“SIAPA SEBENARNYA Geng A.K.A. Agen YAHUDI??? ||| Dato’ Seri Anwar Ibrahim ATAU Tun Mahathir??? ||| @ Adil TV”
21 04 2008Dalam kita sibuk-sibuk cerita pasal agen negara asing dan agen yahudi ni, tak adil rasanya kalau suara tuduhan dari satu pihak sahaja yang kita dengar.
Kita dah dengar tuduhan demi tuduhan dari Tun Mahathir bahawa DS Anwar Ibrahim merupakan agen yahudi.
Sekarang apa kata kita dengar pula satu pendedahan baru. Sekarang, siapa sebenarnya agen yahudi?
http://videoreformasi.blogspot.com
***********************************************************************************************
sumber daripada mahasiswaPutra youtube, adilTV.
***********************************************************************************************
***********************************************************************************************
“JOM! Kita Pakat-pakat Sokong PAS!!!”
berapa ramaikah yang berani menyatakan sokongan mereka terhadap PAS?
untuk lebih lanjut, klik di sini.
***********************************************************************************************
klik di sini untuk paparan video dan diskusi: “PAS FOR ALL ||| PAS Untuk Semua“

Agen asing. Selama ini pun sekian banyak unsur asing ala Yahudi telah dibawa masuk ke negara ini. Tak perasan ke. Stesen tv lebih menonjolkan budaya asing berbanding budaya sendiri. Kononnya nilai Yahudi itulah kemajuan. Nilai-nilai Islam diketepikan. Tidakkah telah banyak unsur dan nilai Yahudi telah diamalkan dan dibudayakan di negara ini. Jangan nak keliru dan perbodohkan rakyat.
Saya penduduk negeri Selangor dan menyokong perjuangan PAS walaupun secara tidak secara aktif kini merasa sungguh bimbang bila PAS bersama-sama dengan DAP yang merupakan extremis kaum Cina dan parti KEADILAN yang asas perjuangan mereka adalah supaya DSAI menjadi PM. Kerana ingin menjaga hubungan ini, PAS banyak mengalah dan melebihkan kepentingan kaum Cina. Sekarang dah tidak berani sebut akan penubuhan negara Islam malah merelakan bilangan EXCO tidak seimbang dengan kelebihan kini kepada bukan Melayu. Akibatnya agenda utama ialah membesarkan lagi projek ladang babi yang diluluskan oleh kerajaan negeri pimpinan DS Khir Toyo. Apakah tidak janggal merelakan diri mengangkat sumpah dengan nama ALLAH bersaksikan orang yang tidak percaya kepada ALLAH?. Dato Khalid Ibrahim dimana PKR yang bagai aur dengan tebing dengan DAP, sudah jelas pada kita tentang pilihan Speaker BA baru ini. Dari pihak PAS, saya benar-benar tidak faham.
Persoalannya siapa agen yahudi. Sebelum kita berdebat mengenainya bercakap mengenai DSAI and TDM, tahukah kita pelabur terbesar di malaysia ialah Amerika Syarikat, Britain, Singapura and banyak lagi negara bukan islam. Kebanyakkan rakyat malaysia bekerja mengerah tulang empat kerat memastikan pelabur ini mendapat pulangan mereka. Pemimpin nak tak nak terpaksa berkawan baik bagi memastikan pelaburan mereka di malaysia di lindungi. Lain tak bukan kitalah rakyat malaysia mendapat peluang pekerjaan. Tahukan anda banyak dari pelabur ini proksi Yahudi and Kristian. Tak usahlah kita memburukkan pemimpin. Tak kira dari mana datangnya pemimpin kesukaan anda, latarbelakangnya dengan siapa mereka bergaul sebabnya adalah untuk Malaysia. Kepada yang tak setuju, terserah…tetapi inilah hakikatnya. Yang saya nampak seseorang itu kalau dapat perhatian dari mana-mana pemimpin dan dapat habuan pulak tu…sokong je…tak kira apa…tapi kalau tak dapat perhatian dan habuan…haa pemimpin tu tak betul. Ingat Allah….cermin diri kita dulu…kita ni betul sangat ke…isteri kita dipimpin dengan betul ke…anak kita didik dengan betul ke…hormat orang tua tak…..sembahyang tak….mengaji tak…..janganlah menghabiskan masa cakap orang tu tak betul orang ni tak betul…pikir-pikirkanlah….