sewajarnya.

Dalam dialog bersama ibu tunggal di Council Home, Dr Shafie berkata, dua blok yang siap dibina pada tahun 2004 harus dikekalkan untuk disewa ibu tunggal tanpa perlu pemilikan terus.

Tambahnya, penghuni yang tidak layak tetapi menduduki rumah berkenaan harus dikeluarkan secara berperingkat.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

“Kekosongan akan diisi oleh ibu tunggal yang telah memohon dan perkara ini akan dipertanggungjawabkan kepada Persatuan Penduduk BBB dan Persatuan Ibu Tunggal Daerah Hulu Langat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Council Home Bandar Baru Bangi mempunyai beberapa buah blok yang telah siap dibina pada tahun 2004, dan mula diduduki pada tahun 2005. Hanya blok A dan B diberi sewa, selebihnya telah dijual.

Antara isu yang timbul berhubung Council Home ini ialah kadar sewa yang tidak tetap iaitu dari RM250 sehingga RM400 sebulan, malah terdapat pihak yang tidak layak menduduki penempatan ini tetapi dibenarkan.

Menurut Dr Shafie, masalah itu sedikit sebanyak telah menafikan hak dan nasib ibu tunggal kerana kemudahan mereka telah disalahgunakan termasuklah kebajikan dan keselamatan penghuni.

Dalam pertemuan itu beberapa wakil agensi seperti Perbadanan SUK Selangor, Majlis Perbandaran Kajang, PKNS, Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat (Pitrah) memberikan maklum balas yang positif atas permasalahan yang timbul.

Dr Shafie juga turut mencadangkan agar sewa yang dikenakan diselaraskan pada kadar RM200 sebulan dan ianya tidak akan membebankan penghuni, kemudahan dewan tidak wajar dimonopoli oleh satu pihak serta penghuni berhak menggunakan dengan mematuhi peraturan sedia ada.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk BBB, Dr Tajul Ariffin Nordin berkata, segala permasalahan itu perlu diselesaikan dalan konteks dua hala iaitu tindakan proaktif penghuni dan agensi berkenaan.

“Saya minta agar agensi yang terlibat bersikap telus dan elakkan berlakunya birokrasi dalam menyalurkan bantuan kepada ibu tunggal,” katanya.

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. 🙂

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s