“Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat JAWAB Pelbagai Isu”

16 03 2008


OPERASI RAHSIA TAWAN KELANTAN DENGAN PENGUNDI HANTU

1. Sepanjang tempoh pendaftaran daftar pemilih, BN dengan kerjasama SPR membuat operasi untuk membolehkan wujudnya “pengundi terancang” (planted voters) di negeri Kelantan iaitu pengundi yang boleh dirancang pengundiannya oleh BN.

2. Seterusnya, semasa musim pilihanraya, BN akan menggerakkan jenteranya untuk mengumpulkan “pengundi-pengundi upahan” dari luar Kelantan bagi dikerahkan ke Kelantan dan juga di kalangan petugas BN di dalam negeri Kelantan untuk mengundi dengan menggunakan nama dan ID “pengundi terancang” yang telah diwujudkan di dalam daftar pemilih. Untuk menggerakkan usaha ini, BN biasanya berselindung di sebalik operasi kempen balik mengundi seperti yang dijalankan sekarang sebagai “Pakat Kelik Ngundi” tetapi sebenarnya adalah untuk menggerakkan pengundi upahan dan untuk merasionalisasikan peratus keluar mengundi yang akan meningkat kerana pengundian pengundi terancang tersebut.

3. Pada kali ini, PAS difahamkan BN sanggup membayar upah sebanyak RM300 sehingga RM600 setiap seorang yang turun mengundi ke Kelantan. Tawaran ini dikemukakan kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa perlu memastikan samada orang tersebut pengundi di Kelantan ataupun tidak. Bagi pengundi upahan yang bukan pengundi berdaftar di negeri Kelantan, PAS percaya satu kaedah pengeluaran ID secara tidak sah (pemalsuan ID) dibuat bagi membolehkan mereka (pengundi upahan) mengundi di atas daftar nama pengundi terancang. Ini boleh diandaikan benar kerana pada pilihanraya sebelum ini, terdapat pengundi berdaftar yang tidak dapat mengundi kerana rekod menunjukkan ada pengundi lain yang mengundi di atas daftar nama beliau. Melalui operasi begini juga, tidak mustahil berlaku seorang pengundi upahan mengundi bagi lebih daripada satu daftar nama (multiple voting) dalam negeri yang sama.

4. Operasi sebegini telah dilaksanakan oleh BN untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004.

***********************************************************************************************
sumber daripada malaysiakini youtube dan kelateku youtube.
***********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s