“ISU BIASISWA Untuk Semua Kaum, Ke Mana Perginya DUIT CUKAI???! ||| Antara Luahan MAHASISWA UNISEL!!!”

26 03 2008

Ini adalah luahan kes yang biasa kita dengari dari kolej atau universiti Malaysia,

Kiriman daripada pelajar UNISEL:-
http://www.youtube.com/user/buginese501

SAYA ****** no kad pengenalan ****** adalah seorang pelajar di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang ingin mewakili semua pelajar tidak kira di kampus Bestari Jaya atau Shah Alam. Saya terkilan kerana banyak perubahan dan pengurusan universiti yang dilakukan di kampus atau hostel itu membebankan pelajar, khususnya dari segi kewangan.

Memandangkan pentadbiran dibawah Setiausaha Kerajaan negeri Selangor telah bertukar tampuk pemerintahan yang baru – yang bukan Barisan Nasional(maka UNISEL di bawah SUK Selangor) , saya berasa surat ini bertepatan rasanya bilamana pihak editor boleh menyampaikan permasalahan ini kepada Tan Sri Khalid bagi pihak kami pelajar disini.

Biar saya mulakan permasalahannya disini, (berkenaan yuran) pelajar dikenakan bayaran perkhidmatan teknologi maklumat (ICT) yang tidak munasabah, iaitu RM100 untuk setiap semester (1 semester maksima hanya 5 bulan), dengan alasan tidak masuk akal seperti yang tertera dalam laman web rasmi Unisel dengan nombor rujukan UNiSEL/NC/SK-int/05.

Antara alasan yang diberi adalah pelesenan perisian, penyediaan perkhidmatan portal pelajar dan e-mel (dibuat secara percuma menggunakan website Google), capaian internet tanpa wayar (tapi tidak wujud langsung di mana-mana kawasan kampus ), dan penyelenggaraan peralatan ICT (mustahil kos penyelenggaraan terlalu tinggi berikutan keuntungan yang diambil daripada beribu-ribu pelajar).

Selain itu, pihak universiti juga mengenakan bayaran sewa penginapan dalam kampus yang sangat mahal iaitu RM800 untuk satu semester tanpa kemudahan internet walaupun mempunyai kemampuan hotspot TMNET dan tanpa pengawasan keselamatan yang tinggi. Akibatnya, saya telah kehilangan sebuah motorsikal bernombor plat BCY3410. Saya juga pernah mengadu kepada timbalan naib canselor UNISEL itu sendiri namun tiada tindakan atau bantuan pun yang diberikan sekalipun saya mengesyorkan agar pemasangan CCTV di lokasi bermasalah kampus dilaksanakan.

Walaupun menyediakan pengawal keselamatan yang agak ramai, namun tahap pengawasan diasrama dan kampus masih tidak effisien dengan bilangan itu. Harap ada pihak peka terhadap hal ini.

Itu belum kira segala kerosakan yang bukan disebabkan oleh pelajar, seperti paip air lama, gelongsor tingkap ketat, masalah serangga dan pengutipan sampah tidak mengikut jadual. Saya berani tampil untuk mengatakan yang tahap kualiti binaan hampir keseluruhan bangunan UNISEL amatlah teruk.

Pelajar yang mendaftar pada semester baru, iaitu pada Disember lalu pula dikenakan caj RM1,000 untuk penginapan dengan alasan RM200 ditambah sebagai deposit untuk kerosakan dan sebagainya. Malah, ada segelintir pelajar baru juga tidak mendapat tempat penginapan walaupun sudah membayar penuh RM1,000, dengan alasan, sudah penuh. Saya ingin bertanya, ke mana wang deposit itu kemudian?

Masalah yang terbaru mula menimpa lagi bila kesemua pelajar yg mempunyai tunggakan yuran diwajibkan untuk menjelaskan baki yuran sebelum tiba minggu peperiksaan akhir walaupun pihak UNISEL telah pun membuat pemotongan terus dari akaun pelajar sebanyak RM7900 bagi kursus ijazah. (tidak pasti untuk kursus diploma). Tidak cukup dengan seksa itu, kami diberi kata dua samada jelaskan baki yuran, atau dinafikan untuk menduduki peperiksaan akhir yang hanya tinggal lebih kurang seminggu (31 March 2008 kerana syarat menduduki peperiksaan dimestikan ada slip exam, dan slip exam hanya boleh diperolehi jika selesai melunaskan hutang tertunggak). Masalah timbul lagi bila pihak UNISEL sedikit tidak berkompromi atau mendengar rayuan pelajar agar dikecualikan kerana pemotongan PTPTN telah pun dilakukan.

Diharap pihak pentadbiran kampus dan pihak berwajib melihat perkara ini dengan serius kerana masalah kewangan yang ditanggung pelajar sangat besar dan membebankan, terutama jika ibu bapa pelajar daripada golongan susah. Lihatlah jika berlaku kemungkinan penyalahgunaan wang pelajar.

p/s saudara timbang2 la sendiri, pada saya takkan pokok bergoyang klu tiada angin yg bertiup. UNISEL semena-mena je nak wat itu la ini la.. mcm2.. xde nyer dia buat camana nak tingkatkan mutu akademik. tau nak yuran.. yuran.. yuran.. dah la aku org susah (serius).. yg x tahan perenggan sembilan tuh..

***********************************************************************************************
sumber daripada malaysianews youtube, bugineses501 youtube.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

Advertisements

Actions

Information

One response

3 04 2008
pakpandir

Banyakkan lagi kolej universiti yang mengenakan bayaran tinggi kepada rakyat Malaysia.Di samping itu kurangkan tempat pembelajaran bagi bijak pandai melayu dengan menghapuskan MRSM satu persatu..

Inikah yang dinamakan berjuang untuk Agama,Bangsa & Negara?
Semakin hari semakin tidak relevan,
dan aku dah semakin BOSAN dengan perjaungan seumpama ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s