“ISH ISH ISH… Salahkan KU LI Dan TUN MAHATHIR Plak… … ||| Iya Ke PAK LAH… … ||| @ TV PAS”

9 04 2008

ABDULLAH PERSALAHKAN TUN & KU LI UNTUK SELAMATKAN DIRI

KUALA LUMPUR, 7 APRIL (Tvpas)-Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertindak membalas kembali kecaman yang dihalakan kepadanya, ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya ke-12 yang lalu, terutamanya serangan dari bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Yang pasti, tindakan Abdullah menyalahkan Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, selain unsur sabotaj dilihat usaha beliau untuk melepaskan diri beliau serta keluarganya, dari terus disalahkan ahli UMNO-BN berhubung kekalahan berkenaan.

Dalam sidang media berkenaan juga, Abdullah turut mendedahkan tindakan tidak bermoral Tun Dr Mahathir terhadap musuh dalaman mahupun pembangkang ketika Tun masih lagi berkuasa, suatu ketika dahulu.

Selain itu, Tengku Razaleigh turut dipersalahkan apabila didakwa menjadi factor UMNO-BN terus menemui kegagalan untuk menawan kembali negeri Kelantan dari tangan PAS. Ternyata, usaha Tengku Razaleigh bertindak membubarkan Semangat 46 dan menyertai UMNO, kini dilihat tindakan sia-sia.

Hari ini, bertempat di Hotel D’Palma, Ampang Point, Tun Dr Mahathir bangkit menjawab kembali kecaman Abdullah kepada beliau. Dalam majlis anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Chempaka, Bahagian Pandan itu, Tun menegaskan bahawa “beliau akan terus mengkritik dan mengecam Abdullah selagi Abdullah tidak berhenti melakukan perkara yang menyebabkan Umno kalah”.

Mengulas mengenai tiadanya kebebasan media ketika Tun masih berkuasa, Tun mendakwa “Tiada sekatan ke atas media dikenakan semasa Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn mengkritik beliau dan meminta orang ramai menilai dan bandingkan dengan kawalan media sekarang dibawah personaliti Kalimullah Hassan dan Khairy Jamaludin yang sering menghubungi media untuk menentukan berita dan sudut yang patut diutarakan.”

Nampaknya, perbalahan antara Abdullah dan musuh dalaman beliau semakin berliku dan dijangkakan bakal mengeruhkan lagi keadaan kepimpinan Umno-BN yang kian retak menunggu belah.

http://www.tvpas.com

***********************************************************************************************
sumber daripada batugiling youtube, tvpas.com.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua


Actions

Information

2 responses

10 04 2008
Matrix man

Assalamu’alaikum.
Aku & geng2 atas pagar ni, rasa pening tengok perangai semua org. Hentam Melayu sana, melayu hentam sini, sana Islam, sini Islam, PAS Islam, hentam org Islam, web ini pun asyik memecahkan org Islam jugak. Dah menang tapi tak bersyukur lagi, dok tembak Pak Lah, syok tengok Pak Lah jatuh, syok laga-lagakan Ku Li, Tun Mahthir. Aku nak tengok ISLAM.ISLAM.ISLAM. Sikitpun tak kutuk org kafir. Buktikan PAS itu ISLAM. Aku dah bosan pangkah bulan lagi kalau camni. Takkan aku pula nak kena ajar engkorang ayat2 Allah pulak. Semua dah mengaji pandai2 belaka. Bykkan istifar. Buang ego. Kalau tak, rasanya perangai engkorang 2 kali 5 dengan BN.
tolong ye… saya harap laman web PAS ini dpt menyatukan semua insan yg mengucap 2 kalimah shahadah. Bykkan rancangan agama. walaupun berlainan parti ke, janji org islam, jgn dikutuk. Mereka sudah mendapat balasan drp ALLAH. Cuba perjuangkan Islam sebetulnya. Jlnkan syariah Islam segera di negeri yg dimenangi. Ramai org Islam tertunggu2 dan jika hasilnya bagus, kita semua akan terus menyokong. (Kemenangan lalu dtgnya sokongan drp org yg bukannya menyokong PAS secara total). Ramai juga pengundi memilih anda utk melihat prestasi anda dan buktikan yang anda mampu. Hentikan politik kotor dan mesti ada perbezaan yang ketara dgn pemerintah sebelumnya.
Hentikan permusuhan sesama Islam. Penyokong anda bukanlah 100% penyokong asli. cuma sebagai ‘beri peluang’ shj.
Minta maaf byk2 , wassalam.

10 04 2008
e Pemuda PAS

Matrix man >>>

hanya daripda saya kini, saya harap, anda terlebih dahulu membaca page ‘about/hubungi’ di atas. terutamanya, yang ingin saya utamakan di sini, laman ini adalah semata suara e Pemuda PAS, tidak rasmi datangnya daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu sendiri. ini suara dan usaha peribadi saya dan rakan-rakan yang lain.

seterusnya, agama itu juga adalah politik. itulah ia, dan ia itulah selamanya. tiada dakyah jika tiada daulat. malah penghijrahan junjungan Nabi juga, adalah untuk mendapatkan, di antaranya, daulat untuk menegakkan Islam dengan lebih baik lagi.

buat akhirnya, hanya kini, saya (dan mungkin pihak-pihak yang lain di luar sana), maafkan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s