“AGENDA PAKATAN RAKYAT Adalah Untuk Semua Kaum, Sama Taraf Dan Muafakat; TUNJANG PAKATAN RAKYAT ||| @ TV PAS”

14 04 2008

KUALA TERENGGANU, 13 APRIL (Tvpas)-Semalam, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian Pakatan Rakyat bahawa agenda yang diperjuangkan Pakatan adalah secara bersama demi kepentingan rakyat sejagat dan apa jua pandangan selain yang dipersetujui pemimpin Pakatan adalah peribadi dan bukan mewakili mana-mana parti dalam pakatan.

Perkara ini turut diketengahkan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, ketika menziarahi Abdul Hadi di Wad 7A, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau bercakap demikian selepas memberi tazkirah ringkas di Surau Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah, MTT Tok Jiring. Anwar turut memperihalkan agenda beliau selepas detik 14 April ini. Kini, Anwar meminta pemimpin BN yang lain, akur dengan kehendak rakyat seterusnya menyokong pakatan yang dibentuk demi kepentingan bersama.

http://www.tvpas.com

KUALA LUMPUR, 13 APR (Tvpas)-Semua pemimpin dan ahli PAS, PKR dan DAP diarahkan menghentikan pandangan peribadi mereka berkenaan perkara diluar persetujuan kempimpinan Pakatan Rakyat.

Dalam satu kenyataan bersama ketiga-tiga kepimpinan parti yang diemailkan semalam menegaskan “Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuang ideologi persendirian atau parti masing-masing”.

Arahan ini dikeluarkan berikutan ada pihak-pihak yang memberi pandangan berbeza dari yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan.

Dan bagi pakatan, pandangan itu adalah pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam Pakatan.

Pakatan juga sekali lagi menjelaskan tiada parti yang menjadi tunjang pakatan melainkan perinsip sama taraf dan semangat pemuafakatan secara bersama.

Lebih penting, agenda besar Pakatan katanya adalah membina Negara atas landasan keadilan, dan mengutamakan kemakmuran rakyat terutama golongan miskin dan terpinggir.

http://www.tvpas.com

***********************************************************************************************
sumber daripada batugiling youtube, tvpas.com.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s