“Lagi SKANDAL SEKS Tokoh BN Akan DIDEDAH”

31 01 2008

… ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA…

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak antara pemimpin kerajaan paling kerap memberi kenyataan terhadap skandal seks Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek, termasuk memberi peringatan kepada pemimpin BN agar mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan mencemar imej mereka dan kerajaan.

Bagaimanapun tulisan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Dato’ Ruhanie Ahmad mengenai desas-desus isu itu kini terarah ke Pahang begitu menggusarkan beberapa orang kenamaan.

Siapa tahu, isu DVD lucah mungkin menyebabkan ada pemimpin UMNO terpaksa meletakkan jawatan. Mengulas kes Chua, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia tidak cukup dengan perletakan jawatan kerana tindakan itu demi menyelamatkan imej BN menjelang pilihan raya.

Baginya, perlakuan seks luar nikah bukan hanya bertentangan dengan Islam tetapi bercanggah dengan mana-mana anutan, kepercayaan, amalan dan budaya serta nilai moral dipegang rakyat Malaysia.

Najib yang menjawab persoalan moral itu tidak mahu isu berkenaan berulang dengan nada amaran mahu pemimpin BN tidak terbabit memandangkan pilihan raya semakin hampir.

Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein turut merasai tempias, ekoran keputusan Chua meletakkan semua jawatan sebagai tindakan berani demi institusi kerajaan dan parti.

Isu moral turut melanda Pemuda UMNO, apabila Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin turut dikaitkan dengan seorang artis popular meski pun kemudiannya dinafikan menantu Perdana Menteri itu.

Kenyataan Najib diperlekeh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang mempersoalkan apakah TPM ‘orang yang sesuai’ untuk menasihatkan pemimpin BN lain supaya mengamalkan nilai-nilai baik, berdisiplin dan menjaga tingkah laku mereka.

“Apakah Najib telah memberi contoh baik dalam karier politiknya untuk melayakkan beliau memberi nasihat dan ingatan seumpama itu?” tanyanya.

Kit Siang secara sinis berkata, “atau nasihat Najib itu umpama ‘bapa ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul’?”

Presiden MCA, Dato’ Seri Ong Ka Ting menyatakan MCA mengutuk tindakan mereka yang merakam dan menyebarkan DVD itu.

MCA katanya, mahu polis bertindak tegas terhadap pihak bertanggungjawab ke atas DVD dan menghukum mereka. Ka Ting sedikit pun tidak menyentuh persoalan moral di kalangan pemimpin MCA yang boleh merencatkan ‘pandangan umum’ masyarakat yang diwakili parti itu.

Begitu pun masyarakat Cina sendiri secara umumnya menolak perlakuan sedemikian tambahan pula ia terdedah kepada umum.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chow berkata mana-mana agama termasuk Buddha melarang seks luar nikah.

Tetapi paling memeritkan bagi masyarakat Cina, terdedahnya isu seks Chua ini memberi gambaran kepada integriti pemimpin yang sebenarnya perlu dinilai daripada perlakuan sosialnya selain ketelusannya dalam memimpin rakyat.

Begitu pun beliau secara jujur mengakui, masyarakat Cina akan menilai isu itu bersekali dengan pencapaian seseorang pemimpin termasuk soal rasuah ekonomi.

Tindakan lembap PM Abdullah dalam kes ini sungguh mengecewakan, meskipun beliau adalah orang terawal yang ditemui Chua sebelum membuat pengakuan.

Ramai mengharapkan Abdullah bertegas mendesak Chua meletakkan jawatan pada hari pertama lagi ketika mengaku beliau adalah lelaki dalam rakaman DVD itu.

Malah, sehari kemudian, Abdullah berkata beliau telah menerima surat perletakan jawatan Chua tetapi isu itu tidak dibincang dalam mesyuarat Kabinet pada 2 Januari lalu kerana ia membabitkan hal peribadi beliau.

Bagi kakitangan kerajaan berpangkat rendah, sudah tentu mereka akan dipecat jika terbabit dalam hal-hal mengaibkan, termasuk khalwat.

Sebaliknya Chua hanya perlu mengumumkan peletakan jawatan secara terhormat dengan media arus perdana mendendangkan lagu sedih berbaur penghargaan kepadanya kerana berani berbuat demikian.

PM yang terusik dengan pengumuman Chua dilihat bersedih dengan pemergiannya meninggalkan jawatan parti dan kerajaan tanpa mengambil kira betapa seriusnya persoalan ‘moral’ yang kini membelenggu BN.

Habuan seks
**********

Kesedihannya mungkin ada asasnya memandangkan, ada sumber mendakwa keterlibatan pihak tertentu yang ada kaitan dengan PM dalam urusan projek membabitkan Kementerian Kesihatan sebelum ini yang diraih syarikat peribadi.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam pendedahannya melalui Harakah-daily menamakan seorang wanita Cina berumur 30-an sebagai broker ataupun habuan seks daripada pihak tertentu kepada Chua.

“Polis sepatutnya menyiasat siapa sebenarnya wanita dalam DVD itu. Kalau betul dia wanita dimaksudkan, polis kena siasat pula apa hubungan Chua dengannya,” ujarnya.

Katanya, terdapat kemungkinan wanita itu adalah kawan baik kepada Chua atau pun beliau adalah habuan seks untuk kepentingan pihak tertentu ke atas Kementerian Kesihatan.

Mahfuz mendesak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat projek Ambulantery Call Centre yakni syarikat panggilan ambulans di Kelantan yang diberi kepada sebuah syarikat yang mendapat projek ambulans.

Mengulas isu sama, AJK PAS Pusat Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, secara sinis mengingatkan rakyat bagaimana seorang Ketua Wanita UMNO sebuah kawasan pinggir ibu kota mati dibunuh di sebuah hotel di Pudu.

Begitu juga kes Ketua Wanita UMNO Sabah juga mati dibunuh dalam sebuah hotel.

“Sungguh memalukan apabila dalam perbicaraan kedua-dua kes bunuh itu, didedahkan pemimpin Wanita UMNO melakukan hubungan seks terlarang dengan pasangan masing-masing. Malu dan mengaibkan. Oleh kerana cerita itu jauh daripada pilihan raya umum maka kes tersebut ‘hilang’ begitu sahaja dalam mahkamah.

“Jangan disebut lagi cerita-cerita yang didengar tentang pemimpin yang dikatakan terlibat dengan gadis bawah umur, merogol pembantu rumah sehingga mengandung, ditangkap khalwat, hubungan dengan artis dan selebriti.

“Masa kempen pilihan raya kecil di Kelantan pun, ada wakil rakyat UMNO yang ambil kesempatan berasmara-dana dengan senator wanita UMNO!” dakwanya.

Gendang pilihan raya umum telah pun dipalu BN melalui rombongan Najib ke Kelantan dalam misi menawan negeri itu.

Namun ia sentiasa dibayangi ‘gendang DVD lucah’ yang dipalu Ruhanie Ahmad dalam blognya yang pastinya menantikan mangsa seterusnya yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin kanan di Pahang.

Drama DVD kali ini kata satu sumber, mungkin menamatkan ‘riwayat politik’ pemimpin itu.

**********************************************************************************************
petikan diambil daripada akhbar Harakah, 7-22 Muharam 1429 / 16-31 Januari 2008, Fikrah, 4.
**********************************************************************************************

***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”

A. menang besar.
B. kalah!!!

*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12”
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

Advertisements

Actions

Information

One response

13 03 2008
syamsulariff.com

dunia dunia politik.. 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s