“ANWAR Mahu SERAH Klip VIDEO Bantu Siasatan”

29 01 2008

… ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA …

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Diraja semalam diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan satu lagi klip video untuk membantu siasatan berhubung dakwaan mengatur pelantikan hakim.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya M Puravalen pada awal prosiding semalam.

Puravalen berkata, rakaman ketiga itu baru diperoleh Anwar dan ia juga berkaitan isu pelantikan hakim.

Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor berkata bukti baru seperti itu sepatutnya dimaklumkan kepada suruhanjaya lebih awal bagi mengelak masalah kemudian.

“Kami mempunyai had masa. Tidak patutlah untuk bahan bukti diberikan secara ansuran.

“Ini amat relevan untuk siasatan kami. Tolong jelaskan pada anak guam kamu, bukannya kami hendak menyukarkan keadaan tetapi beliau juga perlu membantu kami.

“Kewajipan utama kami adalah menyelesaikan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami,” kata Haidar.

Bagaimanapun, selepas mendengar penjelasan Puravalen bahawa Anwar menerima klip video ketiga itu minggu lalu, Haidar berkata suruhanjaya akan melihat video berkenaan sama ada ia relevan atau sebaliknya.

Berikutan itu, anggota panel, Datuk Mahadev Shankar menyoal mengapa Anwar ingin mengemukakan klip video itu terus kepada suruhanjaya.

“Bukankah sebelum ini semua klip video yang ada pada anak guan kamu hanya diketahui pihak berkuasa selepas disiarkan kepada seluruh dunia? Jadi mengapa sekarang beliau mahu berkongsi maklumat ini hanya dengan kami,” soalnya.

Sehubungan itu, suruhanjaya meminta video berkenaan dirujuk kepada Pegawai Pengendali Timbalan Ketua Bahagian I (Polisi) Jabatan Peguam Negara, Datuk Nordin Hassan.

***********************************************************************************************
petikan diambil daripada akhbar Berita Harian, Selasa, 29 Januari 2008, Nasional, 5.
***********************************************************************************************

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s