“@ Harakah: NAJIB TUN RAZAK Pandang Berat ISU 30 AHLI Parlimen Lompat Pakatan Rakyat!!! ||| Emmm… Takut Ya…???”
26 04 2008Harakahdaily
Fri | Apr 25, 08 | 3:00:45 pm MYT
PUTRAJAYA, 25 April (Hrkh) - Bernama melaporkan Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen dari parti itu akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.
“Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, yang mengandungi PKR, DAP dan PAS, untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan kerana pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN. Sekiranya 30 wakil rakyat BN keluar parti, ia akan hanya mempunyai 110 orang saja.
berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.
Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua Anggota Parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata : “Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.”
“Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.”
“Namun), kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik.” - mr
***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”
berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?
untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************
klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua“
berSUMBANGlah untuk kelangsungan laman blog ini. TERIMA KASIH.

Recent Comments