“Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi ||| Kepuasan Membela Nasib Rakyat Mengatasi HAL-HAL WANG RINGGIT!”

24 03 2008

Seorang ADUN yang hebat. Waktu PRU-10, beliau merupakan ADUN Kajang (1999-2004).

Walaupun kalah pada PRU-11, namun beliau tetap aktif membela nasib rakyat. Beliau akui, sewaktu beliau menjadi pensyarah di UKM, pendapatan lebih tinggi dari jadi ADUN. Namun, kepuasan membantu rakyat, sama sekali mengatasi wang ringgit.

Bertugas membantu beliau sewaktu PRU-12, membuatkan aku berasa bangga dapat membantu beliau. Beliau menang di DUN Bangi pada PRU-12 baru-baru ini. Semoga Allah merahmati beliau. Takbir!!

***********************************************************************************************
sumber daripada blsztus youtube.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************


Actions

Information

14 responses

2 04 2008
Anak Watan

Assalamualaikum,

Tahniah di atas kemenangan YB. Semoga YB dapat terus berkhidmat dengan jujur dan ikhlas. Kami hendak mengutarakan satu permasalahan semenjak tahun 2005. Pembeli Sibertel, Sungai Tangkas Bangi telah merasa tertipu dengan taktik kotor BIDARI EHSAN SDN. BHD. Semasa beli lot tersebut kami dijanjikan pulangan sewa selama 10 tahun tanpa syarat. Mula2 ok selepas tu pada tahun 2005 bermasalah. Setahun tak bayar lepas datangkan perjanjian baru, kalau kami tunaikan cek bermakna kami setuju dengancadangan baru. Sibertel terletak di atas tanah kepunyaan Koperasi Belia Islam Malaysia. Saya pernah adu kat P.A Amran kasimin sebelum ini, tapi dia kata dia blur dengan masalah kami. Sekarang dia betul2 blur.. Kami dah pergi macam-macam agensi tapi hampa. Hutang bank kami kena bayar, hutang kami orang kaya BIDARI tak mahu bayar. Harap YB dapat tolong apa yang dalam kemampuan 1) gesa BIDARI ikut perjanjian. 2) Blacklist BIDARI dalam projek di Selangor. Nama-nama syarikat yang perlu disiasat latarbelakangnya http://www.hrunited.com , inai tropika 3) Nama direktor2 dan pemegang saham borang 49 sering berubah (pernah jumpa nama mantan menteri besar yang saudara dia jual sate kajang). Pembeli berbilang bangsa dan ada ahli Koperasi Belia Islam. BIDARI bukan Islam kuasai. Harap YB dapat pantau. Segala usaha dan pertimbangan YB didahului dengan ucapan terima kasih.

23 04 2009
min

apa yb ni tak jawab-jawab pun sampai skrg, kata bela nasib rakyat. sama aja politician ni, umno ke pas ke dap ke. cakap je lebih. kalau tak boleh pun jawab je la.

25 06 2009
rasa

Tolonglah YB siapapun kamu ,kamu adalah memegang amanah tunaikan janji pembela rakyat yang tertindas.Penjenayah sibertel kamu adalah perosak bangsa Malaysia , dulu masa jual lot sibertel bukan main lembut gigi, le ni apabila bermasalah phone pun tak angkat. Kepada siapa kami mahu mengadu harapkan kucing(para YB) kucing tak ada gigi, tikus(tauke sibertel) menari-nari

1 08 2009
mie

kami salah sorang pembeli block sibertel, block kami berpenghuni, masalahnya kami tak dapat se sen pun bayaran……..mana silapnya? nakkan kebenaran..

22 10 2010
baharin

salam… Memang memilukan… saya juga menjadi mangsa penipuan BIDARI…. yang kaya mereka… yang kayap kita!

31 01 2011
ramlah sarian

sudah 5 tahun tiada sebarang bayaran dari Bidari Ikhsan ini apa cerita setiap bulan kena bayar tapi sewaan haram kami tak merasa. Penyamun sibertel kamu tak ada hati perut ke apa2 perkembangan beritahu kami le .Kami tak halal dunia akhirat buncit perut sebelum kamu mampus

5 12 2011
Jamilah binti Yahaya

Saya Jamilah dari Pontian. Saya dan suami masing-masing beli 1 lot. Saya ada 3 orang kawan yang sama senasib juga di pontian. Tahun lepas saya ke pejabat bidari di Bangi 2. Bos dia keluar dan tak layan pun. Dia kata Sibuk nak pergi mesyuarat . Dia suruh kerani saja layan saya. Saya tak paham apa kerani dia terangkan. Macam-macam alasan yang diberi dan macam-macam syarikat yang timbul dalam menguruskan sibertel 2.

28 02 2011
sylvester

Sibertel memang penipu… Buka Kolej haram lepas tu tipu duit pelajar-pelajar. kami tak di ajar apa-apa langsung . apabila di tanya dorg sibertel kata kelas belom sedia untuk di gunakan tapi minta pelajar sain borang pinjaman sebanyak 10ribu.. sampai sekarang kami terseksa membayar hutang2 tersebut untuk memberi makan anak2 tokey sibertel ni.. janji bukan main.. semoga sesiapa yang terlibat dan bersengkongkol ngan pihak sibeltel ini menerima seksa yang setimpa..

5 04 2011
AWANG SELAMAT

Sibertel akan bangkrap tak lama lagi. Kalau ada yang mampu gunalah peguam dan lanyak habis-habisan si penyangak Sibertel ini sehingga mampus terutama haji Sharom penipu.

28 07 2011
carikebenaran

assalamualaikum… nampaknya laman ni tak terusik langsung sejak berzaman. elok YB tutup saja demi kredibiliti YB sebab tiada penghuni. takut namti berhantu, orang mengumpat sana sini. saya pun bermasalah beli sibertel. atas sebab ada nama koperasi islam, belilah jugak walaupun yang menguruskan tu orang lain. harap koperasi islam tu islamlah, bukan perangai sama macam bukan islam. beli mahal-mahal, tanggung hutang tak pasal-pasal.

24 11 2011
dnieltan

U r not alone visit us @ facebook siac.com.my

21 02 2012
suhaimi bin telimik

nak haram betul….. bayar je bulan2 kat bank, habuk pun tarak……. sape nak bela ni??????? pas, dap, umno????? ergh…..semua dah kenyang!!!!!!

21 02 2012
suhaimi bin telimik

kepada yang senasib, macamana nak buat yer… tak de ke dun2 yg boleh membantu…. bukan membantut…

27 02 2012
baharin tahir

apa kata kita ramai-ramai pemilik unit buat demo atau buat aduan pada tv 3, kot-kot terbuka sikit mata-mata orang yang sepatutnya kena buka mata. kalau setuju kita set masa pi ramai – ramai kat tv 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s