“KABINET Dan MT UMNO Tidak Relevan!!!; Tun Mahathir ||| @ TV PAS”

4 04 2008

KUALA LUMPUR, 2 April (tvpas)-Ketika PAS, PKR dan DAP makin kukuh di bawah Pakatan Rakyat seperti yang dipersepakati antara ketiga-tiga pimpinan tertinggi semalam, UMNO pula dilihat makin sukar mencari titik persefahaman untuk terus berdiri dipersada politik tanahair Negara.

Inilah keadaan berbeza yang dialami antara Umno-BN dan Pakatan Rakyat. Semalam, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berpeluang untuk meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Mahathir mendakwa cabinet dan Majlis Tertinggi Umno sudah tidak relevan lagi kerana keputusan penting Negara dan parti kini dibuat oleh pihak lain.

Ini memandangkan Kabinet dan MT dianggotai orang yang hanya tahu mengangguk dan mengiyakan keputusan, walaupun dipengaruhi kaum keluarga Perdana Menteri.

Malah, pada ucaptama Forum Umno Pasca Pilihanraya ke-12 semalam, Tun Dr Mahathir sekali lagi mengulangi permintaannya supaya Abdullah meletak jawatan kerana bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk BN pada pilihanraya lalu. Peralihan kuasa perlu kerana pemimpin BN hari ini sudah tidak tahu memimpin.

Dalam forum berkenaan juga, Mahathir turut mengulas tahap pengaruh Khairy dalam pentadbiran Abdullah, sehinggakan kebanyakan pemimpin Umno begitu takut kepada menantu perdana menteri itu, hinggakan BN tewas 5 negeri.

Menurut Mahathir, senarai calon bukan seperti yang dikemukakan negeri, tetapi apabila dibawa ke Pejabat Perdana Menteri, ia disemak pihak tertentu dibilik sebelah. Kesannya, ramai jaguh Umno tersingkir, orang baru diberikan tempat. Inilah pembaharuan ala KJ (Khairy Jamaludin).

Disamping itu, Mahathir sekali lagi mengulangi sokongan agar Mesyuarat Luar Biasa diadakan terutama bagi memeinda perlembagaan Umno bagi menghapuskan system kuota dalam pemilihan tertinggi.

Ternayata, Mahathir masih berjuang untuk melonggarkan kuasa Abdullah Ahmad Badawi.

http://www.tvpas.com

***********************************************************************************************
sumber daripada batugiling youtube, tvpas.com.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

pas-for-all.jpg

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s