“PAK LAH Kata Jangan… Atau… … POLIS Kata Jangan… ??? ||| PKR BERI Kerjasama ||| MalasysiaNews @ Hanief.blogspot.COM IS BACK!!! ||| @ TV PAS Dan MalaysiaNews”

19 04 2008

SHAH ALAM, 16 April(Tvpas)-Tiga pimpinan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan pegawai khas Menteri Besar Selangor hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung perhimpunan Black 14 di Kampung Baru Isnin lalu.

Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Azmin Ali, dan pegawai khas MB Selangor, Yahya Sahri memberi keterangan selama 25 minit di bilik berasingan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Shah Alam kira-kira jam 2 petang tadi. Manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi keterangan di pejabat beliau.

Sebelum ini, peguam PKR telah membuat rundingan dengan pihak polis dan hasil rundingan itu, pihak polis hadir ke Pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam untuk mengambil keterangan Tan Sri Khalid.

Pihak polis tiba di pejabat Menteri Besar kira-kira jam 1 tengahari dan selesai mengambil keterangan beliau selepas kira-kira 20 minit.

Sejak jam 10.30 pagi tadi, pimpinan PKR menunggu kedatangan polis di Pejabat Menteri Besar bagi membantu siasatan polis.

Tan Sri Khalid juga terpaksa menangguhkan mesyuarat mingguan exco dan membatalkan sidang media tetap, serta program-program beliau yang lain bagi melancarkan proses siasatan polis.

Walaubagaimanapun, hasil rundingan, polis hanya membenarkan Tan Sri Khalid memberi keterangan di pejabatnya manakala tiga yang lain dituntut hadir ke IPK Shah Alam.

Atas sebab bertolak ansur dengan pihak polis, Wan Azizah, Azmin dan Yahya bersetuju ke IPK Shah Alam. Tan Sri Khalid turut mengiringi mereka.

Selepas selesai memberi keterangan, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu mereka menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung perhimpunan itu.

http://www.tvpas.com

***********************************************************************************************
sumber daripada malaysianews youtube, batugiling youtube, tvpas.com.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua


Actions

Information

One response

5 06 2008
budak_nakal

ALHAMDULILLAH…skrg dh makin ramai rakyat yg sedar akn ketulusan hati pemimpin parti pembangkang…hidup PAS…TAKBIR!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s