“POST KE-1,000: TERIMA KASIH Dan MINTA MAAF ||| Hayat Saya Hanya Milik Perjuangan DUNIA AKHIRAT!!!”

26 03 2008

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

syukur alhamdulillah. setinggi-tinggi syukur diucap ke hadrat Yang Maha Esa, Yang Maha Segalanya. tiada sebarang yang berkuasa, jika tidak hanya kerana adalah keizinannya. dan hakikatnya, dan pastinya, hayat saya hanyalah milik perjuangan dunia akhirat.

seterusnya, sekalung terima kasih berbanyak-banyak diucapkan kepada anda-anda semua yang sudi mengunjungi laman ini. juga lagi-lagi kepada mereka yang menjadikan laman ini adalah laman utama anda. juga lagi-lagi kepada mereka yang memberi komen-komen pro dan kontra. juga lebih-lebih lagi kepada mereka yang memberi sokongan, tersirat mahupun tersurat.

insyaALLAH, jika ini adalah kehendak NYA, dan jika ini adalah dengan keizinannya, saya akan terus dan tanpa jemu memperbangun laman ini. seterusnya, doa-doakanlah saya.

saya sedar, saya kekadang begitu lantang dalam beberapa hal. harap-harap anda semua sedar dan akur dengan pendirian saya. jika ada yang salah dan silap, sedar atau tidak, tersurat atau tersirat, ampunkanlah saya. sererusnya, doa-doakanlah saya.

sekali lagi, TERIMA KASIH.🙂

PS: sejujurnya, saya amat bangga dengan pencapaian laman ini. walaupun tidak sampai 3 bulan laman ini dilahirkan, saya telah mampu meletakkan post sehingga 4 angka. dan lagi, telah menyediakan juga lebih 1,000 video untuk tatapan semua. walaupun jika anda lihat pada bahagian kategori, jumlah untuk kategori video tidaklah sampai 1,000, namun, kekadang pada 1 post, saya letakkan 2 atau lebih video! dan lagi, sehingga kini (ketika saya menulis ini), hits ke laman ini telah mencecah ke angka 83,479. sehinggakan hits tertinggi pada satu hari, setakat ini (ketika saya menulis ini), mencecah 10,646 hits! dan lagi, laman ini (ketika saya menulis ini), telahpun berjaya menduduki tempat ke-375,125 di traffik ranking alexa. tidak percaya? klik sahaja laman alexa dan taipkan alamat laman ini. lihat sahaja traffik reportnya. sehinggakan, laman ini bukan sahaja menjadi tumpuan warga Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain. segalanya, syukur alhadulillah. segalanya, TERIMA KASIH.🙂

PPS: seperkara lagi, sekali lagi, saya ingin amat amat memohon maaf di atas kebodohan dan kealpaan saya akan kepada kesilapan saya meletakkan tajuk yang salah pada satu post, iaitu: https://epemudapas.wordpress.com/2008/03/26/kerajaan-negeri-selangor-mungkin-mengambilalih-urusan-port-klang-free-zone-pkfz-malaysiakini/. terlalu banyak saya meletakkan post saban hari. kadangkala, mencecah 40 post sehari! seingat saya, ketika saya meletakkan post ini, pada kira-kira pukul 3 pagi, dan saya amat mengantuk ketika itu. apa pun, maafkanlah saya. saya bodoh. dan saya alpa. the blame is on me, and me only.

PPPS: dan ini adalah PANJI SAYA:

lambang-e-pemuda-pas-jpg.jpg


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s