||| ‘TO’ Wakil Rakyat

*** ADS @ e Pemuda PAS *********

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. :)

assalamua’laikum dan salam sejahtera.

hanya kini, ruangan ini adalah khas dilapangkan untuk anda semua menyuarakan suara anda kepada semua mereka-mereka yang berkhidmat (samada mana-mana ahli dun ataupun ahli parlimen; samada mana-mana daripada pihak pemerintah ataupun pembangkang). cumanya, silalah ikuti caranya seperti di bawah berikut supaya mudah untuk mereka-mereka yang berkhidmat ini merujuk suara yang anda sampaikan ini.

(nyatakan ditujukan kepada siapa)

(nyatakan kawasan mana - jika terlibat)

(nyatakan nama anda ataupun nama nickname anda, dan jika mahu nyatakan juga cara untuk mereka menghubungi anda)

(catatan anda)

contohnya:

kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

dun chempaka, kota bharu, kelantan.

daripada e Pemuda PAS

syabas dan tahniah di atas kembali lagi Tuan Guru ke kawasan ini. diharap suntikan-suntikan agama lebih rancak dijalankan di sini. insyaALLAH… :)

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

25 responses to “||| ‘TO’ Wakil Rakyat”

14 03 2008
e Pemuda PAS (13:01:35) :

kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

dun chempaka, pengkalan chepa, kelantan.

daripada e Pemuda PAS

syabas dan tahniah di atas kembali lagi Tuan Guru ke kawasan ini. diharap suntikan-suntikan agama lebih rancak dijalankan di sini. insyaALLAH… :)

16 03 2008
e Pemuda PAS (17:58:21) :

kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

DUN Chempaka, Pengkalan Chepa, Kelantan.

daripada e Pemuda PAS.

diharap kawasan tapak pasar malam di persimpangan lampu isyarat di antara jalan hospital dan jalan dato’ lundang dapat diubah ke tapak yang lebih sesuai. keadaan trafik yang sesak dapat mengundang apa-apa sahaja yang tidak diingini. lagi dibimbangkan, keadaan keselamatan kanak-kanak kecil yang lalu lintas di kawasan tersebut. saya, yang hanya prihatin. :)

22 03 2008
Sham Penang (20:52:03) :

Tahniah buat yang calon Pas menang Pilihanraya ke 12….laksaanakn amanah Allah dlm menjalankan khidmat buat rakyat…dan ingatlah…islam kerna parti PAS ? Islam Kerna berbangsa Melayu? Islam Kerna Keturunan Islama? semua tu x daak ……
Islam = Mengucap menerima Shahadah dari guru2 yg arifbillah…dan menfardukan islam ke ats diri melalui anggota hati dan lidah…..
sempurna syahadaah sempurna iman seseorg..x sempurna shahadah maka cacat la iman islam sesorg…..
Kafirkaan matikan diri kita sendiri lebih afdaal dr mengkafirkan org…
Assalamualaikum
Hanya allah dan rasulNya yg lebih mengetahui

24 03 2008
Shamiezan Penang (17:36:18) :

KURANG AJAR UMNO….SULTAN /RAJA2 MELAYU CUBA DIPERLEKEH..BANGUNLAH ASKAR2 MELAYU PI TANGKAP SEMUA PEMIMPIN UMNO N BN …AMBIK ALIH PEMERINTAHAN KEMBALIKAN KUASA RAJA2 MELAYU!!!!!
RAJA MELAYU KETUA AGAMA ISLAM JADIK TUNGGU APA???
KURANG AJAR UMNO!!!!!!
SULTAN DAN RAJA2 MELAYU KAMI JGN DIPERLEKEH!!!FAHAM??ORG2 UMNO!!! JGN CUBA BERMAIN API!!!
RUKUN NEGAR YANG KE2 DI TENTANG UMNO AP TUNGGU LAGI..TANGKAP PEMIMPIN2 UMNO!!!

27 03 2008
AbangJebat (19:07:04) :

ASKAR MELAYU DIRAJA MALAYSIA ADALAH TENTERA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG. GUNAKAN KUASA DAN AMBIL ALEH STESYEN TV3 DAN RTM!!!! SERAHKAN KEPADA KERAJAAN BARISAN RAKYAT !!!!!

28 03 2008
Mat Tobii (17:14:13) :

Kepada MB Selangor dan Esco bahagian Hal Ehwal Islam tolong pantau stesyen TV dari Media Prima dan Astro berkaitan aurat wanita Islam sebabnya kedua -dua stesyen TV berada di tanah Negeri Selangor. Selamat melakukan perubahan Takbir.

29 03 2008
Midhi (20:45:35) :

Kepada pengendali TV pas saya satu kemuskilan disini:
Mengapa digunakan suara wanita sebagai suara latar bagi program video pas?
Bukankah suara wanita itu aurat?

30 03 2008
YISMA (03:51:34) :

Kepada YB DUN dan Parlimen di Kulim Bandar Baharu bila lagi nak buka Pusat Khidmat di kawasan anda. Dan 3 minggu dah menang tak kan masih terkejut lagi.

30 03 2008
blong (08:54:14) :

Kepada Tn Hj Saari Sungib, Hulu Kelang

Harap dapat pantau MPAJ jaga kebersihan di Pusat Bandar Taman Melawati. Sampai berlonggok contohnya di Jalan Bandar 2. Suadh pernah adukan tetapi tiada tindakan. Tempat kumpul sampai di sesetengah bandar di Pantai Timur jauh lebih baik.

Boleh hubungi balik melalui e-mail saya.

Terima kasih.

emel: burhanlong@yahoo.com.sg

31 03 2008
BlackTaker (10:55:25) :

Kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Wakil rakyat Pas Pengkalan Berangan

Parlimen Marang, Dun Pengkalan Berangan.

Daripada Penyokong Pas, Kg. Serating, Merchang.

Allhamdulillah TGHA telah berjaya dlm PRU12 di peringkat DUN dan Parlimen. Syabas dan tahniah di atas kemenangan kawasan ini. Harapan saya, diharap suntikan-suntikan agama dan ceramah lebih kerap dilakukan di Merchang terutama di kampung saya sendiri iaitu di Kg Serating, Merchang, DUN Pengkalan Berangan. Ini adalah kerana golongan kampung di sini masih lagi ketinggalan terutama info semasa politik. Mereka masih dan lebih tertumpu kepada dakyah yang dibawa oleh Be End yang lebih efisien mendekati masyarakat kampung terutama golongan muda. Walaupun bilangan penduduk adalah kecil, pendekatan ini adalah perlu kerana saya melihat Be End lebih aktif mempengaruhi minda-minda penduduk dalam pelbagai aspek. Saya percaya minda-minda mereka ini mudah dipecahkan jika ada pendekatan yang terus kepada mereka ini daripada wakil PAS. Majoriti mengatakan mereka dipinggir dari didekati oleh wakil PAS. Walaupun mereka dijanjimaniskan oleh Be End, mereka lebih senang menyokong Be End daripada PAS. Wassalam…

31 03 2008
Puan Saripah (11:27:07) :

Kami dari penduduk Lembah Maju Ampang, berharap pihak tuan dapat memantau pretasi MPAJ dan contractor yg berkenaan, kerap kali sampah2 dari longkang besar dilongokkan setelah kerja pembersihan longkang dilakukan. Sampah berkenaan dibiarkan dihadapan kawasan perumahan penduduk tanpa dibersihkan dan hampir selama sebulan dibiarkan jika tiada penduduk yg membuat aduan . Malah ini bukan kali yg pertama kerana setiap kali longkang besar dibersihkan sampah akan dia biarkan tanpa dibersihkan. Setiap kali penduduk terpaksa membuat panggilan kepada pihak berkuasa bagi membersihkan sampah tersebut. Pihak Penduduk terpaksa menahan bau busuk dan nyamuk serta dan ini boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kepada penduduk jika masalah ini tidak diselesaikan.

Aduan demi aduan tetapi tiada tindakan diambil. Kami berharap agar ampang akan menjadi bandar yg bersih dan selamat dari penyakit untuk diduduki.

Kami berharap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini.

Email saya : tamy1308@yahoo.com

2 04 2008
mullah omar (13:37:16) :

kepada pemimpin umno negara.
jika kekalahan pilihanraya baru2 ini, di sebabkan tanda protes rakyat. itu salah satu tanda, serta amaran bahawa, rakyak tidak mahukan kemewahan sentiasa. malah, rakyat ingin mahukan pembaharuan dalam kehidupan lebih2 lagi sebagai anak bangsa melayu, yang beragama islam ,dharapkan pemimpin umno sedar diatas kelemahan diri, berubahlah demi agama dan bangsa, jangan lah asyik memirkirkan tentang keduniaan semata2… bersatu padu itu penting dalam mencorakkan perjalanan kehidupan yang diamanahkan oleh allah…

3 04 2008
Malik Jutawan Senyap (00:54:10) :

Assalamualaikum WBT
Salam konteks perdana.
Syukur kepada Allah Yang Maha Esa, kerana dengan berkatnya ,kerajaan berteraskan agama islam semakin kukuh dan berkembang diserata tanahair.
Semoga amanah yang diberikan dilakukan dengan seikhlas mungkin demi berkat dan rahmat Allah SWT.

73,Cherio0
Wassalam..

4 04 2008
morazdi68 (00:35:23) :

Assalamualaikum WBT

Syabas kepada kepimpinan & sukarelawan PAS diatas komitmen yg ditunjukkan,
teruskan perjuangan demi AGAMA & NEGARA.
Kepada pemimpin PR,jangan hampakan kami yang berada dibawah.Kami tahu
masalah2 yang sedang dihadapi.Kami menanti arahan selanjutnya.
Kepada Yang Di Pertuan Agung,restuilah perjuangan kami.Jadikan negara ini Negara Berkebajikan.Daulat Tuanku.

TAKBIR

7 04 2008
ahli Pktn Rkyt (19:04:59) :

Kpd YB DSAI, Tolonglah jgn bertanding lagi dlm pilihanraya kecil, kerana BN akan guna segala taktik2 kotor dan kesemua mrk turun padang serta menumpu kpd plihanraya kecil. Mereka akan guna taktik kotor dan dosa dan noda utk memastikan DSAI kalah .DSAI mesti tunggu PRU ke 13 baru bertanding, krn klu PRU masing2 terpaksa menumpu kwasan msg2, mk mrk x sempat membantu merencanakan taktik2 kotor utk mengalah DSAI slm PRU ke13. Sekrg pastikan Pakatan Rakyat x buat silap dan jgn bertelagah krn BN sedang memerhatikan & merencanakan berbagai agenda utk melumpuhkan Pktn Rakyt. Pktn Rakyt mesti byk bertoleransi antara 1 sm lain. OK. Good Luck and wish PR success in PRU 13.

8 04 2008
Khairul (08:37:52) :

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu tahniah kepada Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sbg Menteri Besar Perak yang baru. Saya merupakan pengundi di Parlimen dan DUN Kg. Gajah. Saya berharap agar yg berhormat dapat meminta Ustaz Mustafa agar memantau kelakuan ahli² dan penyokong² PAS di kawasan tersebut terutama di kg. Pulau Gajah dan kg. Pulau Besar. Kelakuan mereka yg suka menimbulkan kekecohan dan pergaduhan menyebabkan org kampung tidak mahu menyokong PAS.

9 04 2008
Si Anak Malaysia (17:21:46) :

Kita Berkemampuan Menjadi Wali Tuhan Yang Menyelamatkan Dunia

Masalah Disiplin menjadi semakin serious di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia. Berita mengenai perbuatan jahat di sekolah seperti membakar sekolah, pergaduhan, memukul cikgu, ponteng, memasuki kongsi gelap kerap kali disiarkan dalam suratkhabar. Sesetengah sekolah mengambil tindakan “membuang sekolah” dengan harapan ketiadaan golongan yang membuat kacau ini di sekolah akan membawa kesejahteraan terhadap suasana di sekolah. Malangnya mereka yang dibuang akan menghadapi masalah mencari kerja. Mereka akan melepak, menghisap dadah, menjadi ahli kongsi gelap dan membawa banyak masalah kepada masyarakat dan negara.

Pemuda-pemudi sebenarnya merupakan aset kepada pembangunan negara. Kehadiran mereka bagaikan matahari yang baru terbit dari timur membawa harapan dan nafas baru kepada nusa dan bangsa. Malangnya, pemuda-pemudi sekarang menghadapi keruntuhan akhlak yang amat serious. Kebanyakan mereka tidak menghormati orang tua, bersikap mementingkan diri sendiri, tidak bertanggungjawab, suka membuang sampah merata-rata tempat, tidak mengakui kesalahan diri dan asyik menolak kesalahan kepada pihak lain, tidak mengikut ajaran agama sendiri, tidak mengenang budi, asyik mengejar trend baru barat…. Apa sudah berlaku terhadap pemuda-pemudi kita? Mereka yang sepatutnya merupakan aset kepada negara sudah bertukar menjadi liabiliti kepada negara, beban kepada masyarakat dan kerajaan, lebih-lebih lagi mereka mungkin membawa ancaman kepada kesejahteraan negara!

Harapan Malaysia untuk terus maju dan aman akan menjadi impian yang tidak dapat dicapai selagi dasar pendidikan kita tidak dapat melahir generasi baru yang berakhlak mulia dan beriman. Generasi yang pentingkan diri sendiri dan bersikap tamak hanya akan mepercepatkan proses keruntuhan bangsa dan negara! Seorang doktor yang mempunyai pengetahuan yang tinggi jika tidak berakhlak mulia mungkin enggan menghulurkan bantuan kepada pesakit yang berada di pinggir kematian kerana pesakit itu tidak mampu membayar; seorang Hakim besar yang tidak beriman mungkin melepaskan pesalah yang boleh menjahanamkan ketenteraman masyarakat kerana menerima rasuahnya; seorang Saintis yang berilmu tetapi tidak mencintai negara mungkin menjadi terrorist dan mencipta sejenis bom yang boleh meruntuhkan Menara Berkembar dalam sekelip mata!; seorang peniaga yang berjaya tetapi tidak bertanggungjawap mungkin menghasilkan produk makanan yang mengandungi bahan kimia terlebih piawaian yang boleh membawa penyakit kanser kepada semua penggunanya!……. Contoh-contoh di atas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan moral, pendidikan agama dan pendidikan sosial terhadap negara dan bukannya pendidikan yang hanya memperkembangkan potensi dan mempertingkatkan pengetahuan!

Jika kita meninjau pendidikan pada zaman ini, kita akan mengetahui akar umbi masalah sosial yang semakin meningkat! Pendidikan keluarga sudah lenyap pada zaman ini, kebanyakan ibu sekarang melepaskan tanggungjawab sebagai pendidik usul kepada anak dan bekerja di luar. Dengan harapan dapat menonjolkan kehebatan mereka dalam persaingan dengan golongan lelaki dalam semua lapisan pekerjaan. Amat dikesali tanggungjawab mulia mereka sebagai pendidik dan usaha mereka yang disifatkan “tangan yang menghanyun buaian boleh mennggoncangkan dunia” sudah diabaikan! Generasi muda kita sudah kehilangan satu peluang keemasan untuk memupuk benih-benih sahsiah mereka!

Pendidikan agama sekarang tidak diberi galakan yang sepenuhnya. Pendidikan mulia dan benar bagi agama masing-masing tidak diajar. Kegiatan sembahyang harus disusuli oleh ajaran agama terutamanya Ibadah-Ibadah. Agama sepatutnya merupakan sebahagian daripada hidup kita dan bagaikan pedoman dan pelita kepada kita! Tetapi generasi sekarang menganggapnya sebagai belenggu kepada mereka. Sembahyang menjadi satu “routine” malah terdapat sesetengah penganut mengambil kesempatan “Sembahyang” untuk kegiatan yang lain seperti berehat dan melepak! Lebih-lebih lagi, sekarang agama sudah menjadi alat mempengaruhi pemikiran oleh “terorrist” untuk melancarkan kegiatan menjahanamkan negara. Semua ini menunjukkan ajaran Ibadah tidak dipentingkan. Jika Inti agama iaitu ajarannya tidak dipupuk, agama akan menjadi bangkai yang ketiadaan roh! Matlamatnya untuk melahirkan penganut yang berkepercayaan kepada Tuhan dan berakhlak mulia tidak mungkin dicapai!

Pendidikan di sekolah hanya mementingkan prestasi akademik pelajar dan pendidikan moral diabaikan. Sungguhpun ia dijadikan subjek wajib untuk peperiksaan tetapi kebanyakan pelajar menganggapnya sebagai matapelajaran yang perlu hafal tetapi tiada kena-mengena dengan tata tertib seharian atau dengan kata lain ia hanya teori dan tidak dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian. Mereka hanya menghafalnya untuk bersedia untuk peperiksaan dan lupakannya selepas peperiksaan. Ini adalah kerana guru yang mengajarnya tidak memberi tunjuk ajar yang benar dan sendiri tidak menjadi teladan yang baik kepada murid. Atau pada kata lain, guru hanya tahu mengajar murid bersopan santun tetapi sendiri tidak menunjukkan sikap sopan-santun apabila bergaul dengan rakan sekerja, guru mengajar murid bersikap bertanggungjawab tetapi sendiri selalu melepaskan tanggungjawab sendiri kepada orang lain. Apa sebenarnya sudah berlaku terhadap kualiti guru sekarang? Ini bukan salah mereka kerana mereka juga mangsa pendidikan sekarang. Mereka tidak menerima pendidikan keluarga yang baik, pendidikan Agama yang benar dan sebaliknya menerima pendidikan sekolah yang hanya pentingkan persaingan ! Jadi bagaimana seorang guru yang tidak beriman dan berakhlak mulia dapat melahirkan anak murid yang berakhlak mulia dan bersopan? Bagaikan bagaimana bapa ketam yang berjalan senget dapat mengajar anaknya berjalan betul !?

Pendidikan sekolah sekarang mengajar pelajar-pelajar bersaing. Pencapaian mereka dinilai dengan keputusan akademik mereka. Ibu-bapa akan berasa bangga jika anaknya dapat mengatasi anak jirannya dalam kedudukan peperiksaan dan bukan nilai sahsiahnya! Sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan cina sekarang asyik mengadakan kelas “elite” iaitu kelas yang hanya disediakan untuk pelajar yang terunggul dalam semua matapelajaran. Kelas ini mementingkan prestasi akademik dengan harapan pelajar-pelajarnya dapat mencapai semua A” dalam peperiksaan Tahun 6! Oleh kerana itu, pelajar-pelajarnya dipaksa membuat sekurang-kurangnya 10 jenis latihan kerja setiap hari. Ada sesetengah pelajar memberitahu saya bahawa mereka terpaksa membuat latihan kerja sampai pukul 1 malam! Terdapat juga yang dipaksa membuat 100 soalan mathematik dalam sehari! Pelajar-pelajar ini sudah menjadi “mesin” membuat kerja sekolah dan ini amat buruk untuk perkembangan mental mereka. Mereka akan hilang minat terhadap pelajaran dan benci kepada sekolah apabila mereka melanjut ke Sekolah Menengah! Lebih-lebih lagi, sikap suka bersaing dan mementingkan diri sendiri yang dipupuk sejak umur yang kecil sebegini akan dibawa sekali apabila mereka bekerja dalam masyarakat. Mereka menjadi tamak kepada pangkat atau bermata duitan dan sanggup melakukan apa sahaja yang mungkin mengancam kesejahteraan orang lain!

Amat dikesali pendidikan sosial sekarang bukan sahaja tidak menyebarkan nilai-nilai mulia dan kerohanian sebaliknya mencemarkan lagi pemikiran pemuda-pemudi yang sudah keruntuhan akhlak! Tiap-tiap hari pemuda-pemudi kita didedahkan kepada filem-filem yang mengandungi unsur-unsur keganasan, lucah, bunuh-membunuh, saling berdendam, tidak menghormati orang tua, tidak bersopan… Mereka menjadi peminat-peminat kepada bintang-bintang filem samada dalam negeri atau luar negara, Barat atau Timur. Mereka asyik mengikut trend pakaian bintang diminati mereka yang kebanyakkannya kurang sopan dan seksi! Sejak kebelakangan ini, internet sudah menjadi begitu popular di kalangan muda. Internet sudah menjadi ruang untuk mereka bergaul secara bebas dan tempat untuk mereka melayari “website” berunsur lucah dan keganasan! Pemuda-pemudi kita menghadapi pencemaran pemikiran yang paling teruk dan tidak pernah berlaku sebelum ini!

Perkembangan ini jika tidak diberi perhatian dan mengambil tindakan yang sepatutnya akan mengakibatkan keruntuhan nusa dan bangsa! Sekarang hanya 2 orang yang dapat menyelamatkan negara! Satu ialah orang yang memegang tunggak pemerintahan, orang yang dapat meminda dasar pendidikan dan satu lagi ialah orang yang menguasai media!

Bagaimana seorang pemerintah dapat menyelamatkan keadaan sekarang? Negara Britain menjadi satu contoh yang baik kepada kita. Pada 6 hb July 1994, semua pelajar samada dari sekolah-sekolah kerajaan atau sendirian dari umur 5 tahun hingga 16 tahun diwajibkan mengambil 2 matapelajaran agama : 1 agama Christian(wajib) + 1 agama pilihan daripada 5 agama besar England selain Christian -Islam, Buddhism, Hinduism, Judaism dan Sikhism. Dasar ini dilancarkan memandangkan golongan muda Britain menjadi semakin keruntuhan moral! Negara Britain dapat memulihkan adat murni mereka dalam beberapa tahun dan mengelakkan diri daripada mengekori langkah Amerika yang penuh dengan masalah sosial. Negara kita boleh mencontohi negara Britain dengan mewajibkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah menpelajari sekurang-kurangnya sejenis agama. Selain itu, unsur-unsur ajaran Confucisme harus dimasukkan dalam sllybus pendidikan moral. Negara China merupakan negara yang paling aman di dunia. Tidak pernah melancarkan peperangan ke atas negara lain. Penduduknya dipengaruhi oleh pendidikan Confucisme. Manakala negara maju seperti Jepun dan Korea terkenal dengan penduduknya yang tekun, taat kepada syarikat dan orang atasan. Jika ditinjau secara mendalam anda akan mendapati bahawa pendidikan Confucisme merupakan faktor utamanya! Diharapkan pihak berkenaan terutamanya Kementerian Pendidikan dapat menerima cadangan di atas demi kebaikan generasi muda kita!

Selain itu, orang yang menguasai media juga amat penting. Jika salah satu station TV atau radio dapat digunakan untuk menayangkan rancangan-rancangan yang berunsur pendidikan moral dan agama sepanjang 8 jam setiap hari. Saya boleh menjamin negara kita akan boleh mencapai Wawasan 2020 dalam 10 tahun atau lebih awal sebagai sebuah negara yang maju bukan sahaja dari segi teknologi, ekonomi tetapi beradat dan bermoral. Masalah sosial seperti rompak, curi, lepak, hisap dadah, rasuah, terrorist akan hilang dalam 5 tahun! Ini adalah kerana pengaruh media ini sangat luas dan efektif. Siapa yang tak didedahkan kepada TV atau radio setiap hari?

Akhirnya diharapkan Tuan-Tuan dan Puan-Puan sama-sama menyelamatkan pemuda-pemudi kita daripada terjatuh ke dalam lembah kemusnahan! Terutamanya hendak mengesyor kepada mereka yang mempunyai kuasa supaya mengambil tindakan yang sewajarnya demi negara dan bangsa! Satu keputusan anda boleh menentukan masa depan negara!

Anda berkemampuan menjadi Wali Tuhan yang menyelamatkan negara.

“Bersama-sama Kita Menyelamatkan Malaysia, negara yang kita cintai semua!”

9 04 2008
Si Anak Malaysia (17:25:27) :

Pendidikan Ala Barat Punca Kemusnahan Dunia

Pendidikan merupakan Teras Pembangunan Negara. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berkepercayaan kepada Tuhan, taat kepada negara, menghormati ibu-bapa dan orang tua, mencintai alam semulajadi, bersemangat perpaduan, saling bantu-membantu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan mempunyai nilai-nilai murni lain yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Seorang yang berilmu tetapi tidak bermoral dan bencikan negara boleh menyalahgunakan pengetahuannya untuk tujuan yang salah dan menghancurkan negara. Manakala seorang yang sungguhpun tidak berilmu tetapi bermoral dan bertanggungjawab sanggup menyumbangkan seumur hidupnya untuk pembangunan negara. Oleh itu, pendidikan moral dan agama berperanan lebih penting jika dibandingkan dengan pendidikan akademik dalam menentukan masa depan negara! Hakikat ini harus dikenalpasti dan diinsafi oleh kita semua terutamanya dalam pemindaan Dasar Pendidikan Negara!

Cara pemikiran orang Timur selalu dipengaruhi oleh cara pemikiran Barat. Sejak beratus tahun kebelakangan ini, Falsafah Barat sudah menjadi pemikiran dominan dalam kebanyakan negara sekarang. Kita mempunyai konsep bahawa hasil ciptaan Barat adalah terbaik dan terunggul, “Bulan Purnama Barat selalu Cantik dan Berseri”. Kita dibelenggu oleh konsep ini sejak beratus-ratus tahun. Pada hakikatnya bukan semua pemikiran ini adalah baik dan sesuai untuk adat istiadat tempatan. Contoh yang paling menonjol ialah cara pendidikan Barat! Pendidikan Barat mementingkan persaingan, anak-anak murid diajar supaya bersaing dari segi akademik, kokurikulum, sukan dan pertandingan-pertandingan lain! Galakan dari segi mental atau material selalu diberi kepada mereka yang berprestatasi baik dalam akademik dan kokurikulum. Ibu-bapa juga selalu memberi ganjaran wang atau hadiah kepada anak mereka jika mereka memenuhi matlamat yang ditetapkan oleh mereka! Sekolah ini menjadi “Medan Persaingan”. Anak-anak murid dari segi permukaan menunjukkan sifat yang aktif dan bersemangat tetapi pada hati kecil mereka sebenarnya telah mula ditanam unsur-unsur kemusnahan negara dan dunia! Cara pendidikan Barat ini dalam kata lain sebenarnya menolak dunia ini ke lembah kemusnahan! Andaian Ini adalah tidak keterlaluan jika kita meninjau secara mendalam : “Persaingan” jika dinaikkan tarafnya akan berkembang menjadi ” Persengketaan”, “Persengketaan” ini jika dipertingkatkan tarafnya akan berkembang menjadi “Peperangan”, “Peperangan” ini jika tidak dapat disekat dan biarnya bertambah teruk akan membawa kemusnahan dunia atau “Hari Kiamat”. Jadi cara pengajaran Barat sebenarnya bukan membawa kepada kemajuan tamudun dunia sebaliknya memusnahkan Dunia!

Jika kita semua meninjau perkembangan dunia sekarang anda akan bersetuju dengan pendapat saya! Sebagai contohnya, Amerika Syarikat merupakan negara Barat yang melancarkan Dasar Pendidikan ala Barat yang pentingkan persaingan. Negara ini penuh dengan kes-kes pembunuhan, rogol dan masalah-masalah sosial yang lain. Pemerintah-pemerintahnya selalu melancarkan peperangan ke atas negara lain jika didapati negara berkenaan tidak mengikut ideologinya. Kesengsaraan dan kematian beratus ribu penduduk Vietnam, Korea Utara, Iraq, Afganistan akibat serangan Amerika menghuru-harakan keamanan dunia! Permusuhan yang ditimbulkan oleh Amerika di merata-rata dunia akhirnya menerima balasan pengeboman Menara Kembarnya pada beberapa tahun yang lalu. Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa “Perperangan” yang merupakan hasil “Persaingan” ini tidak dapat menyelesaikan masalah persengketaan dunia! Ia hanya akan menjadikan keadaan bertambah teruk. Permusuhan bertambah serious! Apakah faktor akar umbinya!? Pendidikan yang salah!

Sebaliknya, pendidikan di Timur samada ajaran Islam, Buddisme,Taosime atau Confuciasme mengajar kita cintai-mencintai, hormat-menghormati, saling bantu-membantu dan bertolak-ansur! Semua ini merupakan faktor kemajuan bangsa dan perkembangan negara. Hanya dengan sikap tidak mementingkan diri sendiri barulah kita sanggup menyumbangkan tenaga untuk membantu orang lain, bangsa lain malah negara kita. Sebenarnya, mengikut Taoisme, pada hakikatnya semua benda hidup dan bukan hidup dalam “universe” ini merupakan “Satu Entiti”. Tiada beza antara “Saya” dengan “Dia”. Bagaikan sepohon pokok, ia nampaknya berbeza pada daun-daunnya tetapi jika meneliti secara mendalam sebenarnya memiliki akar yang sama! Sebagai contoh jika kita membuang sampah di luar kawasan rumah dengan harapan hidup kami akan bersih,nyaman dan sihat ! Harapan ini tidak akan dapat dicapai kerana alam sekitar yang kotor akibat sikap tidak bertanggungjawap kita akhirnya akan menjadi tempat pembiakan nyamuk denggi. Kita berkemungkinan besar tidak dapat terlepas daripada menjadi mangsa kepada penyakit denggi! Jadi pendidikan Timur yang merupakan ajaran daripada Tuhan atau nenek moyang yang beriman ini sebenarnya ajaran yang mempedomankan kita ke arah kecerahan, membawa umat manusia ke arah perpaduan dan kesejahteraan!

Manusia dalam dunia ini yang kehilangan pendidikan agama dan moral semakin hari semakin lenyap dalam gelombang keruntuhan akhlak. Kita dendam-mendendami sesama sendiri dan bunuh-membunuhi bagaikan binatang buas yang tiada peri kemanusian! Manusia ini jika tiada ajaran agama dan moral hanya tahu mengejar apa jua yang dapat memenuhi hawa nafsunya. Dia sanggup memusnahkan sesiapa sahaja yang menjadi batu halangan dia. Terdapat satu kes yang berlaku di Sichuan, China, di mana seorang budak kecil membunuh ibu-bapanya dengan membubuh racun dalam makanan mereka. Motif membunuhnya adalah kerana dia ingin mendapat duit pampasan insuran yang sebanyak 10 ribu Renminbi dan dengan wang ini dia boleh membeli telefon Bimbit idamannya! Perkara ini amat dahsyat kerana seorang budak sanggup membunuh ibu-bapa yang melahirkannya dan mengasuhnya selama ini demi mendapatkan satu telefon bimbit! Ini merupakan tanda kepada “Hari Kiamat”! Budak ini merupakan mangsa kepada Dasar Pembukaan Ekonomi China dan pendidikan China yang menghapuskan ajaran Confuciasme dan Taoisme akibat revolusi kebudayaan yang berlaku pada 50an. Dengan mengetahui masalah yang dialaminya, China sejak pemerintahan Jiang Je Ming telah memulihkan pengajaran Confucisme dan agama dengan harapan negaranya bukan sahaja dapat menjadi Naga Besar Ekonomi dunia tetapi juga unggul dari segi adat dan kebudayaan!

Dunia sekarang dikata “Dunia Binatang Buas”, Dunia ini bagaikan “Neraka”! Penduduknya tidak lagi sayang-menyayangi, sudah tidak percaya kepada ajaran Tuhan! Kita sendiri akan menerima padahnya! Malapetaka “Tsunami” yang berlaku pada dua tahun yang lepas memberi ajaran yang baik kepada kita. Seluruh tanah Acheh dilenyap dan dihanyutkan. Hanya tempat bersembahyang dan berhala yang tertinggal. Budak Indonesia yang merupakan pembina masjid didapati masih hidup sungguhpun berapung dalam laut selama 21 hari. Inilah keajaiban yang sebenarnya pengajaran daripada Tuhan bahawa hanya mereka yang betul-betul mengikut ajaranNya yang akan hidup dan aman! Malapetaka ini sebenarnya balasan daripada perbuatan jahat negeri Acheh! Acheh mempunyai aktiviti pertanian ganja dan dibelenggu masalah “Tentera Pemberontakan” ! Jadi, kita perlu insaf dan memulihkan ajaran agama dan moral demi kesejahteraan kita!

Terdapat satu cerita yang amat bermakna dan ingin saya berkongsi dengan anda semua! Cerita ini adalah seperti berikut : Tuhan amat mencintai penduduk-pendudukNya samada mereka yang tinggal di Syurga atau Neraka. Setiap hari, Tuhan menghantar banyak makanan yang sedap dan berkhasiat ke Syurga dan Neraka. Kualiti dan kuantiti makanan yang dihantar ke Syurga dan Neraka adalah sama dan tiada perbezaan. Semua penduduk samada Syurga dan Neraka berhak menikmatinya tetapi dengan syarat mesti memakannya dengan menggunakan garpu yang sangat panjang(Panjangnya 15 kaki). Pada suatu hari, terdapat Pesuruh yang datang melaporkan kepada Tuhan bahawa penduduk-penduduk di Syurga semua hidup dengan bahagia kerana kurniaan makanan Tuhan yang mencukupi, tetapi penduduk-penduduk di neraka pula tiap-tiap hari hidup dalam kelaparan dan kesengsaraan! Tuhan berasa hairan lalu menghantar Pesuruh pergi menyiasat dengan teliti demi mencari faktornya! Selepas siasatan, didapati bahawa kelaparan penduduk-penduduk neraka adalah kerana mereka berebut-rebut untuk mendapatkan makanan apabila makanan dihidangkan. Ini menyebabkan banyak makanan terjatuh ke atas lantai. Sungguhpun terdapat yang mendapat makanan dengan garpu panjang mereka tetapi menghadapi masalah untuk menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulut! Ini adalah kerana garpunya terlalu panjang! Lebih panjang daripada tinggi badannya! Sebaliknya penduduk-penduduk syurga apabila makanan dihidangkan akan bertolak ansur sesama sendiri dan ini menyebabkan mereka senang mendapat makanan mereka. Selain itu mereka yang mendapat makanan dengan garpu panjang akan menghantarnya kepada mulut kawan sebelahnya. Manakala kawan sebelahnya pula sebagai balasan akan menghantar makanan ke dalam mulutnya. Akhirnya semua penduduk Syurga gembira dan kenyang mejamu selera! Cerita di atas memberi pengajaran kepada kita bahawa “Cinta Tuhan kepada manusia adalah adil dan tiada perbezaan”. KurniaanNya kepada kita adalah besar dan tidak mengira kaum. Hanya mereka yang betul-betul mengikut ajaranNya dan memiliki hati “Cintai orang lain” seperti Tuhan baru dapat menikmatinya! Sebenarnya tiada beza di antara syurga dan neraka, yang beza hanya hati kita! Jika kita memiliki hati tidak pentingkan diri dan tidak tamak, ingin menolong orang lain, cintai bangsa dan negara, hidup kita bagaikan hidup di Syurga! Jika kita berhati tamak, bermata duitan, dendam-mendendami sesama sendiri, hidup kita ini bagaikan hidup di neraka! Sekarang kita tahu mengapa terdapat negara yang makmur dan aman di dunia ini dan terdapat negara yang miskin dan penuh penderitaan!? Ini semua terpulang kepada hati kita! Dan yang mengubah hati kita itulah Pendidikan Agama Dan Pendidikan Moral!!!!

Generasi muda yang dilahirkan oleh Pendidikan ala Barat hanya mementingkan diri-sendiri. Mereka diajar bersaing sejak kecil lagi. Bersaing dalam kedudukan dalam kelas, bersaing dalam pertandingan sukan, apabila mereka memasuki masyarakat untuk bekerja, mereka asyik bersaing dengan rakan sekerja dari segi pangkat kerja, bersaing dari segi pakaian, kereta atau rumah dipakai. Budaya suka bersaing itu, ditambah pula dengan ketiadaan nilai-nilai murni menyumbang kepada punca masalah sosial dan ekonomi negara. Seterusnya, mengancam keamanan dunia! Sebenarnya sikap bertolak ansur, saling membantu dan menghormati inilah yang sejajar dengan hasrat Tuhan dan selaras dengan keseimbangan alam! Pada hakikatnya, semua hirarki organisasi samada Kerajaan, Pertubuhan, Syarikat atau Keluarga hanya mengizinkan kewujudan satu pemerintah sahaja dan ahli-ahli yang lain merupakan pengikut-pengikutnya! Sebagai contoh, satu kerajaan itu hanya mempunyai seorang Perdana Menteri atau Presiden dan yang lain seperti Timbalan dan Menteri-menteri merupakan pengikut atau pembantunya; Sebuah syarikat hanya terdapat seorang Majikan atau Pengerusi dan yang lain merupakan pekerjanya yang membantu! Mereka yang menjadi ketua akan mengetuai kumpulannya ke arah matlamat yang ingin dicapai manakala mereka yang merupakan pengikut berperanan sebagai penyokong(supporting role). Struktur organisasi ini barulah sihat dan sesuai untuk perkembangan dan kemajuan! Di sini, sifat taat kepada ketua atau orang atasan dan sikap bekerjasama amat diperlukan untuk menjamin struktur di atas tidak dijejaskan! Amat dikesali, pendidikan sekarang mengajar kita bersaing dan nilai taat dan hormati orang atasan tidak ditanam dalam sanubari kita. Pekerja-pekerja sekarang tidak berpuas hati menjadi pengikut sahaja! Mereka mengidam-idam untuk menjadi ketua, menjadi “Boss” atas dorongan nafsu suka bersaing yang dipupuk sejak dari kecil! Ini menyebabkan sikap bekerja yang tidak betul dan tidak bertanggungjawab. Produktiviti syarikat dijejaskan. Mereka selalu mencari peluang untuk merampas pelanggan syarikatnya dan membuka syarikat baru. Adalah harus diingati bahawa jika banyak syarikat yang sama dalam industri yang sama akan menyebabkan penawaran lebih daripada permintaan dan ini boleh menjejaskan harga jualan. Selain itu, mungkin terdapat banyak yang membuka syarikat tetapi disebabkan kurang pengalaman mengalami bankrap atau menghasilkan produk yang berkualiti rendah! Ini bukan sahaja membazirkan sumber alam tetapi juga menimbul suasana persaingan dalam industri ini yang tidak sihat! Budaya bersaing ini juga mendatang ancaman kepada negara. Mereka yang tidak bernilai taat kepada pemerintah dan gilakan kuasa mungkin menlancarkan pemberontakan untuk menggulingkan kerajaan sekarang supaya dapat menjadi “Raja”! Jadi pendidikan mengajar kita bersaing ini sebenarnya mengajar kita menjadi “penduduk neraka” atau dengan kata lain ia menolak kita ke lembah kemusnahan!

Disebabkan itu, dasar pendidikan yang mengutamakan pendidikan agama dan moral adalah perlu untuk masa kini yang penuh dengan masalah sosial dan ancaman negara! Pendidikan agama dan moral harus diubahsuaikan dalam bentuk yang sesuai untuk standard pelajar. Untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, pendidikan agama dan moral harus dipersembahkan dalam bentuk cerita yang menarik dan senang difahami (seperti cerita di atas!) supaya proses pembelajaran dan pengajaran menjadi efektif dan senang! Pelajar-pelajar tidak harus dipaksa menghafal sahaja tetapi tidak tahu erti pengajarannya. Ini akan menyusahkan pelajar mempraktikkannya dalam hidup seharian! Matapelajaran Bahasa samada Bahasa Melayu, Cina dan India harus dijadikan media untuk pengajaran moral dan agama. Atau dalam kata lain, cerita-cerita berunsur moral dan agama yang mengandungi erti keinsafan harus diterapkan dalam buku Bahasa supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari nilai-nilai murni dan sahsiah bila belajar bahasa! Apabila kita meninjau buku-buku Bahasa terbitan baru untuk sekolah rendah akan mendapati ia mengandungi pengajaran tatabahasa yang amat sulit yang kebanyakannya standard untuk pelajar kaji bahasa dalam universiti. Saya berasa tujuan pembelajaran bahasa dalam sekolah rendah ialah mengajar mereka bagaimana menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan melengkapi mereka dengan perkataan-perkataan asas yang membolehkan mereka mempelajari subjek lain! Ia bukan bertujuan untuk mengajar semua pelajar menjadi ahli bahasa! Mereka yang pandai bahasa tetapi tidak bermoral mungkin menjadi penulis novel lucah apabila mereka besar dan mencemarkan pemikiran masyarakat!

Selain itu, sistem pendidikan yang pentingkan persaingan harus dihapuskan. Ruangan buku rekod yang mencatitkan kedudukan pelajar dalam kelas harus dipadamkan. Buku rekod hanya memaparkan markah setiap matapelajaran supaya Ibu Bapa tahu samada anak mereka lulus atau tidak. Kriteria menilai samada pelajar itu baik atau tidak harus ditumpukan kepada nilai moral dan sahsiahnya seperti kehadiran dalam kelas, sikap hormati guru, sikap Suka membantu, sikap penyayang, sikap bersopan-santun, sikap bertanggungjawab, kepatuhannya kepada arahan guru….. Semua unsur-unsur dan nilai-nilai baik di atas harus dipaparkan secara berasingan supaya pelajar dan ibu-bapa mereka tahu sikap mereka dan tahap nilai moral mereka! Jika kita terus memaparkan ruangan kedudukan kelas dalam buku rekod akan memberi peluang lagi kepada pelajar dan ibu-bapa mereka untuk bersaing lagi sesama mereka! Pendidikan sebegini adalah jalan mati. Pelajar yang selalu mendapat kedudukan buruk (misalan kata mendapat kedudukan 30-an atau 40-an ) akan merasa bahawa dia ini memang golongan 30-an atau 40-an iaitu mereka yang tidak berguna, “inferior” atau sampah masyarakat. Beban pemikiran ini akan dipikul sehingga mereka masuk dalam masyarakat dan akhirnya seperti yang “ditakdirnya” dia memang menjadi sampah masyarakat! Mengapa? Nasib dan masa depannya sudah ditentukan dalam buku rekod mereka! Mereka sudah “give-up”, sudah putus-asa!

Akhirnya, saya ingin menyeru sekali lagi kepada mereka yang membaca surat ini dapat insaf bahawa Pendidikan ala Barat hanya menghasilkan “mesin-mesin” yang hanya tahu membuat kerja tetapi tidak berperi-kemanusian dan bukannya menghasilkan insan-insan mulia yang boleh menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara! Cara Pendidikan Timur seperti Pendidikan Islam, Confuciasme, Taoisme dan agama lain harus digunakan sebagai teras pemindaan dasar pendidikan baru negara demi kebaikan generasi muda, kemakmuran ekonomi, kemajuan negara dan kesejahteraan Dunia!

” Sama-sama kita Menyelamatkan Malaysia, negara yang kita cintai semua!”

10 04 2008
Si Anak Malaysia (11:53:06) :

Kesedaran Ke Atas Kes Pembunuhan Beramai-ramai di Universiti Virginia Tech.

Pembunuhan Dashyat di Amerika
————————–
Kes Pembunuhan seramai 32 pelajar di Universiti Virginia Tech, Amerika Syarikat oleh seorang pelajar berbangsa Korean mengemparkan seluruh dunia. Kehidupan di alam persekolahan yang sepatutnya suci, nyaman dan bahagia tiba-tiba menjadi penuh dengan kekhuatiran dan kemusykilan. Sekolah sudah tidak lagi selamat dan tenteram. Yang lebih menyedihkan, 33 pelajar termasuk pembunuh sendiri semuanya bakal graduan universiti. Mereka ini disandarkan harapan besar untuk menyumbangkan usaha dalam pembangunan Negara, tetapi malangnya telah menemui ajal pada usia yang begitu mentah! Kes ini mencatatkan satu lagi detik hitam dalam sejarah Amerika bahkan dalam peradaban manusia! Di sini tibalah masanya untuk kita mencari faktor-faktor sebenar kepada pembunuhan itu supaya dapat membendung perkara yang penuh kejahilan ini daripada berulang!

Kelakuan membunuh oleh pemuda berbangsa Korean bernama Cho Seung Hui dikutuk begitu drastik oleh kebanyakan orang samada dalam Universiti Virginia atau di luar Universiti. Malah datuk kepada pembunuh itu juga membentak kelakuan keji cucunya apabila beliau ditemuramah oleh wartawan. Apakah faktor sebenar yang mencetuskan peristiwa pahit ini? Kebanyakan laporan dalam suratkhabar dan majalah menolak tanggungjawab ini kepada perundangan kerajaan Amerika Syarikat yang mengizinkan pemilikan senjata merbahaya secara bebas oleh rakyat jelata. Pada pendapat saya, kritikan ini adalah kurang rasional. Adalah penting untuk kita mempraktikkan formula Baka-Baja-Buah dalam penyelesaian masalah yang kita hadapi. Dalam dunia penanaman,formula ini amat penting. Sebagai contohnya, jika kita ingin menanam pokok durian, benda yang paling asas dan penting ialah benih durian. Diikuti pula dengan baja, air, udara, cahaya matahari serta unsur-unsur lain yang boleh menyuburi benih itu supaya bertumbuh menjadi pokok durian yang matang. Akhirnya barulah kita dapat menikmati buah-buahannya! Buah yang manis memerlukan baka yang baik. Manakala buah yang buruk dihasilkan oleh baka yang tidak baik. Bagi kes di atas, pembunuhan beramai-ramai merupakan hasil iaitu “buah”, perundangan Amerika yang mengizinkan pemilikan senjata secara bebas merupakan unsur-unsur persekitarannya atau “baja”, manakala faktor utama ialah “baka”nya iaitu pelajar Korean itu tidak dapat mengawal emosinya kerana hatinya penuh dengan rasa dendam dan anti sosial!

Pendidikan ini asas pembangunan minda setiap insan
——————————————
Emosi dan tingkahlaku seseorang samada baik atau tidak bergantung kuat kepada pendidikan yang diterimanya. Bak kata pepatah : “ Pendidikan ini asas pembangunan minda setiap insan”. Seorang budak yang jahat boleh diubah menjadi insan mulia jika diberi pendidikan yang betul. Sebaliknya, seorang bayi yang suci boleh bertukar menjadi syaitan yang menghuru-harakan ketenteraman dunia apabila besar kelak jika dia menerima pendidikan yang serong! Pendidikan boleh dibahagi kepada 4 peringkat iaitu : Pendidikan keluarga, pendidikan sekolah, pendidikan sosial dan pendidikan agama. Empat peringkat pendidikan di atas bagaikan 4 obor besar yang menyuluhi setiap pelosok masyarakat dan memberi kecerahan kepada masa depan manusia! Malangnya, keempat-empat struktur pendidikan di atas telah rebah di atas bumi Amerika. Akibatnya, tercetuslah pelbagai wabak sosial yang cukup membimbangkan di negara itu sehingga mengancam ketenteraman negara itu serta kesejahteraan hidup rakyat seluruh dunia!

Pendidikan Keluarga
—————-
Pendidikan keluarga di Amerika semakin hari semakin dilenyapkan oleh arus pembangunan ekonomi dan gerakan feminisme yang kuat. Mengikut kajian, kadar wanita yang bekerja di Amerika mencapai lebih daripada 80%. Golongan wanita di Amerika begitu giat menuntut hak kesamaan dengan golongan lelaki dalam pelbagai lapisan pekerjaan demi menunjukkan kehebatan mereka. Adalah amat dikesali bahawa tanggunjawab mulia mereka sebagai ibu yang melahir dan mendidik modal-modal insan negara telah diabaikan. Anak-anak itu sebenarnya nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya dididik menjadi insan yang berilmu perkerti dan dapat menyumbang kepada kebahagian hidup seluruh umat manusia! Malangnya, modal-modal insan kita ini telah kehilangan satu peluang keemasan untuk memupuk nilai-nilai sahsiah dalam sanubari mereka. Bak kata pepatah “ Melentur aur biarlah dari rebung”. Peringkat percambahan ini merupakan peringkat yang julung bagi tumbesaran segala benda hidup di atas bumi. Pada peringkat ini, semua benda hidup berada pada keadaan yang rapuh dan mentah, mereka memerlukan perlindungan yang sepenuhnya dan pengasuhan yang penuh kasih sayang! Selain itu, peringkat permulaan ini juga amat penting untuk kita “ melenturkan aur” iaitu memperbaiki segala sikap dan tingkahlaku yang salah demi melahirkan keperibadian yang mulia. Demi melahirkan insan yang mulia, seorang ibu perlu didedahkan kepada pendidikan keluarga dan agama yang mulia semasa dia mengandung. Anak kita pada peringkat janin sudah mula mengerti perasaan ibu kandungannya. Pertalian antara ibu dengan anak pada masa itu adalah begitu jitu dan susah dileraikan. Jika ibu itu berada dalam keadaan hati yang tenang dan penuh kesyukuran, pemikiran anak dalam kandungannya akan menjadi murni dan suci. Jika ibu itu sedang bertengkar dengan rakan sekerjanya, hati ibu yang penuh dengan dengki itu akan dapat dirasai oleh anak kandungannya dan seterusnya menodai pemikirannya. Inilah kata pepatah : “ Bagaimana acuan, begitulah kuihnya”

Kedua-dua Ibu bapa yang bekerja terpaksa melepaskan tanggungjawab mengasuh anak mereka kepada pembantu rumah atau rumah pengasuhan kanak-kanak. Kasih sayang mereka terhadap kanak-kanak pasti tidak seperti kasih sayang ibubapa kandungannya! Pendidikan itu merangkumi 2 bahagian iaitu Pengasuhan dan Pengajaran. Pengasuhan itu bermakna : “ Mengasuhi generasi baru supaya berkelakuan mulia”. Manakala pengajaran itu pula bermakna : “ Orang atasan menunjukkan teladan, orang bawahan mengikut teladannya”. Jika tanggungjawab menjaga anak dilepaskan kepada pembantu rumah bermakna tiadanya pengasuhan dan pengajaran dalam kehidupan seharian anak kita kerana pembantu rumah hanya tahu menjaga sahaja. Mereka tidak berani hendak mengajar anak kita supaya bersikap betul kerana takut membuatkan “Tuan Kecil” itu menangis dan kena marah oleh kita. Apa yang boleh mereka lakukan ialah menjaga perasaan dan mengikuti perintah anak-anak kita sahaja. Keadaan ini lama kelamaan akan memupuk sikap angkuh anak kita. Mereka ini mungkin kurang toleransi dan tidak mengerti kesusahan ibu-bapa kerana tidak pernah membuat kerja rumah. Ibu-bapa yang balik kerja lewat akan kesuntukan masa untuk bersama dengan anak mereka. Kebanyakan mereka akan rasa bersalah lalu cuba memenuhi secara seratus-peratus permintaan materialistik daripada anak mereka. Pertalian kekeluargaan sekarang terutamanya di negara maju seperti Amerika Syarikat adalah berasaskan materialistik. Ia begitu rapuh dan tak tahan uji. Kebanyakan golongan tua di Amerika Syarikat dihantar masuk ke rumah orang-orang tua. Hidup mereka pada peringkat akhir perjalanan hidup mereka begitu mengaibkan. Adakah pemikiran anak-anak yang penuh materialistik ini dan ketiadaa rasa kasih sayang terhadap ibu-bapa ini layak digelar generasi baru yang mulia?

Kasih Sayang terhadap ibu-bapa merupakan teras pembinaan budi pekerti anak-anak kita. Budi ibu-bapa terhadap kita adalah paling besar. Mereka mengurniakan nyawa kepada kita dan membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kehidupan seharian kita. Seorang anak yang tidak mengenang budi ibu-bapa tidak mungkin untuk membuka hatinya untuk menyayangi adik-beradiknya, saudara-maranya, sahabat-handainya, malah segala benda dalam alam sekitarnya! Sumbangan dan budi ibu-bapa dalam hidup seseorang anak adalah paling besar jika dibandingkan dengan sumbangan orang lain. Adalah tidak masuk akal jika seseorang yang tidak menghormati ibu-bapa sendiri tetapi menghormati tuan majikannya. Penghormatan ini mungkin atas dorongan nafsu ingin mendapat peluang naik pangkat atau gaji dan bukannya dari keikhlasan hatinya! Jadi, ikhtiar untuk memupuk nilai-nilai menghormati dan menyayangi ibu-bapa ini merupakan usaha yang paling penting dalam proses pendidikan anak-anak kita! Malangnya, anak-anak yang sejak kecil tiada pengasuhan ibu-bapa yang sepenuhnya susah untuk mengerti budi ibu-bapa. Mereka ini hidup dalam dunia materialistik dan bukan dunia penuh rasa kasih sayang. Kebanyakan mereka menjadi ego dan tidak dapat menerima teguran orang lain. Seorang yang ego susah hendak bergaul dengan orang lain apabila besar kelak. Mengapa? Disebabkan rasa menghormati orang lain sudah tiada. Pergaulan mereka dengan orang lain kurang toleransi dan tidak tahu berbudi-bahasa! Sikap anak-anak kita yang mementingkan diri sendiri hanya akan memudaratkan kehidupan seumur hidupnya. Pembunuh di Amerika yang berbangsa Korean ini merupakan mangsa keruntuhan pendidikan keluarga. Dalam surat yang dikirim olehnya ke NBC menyatakan bahawa segala maksiat yang dilakukannya adalah paksaan sosial dan bukan kemahuannya. Gejala yang tidak mengaku kesalahan diri dan melepaskan tanggungjawab ini begitu umum berlaku di kalangan remaja sekarang. Apakah faktor akar umbinya? Tiada pendidikan keluarga yang betul. Ibu bapa sekarang bersikap sambil lewa sahaja terhadap kesalahan yang dibuat oleh anak-anak mereka. Alasan mereka ialah : “Anak saya masih kecil!” Sensitiviti ibubapa terhadap peluang pendidikan anak mereka begitu rendah sehingga melepaskan banyak peluang untuk “melentur aur!”

Tangan Yang Menghanyun Buaian ini dapat menggoncangkan Dunia!
——————————————————
Pada zaman moden ini, kebanyakan kita berasa tanggungjawab golongan wanita dalam pembangunan ekonomi negara amat penting. Justeru itu, kebanyakan negara cuba sedaya upaya mempertingkatkan kadar wanita yang bekerja. Diharapkan dengan wujudnya penyertaan golongan wanita dalam pelbagai lapisan pekerjaan akan dapat mempertingkatkan produktiviti negara! Padahalnya, kadar wanita yang bekerja terutamanya mereka yang berkeluarga meningkat hanya akan mempertingkatkan produktiviti negara untuk jangka masa pendek. Sebaliknya ia akan menjejaskan produktiviti negara pada jangka masa panjang. Mungkin ramai di antara anda tidak setuju dengan pendapat saya tetapi jika anda meninjau secara mendalam, anda akan bersetuju! Seorang ibu yang bekerja terpaksa melepaskan tanggungjawab mendidik anaknya. Adalah dimaklumkan bahawa peringkat mentah kanak-kanak adalah paling penting untuk kita memupuk nilai-nilai murninya dan membetulkan sikap-sikap buruk mereka. Jika peluang keemasan ini dilepaskan bermakna sebahagian besar golongan generasi muda kita akan mengalami keruntuhan akhlak. Mereka senang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Mereka mungkin menjadi samseng di sekolah, membuli kawan-kawan, membuat kacau di sekolah, ponteng sekolah, melepak, menjadi Mat Rempit…. . Keadaan bertambah teruk apabila mereka keluar ke sekolah kerana terdedah secara bebas terhadap kancah-kancah maksiat. Mereka mungkin melakukan kegiatan jenayah seperti mencuri, merompak, mengedar dadah, menjual VCD cetak rompak, memasuki kumpulan “Terrorrist”.. Adalah lebih membimbangkan ialah golongan muda yang keruntuhan akhlak ini akan berkeluarga dan melahirkan anak. Bagaimana bapa ketam yang berjalan senget mengajar anaknya berjalan betul? Jadi sikap buruk mereka akan “dipesakai” kepada anak-anak dan cucu-cicit mereka. Jika keadaan ini berterusan akan mengheretkan seluruh negara ke arah keruntuhan nusa dan bangsa! Selain itu, kadar jenayah yang semakin meningkat bermakna kerajaan perlu menyediakan lebih banyak angkatan polis untuk menjaga keselamatan sosial dan mendirikan lebih banyak penjara untuk memuatkan penjenayah-penjenayah yang ditangkap. Ini secara tidak langsung menjejaskan produktiviti negara! Justeru itu, adakah tindakan mempertingkatkan kadar penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan dengan menggadaikan masa depan generasi muda ini dianggap usaha yang bijak? Persoalan ini perlu kita renungi secara mendalam! Bukankah kita selalu berkata : Setiap anak itu permata negara? Golongan muda kita ini sepatutnya merupakan aset kepada pembangunan negara tetapi kerana kehilangan pendidikan keluarga telah bertukar menjadi liabiliti negara, beban kepada masyarakat!

Sebaliknya, jika semua golongan wanita dapat memainkan peranan murni mereka sebagai seorang surirumah tangga, bermakna kebahagian hidup sekeluarga terjamin. Kesihatan sekeluarga dapat dijaga. Mereka tidak perlu makan di luar yang kebanyakannya kurang sihat, berkolestrol tinggi dan terlebih bahan-bahan pengawet dan pewarna! Kadar penyakit kanser dan sakit jantung serta penyakit-penyakit lain dapat dikurangkan. Kerajaan dapat menjimat dari segi perbelanjaan perubatan dan ini secara tidak langsung mempertingkatkan produktiviti negara. Kanak-kanak yang besar di bawah didikan penuh kasih sayang ibu bapa akan menjadi seorang yang mengenang budi, bertata-tertib, bermoral dan bertanggungjawab. Mereka akan mempesakai nilai-nilai murni ini kepada generasi-generasi yang akan datang! Ini secara tidak langsung akan menjamin kewujudan modal-modal insan yang boleh menyumbangkan usaha untuk pembangunan negara. Jasa seorang ibu amatlah besar jika dia berjaya melahirkan seorang pemimpin negara yang beramal yang dijulang oleh rakyat. Kewujudannya boleh membawa kebahagian hidup berjuta-juta rakyat jelata. Lebih-lebih lagi jika seorang ibu dapat melahirkan seorang nabi seperti Nabi Muhammad yang dapat menyumbui setiap sanubari umat manusia dengan ajaran luhurnya! Jadi seorang ibu jika dapat memenuhi tanggungjawab murni mereka sebagai surirumahtangga dan sebagai pendidik usul anak mereka, dia berkemampuan untuk menempa sejarah dalam peradaban bangsanya! Adalah tepat sekali pepatah ciptaan nenek moyang kita yang berbunyi : “Tangan yang menghanyun buaian ini dapat menggoncangkan dunia!”

Pendidikan Sekolah yang ala barat ini punca kemusnahan Dunia!
—————————————————
Pendidikan sekolah di Amerika bersendikan sains dan mementingkan persaingan. Mereka bersaing dari segi akademik, kokurikulum, sukan dan pertandingan-pertandingan yang lain. Persaingan adalah berlandaskan kepada egoism. Seorang kanak-kanak yang tiada pendidikan keluarga tidak tahu mengenang budi ibu bapa dan tidak tahu menghormati orang lain. Dalam hatinya dia sendiri yang paling penting! Sikap ego yang dipupuk sejak kecil lagi apabila dibawa sekali ke alam persekolahan akan bertambah serious. Ia bagaikan baka yang menemui unsur-unsur persekitaran seperti air, cahaya matahari dan baja akan bertumbuh dengan subur. Apakah “baja” kepada sikap ego itu? Suasana persaingan di sekolah inilah yang menjadi “baja” kepada sikap ego kanak-kanak. Budak-budak kita menjadi lebih ego apabila menang dalam persaingan dengan orang lain! Manakala bagi mereka yang kalah dalam persaingan, disebabkan sikap ego mereka akan berasa dengki dan benci. Mereka tidak boleh menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Sikap ego dan pentingkan diri sendiri ini sebenarnya sifat syaitan. Seorang yang hanya pentingkan diri sendiri sanggup melakukan apa jua demi mencapai matlamatnya. Dia sanggup mengadaikan nyawa orang lain demi memenuhi nafsunya. Terdapat satu kes pembunuhan ibu dan bapa oleh seorang budak hanya berumur 11 tahun berlaku beberapa tahun yang lalu di wilayah Sichuan, China. Apabila ditinjau asal-usulnya, didapati motif membunuh budak itu ialah ingin mendapat duit pampasan sebanyak 10 ribu Renminbi supaya dia dapat membeli telefon bimbit idamannya! Adalah amat dahsyat kerana seorang budak kecil sanggup membunuh ibu bapa yang melahirnya dan mengasuhnya selama ini demi membeli sebuah telefon bimbit! Inilah tanda Hari Kiamat! Nafsu seseorang bagaikan arus yang bergelora sehingga boleh melenyapkan naluri sucinya dan bertindak seperti syaitan yang tiada peri kemanusiaan! Kes di atas berlaku kerana China menghapuskan pendidikan Confuciasme dan agama pada Revolusi Kebudayaan pada tahun 50-an. Dasar pendidikan sejak daripada itu telah mula berorientasikan ala barat dengan harapan China dapat terlepas daripada belenggu kemiskinan seperti barat! Malangnya, pendidikan ala barat yang mementingkan persaingan ini akhirnya akan menolak dunia ini ke lembah kemusnahan. Andaian di atas adalah tidak keterlaluan jika kita meninjau secara mendalam : Persaingan ini jika dinaikkan tarafnya akan berkembang menjadi perselisihan. Perselisihan ini jika dipertingkatkan tarafnya akan berkembang menjadi persengketaan. Persengketaan ini jika dinaikkan tarafnya akan berlakunya peperangan. Peperangan jika bertambah teruk dan tidak dapat disekat akan membawa kepada kemusnahan seluruh dunia. Inilah tibanya masa Hari Kiamat!

Adakah pendidikan yang bersendikan sains dan berasaskan persaingan ini dapat menjamin kemajuan ekonomi dan pembangunan negara? Tidak semestinya! Mereka yang pandai dalam sains tetapi tidak mencintai negara mungkin menggunakan kepandaiannya untuk mencipta bom-bom yang boleh mengancam ketenteraman negara! Saya berpendapat pendidikan yang bersendikan agama dan moral adalah lebih sesuai untuk pembangunan negara. Ini adalah kerana ia selaras dengan hasrat Tuhan. Pendidikan di Amerika mengajar anak-anak murid mereka bersaing. Pelajar-pelajar tidak tahu bertolak-ansur, tidak mengerti sifat merendahkan diri! Bak kata Tatasusila pelajar : “ Biar kalah pakaian dan makanan tapi jangan kalah keperibadian dan Kerohanian ” Tatasusila pelajar merupakan hasil pemikiran daripada nenek-moyang kita yang berakhlak mulia. Ia seharusnya dijadikan sebagai pedoman hidup kepada kita. Amat dikesali ia tidak dapat dipelajari oleh rakyat Amerika. Selain itu, Tatasusila pelajar juga berkata : “ Yang kaya janganlah diangkat-angkat, yang miskin pula hendaklah dibelas ; yang baru janganlah dihambat-hambat, yang lama pula hendaklah diberi hormat.” Jika pelajar berbangsa Korean itu dapat mengerti nilai-nilai di atas, dia mungkin dapat meredakan hati benci dan dengkinya terhadap orang kaya dan seterusnya dapat membendung tragedi ini daripada berlaku!

Pendidikan yang pentingkan persaingan ini menyebabkan hubungan di antara manusia sudah kehilangan rasa hormat. Alangkah mesranya jika semua orang dapat hormat-menghormati sesama sendiri. Inilah yang dikatakan orang berbudi kita pula berbahasa! Budaya ini harus ada dalam kehidupan kita demi mendirikan satu masyarakat yang harmoni! Mengikut laporan yang disiarkan dalam akhbar, Cho selalu dibuli oleh kawan-kawannya sejak persekolahan rendah dan menengah. Cho berhijrah ke Amerika pada usia 8 tahun bersama-sama dengan ibubapa dan kakaknya dari Korea. Disebabkan itu, dia kurang fasih berbahasa Inggeris. Selain itu, Cho seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang lain. Kekurangan yang ada pada Cho bukan sahaja tidak dibelas-kasih oleh rakan-rakannya sebaliknya dibalas dengan ejekan dan sindiran! Malah terdapat sesetengah rakan yang sengaja mengikut perbuatan dan percakapan Cho dengan tujuan ingin memberi malu kepada Cho! Semua tindakan ini begitu mengguris hati Cho! Rasa dendam terhadap rakan-rakannya semakin hari semakin tersemat kukuh dalam hatinya sehingga susah hendak dileraikan! Rosak badan kerana mulut! Adakah rakan-rakan Cho pernah terfikir bahawa percakapan dan perbuatan mereka begitu memudaratkan sehingga melahirkan seorang pembunuh kejam pada beberapa tahun kemudian? Bahasa ini jiwa bangsa. Ia boleh memasyhurkan bangsanya. Sekiranya bahasa ini disalahgunakan, ia boleh mendatangkan tragedi yang besar! Bak kata Tatasusila Pelajar : “ Kelemahan orang lain jangan dicungkilkan, kesulitan orang lain jangan diheboh-hebohkan; Kebaikan orang lain harus disebarkan, dengan harapan usahanya dapat diteruskan!” “Kelemahan jika dihebohkan berlebih-lebihan, kemudaratan akan datang tiada sekatan!” Jika pedoman-pedoman hidup di atas dapat difahami oleh rakan-rakan Cho dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian, tragedi yang menyedihkan ini mungkin dapat dibendung! Pendidikan sekolah di Amerika Syarikat hanya pentingkan akademik dan teknikal. Pelajar-pelajarnya pandai bekerja tetapi tidak pandai berbahasa dan tidak tahu bersopan-santun! Nilai baik menghormati orang lain tidak disemai dalam sanubari para pelajar. Padahalnya, seseorang yang tidak menyayangi dan menghormati ibubapa adalah susah baginya untuk menghormati orang luar. Jadi pendidikan harus bermula dengan pemupukan sifat menyayangi dan menghormati ibubapa. Ia bagaikan akar kepada tumbesaran segala nilai-nilai murni kita!

Seperti apa yang kita sedia maklum, dunia ini memang penuh dengan ketidakadilan dan kemusykilan. Kita pasti pernah merempuhi kesusahan dan menikmati kesenangan dalam sepanjang perjalanan hidup kita. Sikap manusia juga berlainan di antara satu sama lain. Ada yang baik dan ada yang jahat. Tiada bumi yang tidak ditimpa hujan. Lebih-lebih lagi, kebanyakan di antara kita pada masa kini tidak menerima pendidikan berbudi-bahasa. Dalam dunia bertamadun ini sebenarnya hanya bertamadun dari segi materialistik tetapi jahil dalam pemikiran! Disebabkan itu, sikap mengampun kesalahan orang lain dan sikap bertoleransi dengan orang lain amat penting! Tatasusila pelajar menyatakan : “ Budi selalu dikenang, benci selalu dibuang; Budi dibalas berlian, tapi jangan benci dibalas dendam” Jika Cho dapat membuka hatinya dan mengampunkan orang lain, hidupnya pasti cerah dan berseri! Mereka yang selalu mengampunkan kesalahan orang lain pasti hidup dengan penuh kesyukuran dan kebahagian. Ini adalah kerana hatinya selaras dengan hasrat Tuhan! Alangkah menderitanya jika kita selalu berfikir tentang kesalahan orang lain dan menyimpan rasa dendam dalam hati. Sel-sel dalam badan kita juga terpengaruh dengan frekuensi yang tidak baik hantaran oleh minda kita! Kita pasti akan jatuh sakit lama-kelamaan! Adalah tidak hairan mengapa kadar penyakit barah semakin meningkat pada zaman masa kini. Faktor utamanya ialah kebanyakan di antara kita menyimpan dendam dalam hati! Jadi, pendidikan yang betul adalah amat penting untuk mempedomankan kita ke arah kebahagian hidup! Yang boleh memastikan anak-anak kita ini hidup bahagia dan tidak ditimpa kecelakaan bukannya ilmu pengetahuan yang banyak tetapi tahap nilai sahsiahnya!

Bangun atau runtuh nusa dan bangsa bergantung kuat pada pengaruh media
————————————————————
Industri media di Amerika paling berkembang dan maju di dunia! Stesen TVnya menjangkaui angka lebih daripada 30 buah! Stesen TV dan Radio berperanan sangat penting dalam menegakkan budaya baik sesebuah negara. Bangun atau runtuh nusa dan bangsa bergantung kuat pada pengaruh media. Andaian ini adalah tidak keterlaluan kerana pengaruh media adalah terlalu luas! Dalam dunia moden ini, rumah siapa yang tidak memiliki TV dan radio? Siapa yang tidak didedahkan kepada TV dan radio dalam kehidupan sehariannya? Malangnya, rancangan-rancangan TV di Amerika penuh dengan unsur-unsur keganasan, lucah dan nilai-nilai budaya yang serong. Kebanyakan kanak-kanak di Amerika yang ketiadaan kasih sayang ibubapa membuangkan kebanyakan masa mereka di depan kaca TV. Di sinilah benih-benih berunsur keganasan, lucah, tidak menghormati orang lain, tidak berbudi bahasa, asyik mengikut trend baru, memboros dan unsur-unsur negatif lain mula tersemai dalam sanubari-sanubari kecil mereka. Naluri budak-budak yang sepatutnya suci dan jati sudah dicemari oleh unsur-unsur negatif ini! Minda manusia ini mempunyai kapasiti yang tiada batasan. Kapasitinya lebih hebat daripada kapasiti komputer yang tercanggih dalam dunia. Ia boleh menyerap semua informasi-informasi yang terdedah kepadanya! Budak-budak kecil jika didedahkan kepada rancangan-rancangan TV atau permainan-permainan komputer yang penuh keganasan akan senang dipengaruhi. Ini adalah kerana mereka tiada pendirian yang kuat, tidak tahu membeza yang baik dengan yang buruk, yang betul dengan yang salah, yang patut dengan yang haram!

Unsur-unsur negatif ini bagaikan benih-benih yang tersemai dalam hati kecil mereka dan ia hanya menunggu ketibaan alam persekitaran yang sesuai untuk berbuah! Unsur-unsur keganasan dalam filem-filem dan rancangan-rancangan TV amat menambat hati para penonton. Ia menyiarkan aksi-aksi kehebatan hero-hero menewaskan anasir-anasir jahat demi menegakkan keadilan! Malangnya, budak-budak kecil yang menontonnya akan berasa bahawa keganasan ini pendekatan yang paling baik untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya! Oleh kerana itu, didapati sikap pemuda-pemudi sekarang begitu agresif dan kurang sopan-santun. Kes-kes buli begitu popular di sekolah sejak kebelakangan ini! Mereka menganggap bahawa tindakan mengalahkan kawan-kawan yang mengusiknya sebagai kelakuan seorang hero dan wira! Manakala tindakan bertolak ansur ini kelakuan penakut! Nilai-nilai dan pandangan-pandangan kanak-kanak kita diselewengkan ke arah kejahilan! Ini adalah amat menakutkan! Jika masa depan negara kita diamanahkan kepada segolongan generasi muda yang bersifat ganas dan agresif. Apa akan terjadi terhadap negara dan dunia kita? Mereka pasti menimbulkan banyak persengketaan dan peperangan yang boleh memusnahkan dunia!

Mengikut laporan suratkhabar, Cho merupakan mangsa kepada ketiadaan pendidikan sosial yang sihat! Cho ketagihan dengan permainan komputer yang bernama “ Counter Strike”. Permainan ini menyediakan peluang untuk pemainnya samada berwatak sebagai “Terorrist” atau angkatan pembasmi “Terorrist”. Perjuangan di antara 2 kumpulan ini penuh keganasan dengan menggunakan senjata-senjata yang moden! Terdapat sesetengah rakyat Amerika berpendapat bahawa permainan komputer merupakan faktor utama kepada gejala-gejala keganasan yang semakin berleluasa. Dalam gambar-gambar dan surat-surat yang dikirim oleh Cho kepada NBC menunjukkan bahawa Cho asyik menunjukkan aksi-aksi seperti hero-hero dalam filem dan permainan komputer. Alangkah bahayanya jika seseorang hidup dalam imaginasi kerana dia boleh kehilangan diri dan melakukan apa-apa jua yang mungkin mengancam keselamatan orang lain! Adalah tibanya masa untuk kita menyedari betapa mendalamnya pengaruh media terhadap pemikiran pemuda-pemudi kita jika ia disalahgunakan! Ia boleh menghidupkan martabat satu bangsa dan boleh meruntuhkan satu bangsa! Secara kebetulan, permainan komputer “Counter Strike” merupakan hasil karya bekas pelajar Virginia Tech(Universiti yang ditimpa tragedi) yang bernama Jack. Selepas menamatkan pengajiannya di Virginia Tech. pada 2003, Jack dan seorang kawannya mencipta permainan “Counter Strike”. Permainan ini mendapat sambutan sangat baik daripada golongan muda. Mereka berdua disanjungi sebagai “Bapa kepada CS”. Pencapaian mereka pasti dikagumi oleh banyak orang kerana dapat mencari duit banyak pada usia yang muda! Namun begitu, jika kita meninjau secara mendalam dari perspektif etika, adakah hasil karya kedua-dua pencipta ini dapat menyumbang kepada kesejahteraan hidup orang lain atau sebaliknya? Adakah mereka pernah terfikir bahawa hasil karya mereka boleh mengakibatkan keruntuhan akhlak seorang pelajar di sekolahnya sehingga mencetuskan tragedi yang begitu menyedihkan? Pernahkah mereka terfikir bahawa hasil karya mereka sedang mencemari sanubari-sanubari pemuda-pemudi yang suci dan menolak mereka ke dalam kancah maksiat? “ Harimau mati tinggalkan belangnya, Manusia mati tinggalkan namanya” Alangkah memalukan jika kewujudan kita dalam dunia ini membawa kesengsaraan hidup kepada orang lain sehingga mencatatkan satu detik hitam dalam sejarah peradaban manusia!

Pentingnya Pendidikan Agama
————————
Pendidikan agama di Amerika Syarikat semakin hari semakin ditenggelami oleh arus pemodenan dan budaya-budaya songsang. Pada anggapan kebanyakan pemuda-pemudi di Amerika, agama ini kolot dan sudah ketinggalan zaman. Mereka lebih mengikuti suka hati mereka sendiri dan bukannya mengikuti ajaran-ajaran Tuhan. Mereka memperhambakan diri mereka kepada duit dan bukannya kepada Tuhan. Alangkah bahayanya jika perjalanan hidup kita ini tanpa pedoman daripada Tuhan. Kesesatan dalam hutan berpedomankan matahari, manakala kesesatan dalam hidup berpedomankan ajaran Tuhan. Mereka yang tiada pegangan kuat kepada ajaran agama senang melakukan kesalahan dan maksiat terutamanya dalam persekitaran sekarang yang penuh dengan pencemaran minda! Ajaran-ajaran sesat akan mengambil kesempatan untuk menunjukkan belang mereka jika kebanyakan rakyat jelata ketiadaan pegangan ajaran-ajaran agama yang betul! Peristiwa 911 yang berlaku beberapa tahun yang lalu adalah hasil perbuatan keji beberapa penganut fanatik agama sesat. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita bahawa mereka yang ketiadaan pengajaran agama yang betul mungkin dieksploitasikan oleh kumpulan agama sesat dengan melakukan tindakan yang mungkin mengancam ketenteraman dunia! Manusia jika kehilangan pendidikan keluarga, pendidikan sekolah, pendidikan sosial dan pendidikan agama yang betul akan semakin hari semakin lenyap dalam gelombang keruntuhan akhlak. Mereka dendam-mendendami sesama sendiri dan bunuh-membunuhi bagaikan binatang buas yang tiada peri kemanusiaan!

Kesimpulan
———
Manusia ini jika tiada ajaran agama dan moral hanya tahu mengejar apa jua yang dapat memenuhi hawa nafsunya! Dia sanggup memusnahkan sesiapa sahaja yang menjadi batu penghalangnya! Cho sebenarnya merupakan mangsa yang terbesar dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Virginia Tech. Dia merupakan mangsa kepada keruntuhan pendidikan keluarga, pendidikan sekolah, sosial dan agama di Amerika! Segala yang menyedihkan ini dapat dibendung jika Cho dapat menerima pendidikan yang betul! Justeru itu, pendidikan yang berorientasikan nilai-nilai sahsiah amat diperlukan dalam dunia sekarang supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu pekerti demi menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan dunia! Diharapkan peristiwa di Amerika ini akan menjadi satu pengajaran yang baik kepada kita dan boleh menyedarkan seluruh dunia tentang kepentingan pendidikan keluarga, pendidikan sekolah, pendidikan sosial dan pendidikan agama. Yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi! Yang penting ialah tindakan membendung peristiwa ngeri itu daripada berulang dilaksanakan dengan secepat mungkin. Sama-samalah kita berdoa agar Tuhan akan mencucuri rahmat ke atas roh-roh mangsa-mangsa tragedi ini dan juga dapat memberkati kita dalam usaha memulihkan pendidikan murni di seluruh pelosok dunia demi kesejahteraan seluruh umat manusia!

Satu keputusan kita mungkin mengubah nasib satu negara!!

11 04 2008
bendahara (15:18:53) :

Sistem pendidikan kita memang dicipta untuk melahirkan generasi yang buta agama…sebab apabila generasi muda buta agama..UMNO akan terus berkuasa..

11 04 2008
bendahara (15:21:49) :

Kepada Dato’ Hassan Ali, ADUN Gombak Setia merangkap Exco Agama, Pembangunan Infrastruktur Selangor

Sila jemput ramai ulama, ustaz dan penceramah agama untuk memberi kuliah di masjid seluruh Selangor. Jemput juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz..

Sila juga pantau keadaan kemudahan awam yang teruk di Selangor terutama jalan raya

11 04 2008
e Pemuda PAS (17:11:00) :

kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

dun chempaka, pengkalan chepa, kelantan.

daripada e Pemuda PAS

diharap dapat menegur mereka-mereka yang hadir ke kuliah jumaat di medan ilmu, supaya tidak membaca sebarang bahan bacaan ketikamana kuliah berlangsung, samada kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru sendiri atau juga kuliah yang disampaikan oleh Ustaz-ustaz lain. mungkin juga, peraturan larangan perlu dibuat. ini sekaligus juga, kepada para peniaga yang masih tidak akur kepada penghormatan perjalanan kuliah yang sedang berlangsung, dengan masih melakukan urusniaga, dan ada juga yang mengganggu orang lain dengan hanya berbual kosong. diharap, pihak-pihak yang terlibat dapat memantau hal-hal ini dengan serius.

13 04 2008
sharimi (10:45:04) :

TAHNIAH KEPADA YB WAN HASSAN BIN WAN IBRAHIM KERANA BERJAYA MENJADI YB BARU DI DUN N-31 SEMERAK . LAMAN WEB YB WAN HASSAN BOLEH DI LAYARI DI http://www.semerak.sharimi.com. KEPADA PENDUDUK SEMERAK BOLEH BERHUBUNG DENGAN YB MELALUI LAMAN WEB - LINK WARKAH UNTUK YB.DISAMPING ITU ANDA JUGA BOLEHLAH MENGHANTAR SEBARANG KOMEN @ PERTANYAAN @ CADANGAN KEPADA YB MELALUI BLOG YB YANG BOLEH DI AKSES MELALUI LAMAN WEB TERSEBUT ATAU TERUS KE http://wanhassan.wordpress.com @ http://www.semerak.sharimi.com/blog.html

15 04 2008
pemerhati (10:04:24) :

tuan,
nak bertanya kenapa ketua kampung/tok sidang diarea selangor tidak
meletakkan jawatannya???..sedangkan di perak dan kedah ketua kampung/tok sidang sudah meletakkan jawatannya secara rasmi beramai ramai..

27 04 2008
purtashafiq (14:47:36) :

gembiralah kamu pas,,,,,kerana menang tapi ingat……… kuasa itu adalah satu tamanah jika kamu tidak dapat menunaikan janji terimalah balasannya kelak,
kalau kamu benar-benar memperjuangkan islam kenapa takut nak mempejuangkan nya …… nampaknya kamu lebih takut parti Dap dari tuhan…
sekarang banyak benar fatwa org kamu telah keluarkan memakan diri kamu balik…kami pengundi akan memantau keberkersanan pemerintahan kamu jgn jadikan sokongan kami itu sia-sia. jangan jual agama dengan kuasa tegakan keadilan dan teruskan tegakan ugama islam……kami tak mahu jadi kafir kerana berkawan dengan kapir yang menentang islam…… fahamlah kehendak kami sebagai org yg telah menyokong kam………ingat………////

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>