“@ Harakah: ADUN MERANTI Dilantik Speaker Baru Dewan Undangan Negeri KELANTAN!”

29 04 2008

Lanjusoh

Mon | Apr 28, 08 | 2:14:24 pm MYT

KOTA BHARU, 28 April (Hrkh) - Adun Meranti, Ustaz Nusuruddin Daud hari ini mengangkat sumpah sebagai Speaker baru Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan menggantikan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ia merupakan satu sejarah baru sejak 1990 apabila seorang lulusan bidang agama dilantik sebagai Speaker Dun Kelantan.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. :)

Sejak PAS mentadbir Kelantan pada akhir 1990 sehingga sekarang, tiga Speaker dilantik yang bermula dengan Omar Muhamad, Wan Rahim dan Nusuruddin.

Image Pada penggal lalu, Adun Meranti dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Manakala timbalan Speaker baru pula iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim. Wan Abdul Rahim melepaskan jawatan itu selepas memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Majlis pelantikan tersebut bermula jam 9 pagi tadi selepas namanya dicadang Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.

Selepas selesai pelantikan Speaker, Menteri Besar yang juga wakil rakyat Cempaka mengangkat sumpah sebagai Adun, diikuti Ahmad, Datuk Husam Musa, Datuk Anuar Tan Abdullah, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan.

Diikuti Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood, Wan Ubaidah Omar, Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Mohd Fadzli Hassan. Image

Manakala barisan penyokong kerajaan dimulakan Adun Perupok, Datuk Omar Mohamad, Ustaz Hassan Mohamood (Tawang), Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong), Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Gaal) dan Haji Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku).

Selepas 38 Adun PAS dan seorang daripada KeADILan, Tuan Zamri Arif Tuan Zakaria (Guchil) mengangkat sumpah ia diikuti Adun pembangkang dengan diketuai Datuk Mohd Alwi Che Amat (Kok Lanas), Datuk Norzahidi Omar (Pengkalan Kubur).

Abdul Aziz Derashid (Kuala Balah), Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga), Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) dan Mat Yusof Abdul Ghani (Nenggiri).

Adun Galas, Chek Hashim Sulaima dari PAS yang terbabit dengan kemalangan jalan raya Mac lalu juga hadir mengangkat sumpah. Kini beliau sembuh sepenuhnya selepas hampir dua minggu terlantar di hospital.

Suasana agak gamat seketika semasa nama Norzula dipanggil Speaker untuk tampil ke hadapan bagi mengangkat sumpah kerana pada persidangan akhir tahun lalu beliau cuba bertindak kasar terhadap Adun Kelaboran.

Selain itu, beberapa Adun PAS yang berjaya menewaskan calon BN yang mempunyai kedudukan tinggi di peringkat bahagian menerima tempukan daripada Adun-Adun lain.

Antaranya, Abdul Aziz Kadir menewaskan Datuk Dr Ilias Hussin di Dun Jelawat, Wan Hassan Wan Ibrahim mengalahkan Datuk Kamaruddin Mohd Noor di Semerak dan Arifabillah Ibrahim menewaskan Datuk Ramzi Abdul Rahman di Dabong.

Majlis angkat sumpah tersebut berjalan lancar dan ia berlangsung hampir dua jam. Persidangan penuh Dun Kelantan bersambung jam 9 pagi esok. - mj

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. :)


Actions

Information

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>