“@ Harakah: KELAB PENYOKONG PAS INDIA KEDAH Serah 160 Borang Keahlian!!! ||| Syukur, Alhamdulillah…”

27 04 2008

Mazelan Harron

Sun | Apr 27, 08 | 2:46:06 pm MYT

Kulim, 27 April (Hrkh) - Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Haji Hassan Abdul Razak menerima 160 borang ahli Kelab Penyokong PAS Kaum India sempena ceramah perdana yang diadakan di Taman Kenari, Kulim baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kulim, Vickram a/l Jayaraman mewakili rakan-rakan ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), dan Makkal Shakti menyerahkan borang berkenaan.

“Kami ingin bersama-sama kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak menyokong dan mendukung aspirasi kerajaan Pakatan Rakyat,” ujar beliau ketika ditemu bual oleh wakil Harakah.

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. :)

Turut hadir memberi ceramah pada malam itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Perak, Ustaz Drs Khalili Idham Lim Abdullah dan Pengerusi Hindraf Kulim, Sathia Seelan .

Majlis yang berjaya mengumpulkan para penyokong PAS, KeADILan, Hindraf dan Makkal Shakti itu merupakan satu sejarah selepas terciptanya kemenangan besar Pakatan Rakyat yang berjaya memerintah Kedah selepas memenangi Pilihan raya Umum Ke-12 yang lalu.

Ketua PAS Cawangan Taman Kenari, Sulaiman Ibrahim berkata, gerak kerja pilihan raya sudah selesai, tapi gerak kerja untuk merealisasikan manifesto yang dijanjikan perlu diteruskan.

***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”

berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?

untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************

klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua

berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH. :)


Actions

Information

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>