« “TERKINI: KEMURUNGAN Menyelubungi BN… …” “TERKINI: WAJARKAH Rakyat Malaysia Menanggung 30 Menteri???” »
"RENUNG-RENUNGKAN: jika kamu hendakkan dunia, hendaklah kamu berilmu. jika kamu hendakkan akhirat, hendaklah kamu berilmu. jika kamu hendakkan kedua-duanya, dunia dan akhirat, hendaklah juga kamu berilmu. yang terpenting, ilmu, amal, iman, perlulah seiring"
"TERIMA KASIH kerana mengunjungi laman ini. LEBIH LANJUT, klik di sini."
| nadia on “@ Harakah: PENGALAMAN T… | |
| nadia on “@ Harakah: PENGALAMAN T… | |
| belimbing besi on “TERKINI; HUBUNGAN SULIT… | |
| belimbing besi on “TERKINI; HUBUNGAN SULIT… | |
| jambu on “TERKINI; HUBUNGAN SULIT… | |
| jambu on “TERKINI; HUBUNGAN SULIT… | |
| hafiz on “PROJEK ZON INDUSTRI PET… | |
| ARIEL on “PAS FOR ALL ||| PAS Unt… | |
| sedara manap jepun on ||| KONGSI link | |
| atan on ||| KONGSI link | |
| korek korek korek on “Rahman Dan Rozaidah … | |
| alik166 on ||| KONGSI link | |
| rasa on “Dr. Shafie Abu Bakar, A… | |
| Nur on “@ Harakah: PENGALAMAN T… | |
| aliffhadi on “Rahman Dan Rozaidah … |
Watch the website carefully. Whatever inside is Muslims from Pakistan and Turkish covert to Christian not because of the Bibble just caused by seeing Jesus Christ True Love
Sebagai seorang rakyat malaysia terdedah kepada bahasa agama islam kita kenal dan faham istilah islam hari-hari di TV, radio, surat khabar dan sejak sekolah dah islam kempen mati-matian. Kita tidak asing dengan istilah dan bahasa islam dan melayu.
TETAPI….
Sebagai orang kristen: Istilah dan bahasa kristen yang rasmi di gereja: Dicakapkan oleh si serigala berbulu ayam tu… hehe.. kita tahu dia kabur tentang bahasa harian kristen.
wah hebatnya tajuk…
Malaysia sebenarnya bimbang ramai orang muda mudi islam melayu kini diam-diam dah jadi kristen…
Allahuakbar!!!!!!~
IKTIBAR KEPADA MEREKA YANG MUDAH TERPEDAYA.
Dalam majalah wanita Islam ‘Muslimah’, Februari 1999, terdapat satu cerita yang menarik berjudul: ‘Iktibar Buat Mereka yang murtad!’ (mukasurat 19-25).
Amat menarik sekali apabila kita mengkaji cerita ‘pemelukan agama Islam’ (dari Kristian ke Islam) si Ustaz Tajuddin Othman Abdullah itu. Kerana, apabila ceritanya diperiksa dengan lebih terperinci dan mendalam lagi, kami mendapati banyak perkara-perkara yang bercanggah dan ada banyak lagi yang tidak tepat mengenai peranan mahupun pegangannya yang kononnya “sebagai paderi besar di seluruh Sabah.”
Rujukan telah dibuat kepada umat Roman Katolik dan orang-orang Sabah untuk mengesahkan cerita dan tuntutan-tuntutan serta tuduhan di dalam artikel polemik Majalah Muslimah (Februari 1999) ini, untuk menentukan kesahihan serta kebenarannya.
Kami akan memberi, sebagai contoh sahaja, segelintir daripada hakikat-hakikat itu yang membuktikan bahawa ‘penukaran ugama’ ini bukan sahaja satu pemalsuan, malah satu pembohongan yang telah sengaja direka untuk dijaja dan dijual kepada mereka yang kononnya ingin meninggalkan ajaran-ajaran Islam dan memeluk ajaran Kristian yang terkandung di dalam Injil dan Al-Kitab, yakni kononnya sebagai suatu ‘iktibar’ bagi mereka.
Contoh-contoh percanggahan di dalam cerita polemik ustaz Tajuddin :
1) menurut ustaz Tajuddin, ‘untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani “Ekaristi Pembaptisan’ iaitu MEMINUM air ini’ – iaitu air suci atau lebih dikenali sebagai ‘Holy Water’,” (muka surat 20).
Ini adalah satu KESILAPAN BESAR yang telah diucap oleh si ustaz Tajuddin! Kerana apa yang diucapnya itu tidak ada sokongan langsung daripada Kitab Injil Atau Al-Kitab atau pun mana-mana ajaran Hazrat Isa Al-Masih yang ada. Cubalah En.Tajuddin berikan rujukan daripada Kitab Injil atau Al-Kitab (Bible) ayat-ayatnya yang menunjukkan Pembaptisan itu melibatkan “meminum air ‘Holy Water’ itu” kepada kami, wahai bekas ‘paderi’ Tajuddin. Kalaulah dia betul-betul seorang ‘Paderi Kristian’ mestilah dia tahu semua itu. Kesilapan ini menunjukkan bahawa dia tidak pernah sekalipun memahami apa dia ‘Ekaristi Pembaptisan’ itu. Dan kesimpulan daripada kajian kami ialah: orang ini tidak pernah menjadi paderi, yang kecil mahupun yang besar, di mana-mana pun.
Upacara Pembaptisan itu adalah sesuatu perkara yang begitu DASAR SEKALI bagi akidah umat Katolik sehingga ia diajar kepada semua penganut Katolik dari bangku sekolah rendah lagi. Sebenarnya, Upacara Pembaptisan ini ialah di mana air yang telah didoakan oleh seorang Paderi Katolik akan dituang ke atas kepala seorang kanak-kanak Katolik sahaja. Tidak sekalipun dia dimestikan MEMINUM air tersebut! Dan untuk meminum air tersebut semasa Pembaptisan adapun bercanggah dengan pengajaran Injil dan dengan akidah agama Katolik sama sekali. Kami ingin tanya En.Tajuddin, “Sila beri rujukan ayat-ayat Injil atau mana-mana nas Al-Kitab Kristian yang lain yang membawa ajaran di atas atau seperti terkandung di dalam karangannya di dalam Muslimah itu kepada kami pembaca-pembaca.”
Jadi, ini menunjukkan dan MEMBUKTIKAN bahawa fahaman si ‘ustaz’ Tajuddin mengenai amalan Katolik ini adalah salah dan kesilapannya menunjukkan dia tidak mungkin sekali pun menjadi seorang Paderi – paderi besar mahupun paderi kecil biasa! Sebab semua penganut Katolik biasa tahu dan akur yang apa yang disebutkan ‘Pembaptisan’ itu tidak melibatkan ‘Meminum air suci’ sama sekali. Kamu tidak payah menjadi seorang “Paderi” untuk mengetahui hakikat ini. SETIAP orang Katolik yang muda dan yang tua mengetahuinya, dan ini menjadi satu amalan yang lazim dipraktikkan oleh mereka. Apatah lagi seorang yang telah mengelarkan dirinya sebagai ‘Paderi’ kononnya, yang berperanan untuk menjadi ‘Pemimpin’ umat Katolik TETAPI berpegang kepada fahaman yang serong dan salah sama sekali! Sebenarnya, ustaz Tajuddin ini tidak pernah menjadi seorang ‘Paderi’ Kristian mahupun Katolik. Jika dia sendiri tidak tahu atau memegang kepada suatu amalan dan ajaran yang begitu ‘basic’ dan mendasar bagi setiap orang Katolik ini, sampai bila dia boleh mencapai dan menyandang peranan ‘Pemimpin’ atau ‘paderi’ bagi umat itu?
Lagi pun di muka surat 21 dia menuntut bahawa ‘Holy Water’ dibuat di suatu biara di ‘Vantiken’ – ini adalah KARUT SEMATA-MATA! Kalaulah En.Tajuddin masih berdegil tak mahu berganjak dari pendustaan ini maka kami memintakannya untuk sila memberi alamat penuh tempat ‘Biara’ ini. Dia membuat satu lagi kenyataan yang palsu apabila menuntut ‘air suci’ ini dibuat ‘dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi’. Ini adalah pendustaan semata-mata dan jauh sama sekali dari kebenaran (Muslimah Februari 1999, m.s. 20).
Sebenarnya ‘Air suci’ atau ‘Holy water’ adalah air paip biasa yang diperolehi daripada mana-mana paip, yang didoakan oleh seorang paderi sahaja. Ia tidak pernah ‘dibuat’ di mana-mana tempat, di Melaka, Kota Kinabalu, London mahupun di ‘Vatican’ – ejaan dan sebutan ‘Vantiken’nya pun salah dan silap.
Huraian di atas hanya adalah beberapa contoh-contoh percanggahan dan pengajaran-pengajaran palsu yang didakwa sebagai amalan-amalan umat Kristian yang dianjurkan oleh En.Tajuddin Othman Abdullah itu. Jika dia gagal membuktikan semua dakwaan-dakwaannya itu dengan tidak membawa ayat-ayat daripada Injil ataupun Al-Kitab (Bible) bagi menyokong apa yang dituntutnya sebagai ‘amalan-amalan Kristian’ seperti terkandung di dalam karangannya dalam Muslimah Februari 1999, maka sesungguhnya dia telah cuba memperdayakan pembaca-pembacanya dengan dakyah berasaskan pendustaan belaka.
Pusat Penyelidikan Katolik di Kuala Lumpur pun telah mengkaji tuntutan dan dakwaan beliau yang terkandung di dalam karangannya itu, kerana ada disebut nama Geraja Katolik di negeri Sabah, persatuan tertentu dan gelaran-gelaran serta butiran-butiran lain di dalamnya. Setelah memeriksa segala maklumat dan dakwaan dalam karangan itu dengan rapi, Catholic Research Centre atau Pusat Penyelidikan Katolik yang berpusat di Kuala Lumpur, telah memberi jawapan rasmi bagi pihak umat Katolik di Malaysia kepada Pengarang majalah Muslimah dalam sepucuk surat rasmi bertarikh Mac 26, 1999.
Di sini disertakan salinan jawaban tersebut supaya pembaca-pembaca dapat dimaklumkan apakah sebenarnya hasil pengkajian dan pemeriksaan Pusat Penyelidikan Katolik Malaysia ke atas dakwaan-dakwaan En.Tajuddin itu.
Maklumbalas daripada CRC: “Surat Terbuka Catholic Research Centre”
Berdasarkan kepada apa yang telah didakwa, kami ingin meminta dari Encik Tajuddin Othman Abdullah ini supaya :
1) Berilah kepada pembaca-pembaca, rujukan daripada Injil Hazrat Isa Al-Masih ataupun Al-Kitab Kristian/Katolik di mana umat Katolik diarahkan supaya mereka meminum air Pembaptisan. Kami tuntut daripada Encik Tajuddin ini – i) sila berikan bab dan ayatnya daripada Injil/Al-Kitab Kristian di manakah ajaran ini dijumpai? dan, ii) sila berikan rujukan daripada Al-Kitab di mana ‘air Holy Water’ ini dibuat di ‘Vantiken’ dan Kristian diarahkan meminumnya.
2) Di mukasurat 24 pula, si ustaz ini pun menuntut bahwa ‘Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh.’ Ini adalah muslihat belaka. Gereja Katolik hari ini tidak membunuh mereka yang menukar agama mereka. Keputusan untuk memilih mana-mana agama adalah terserah kepada setiap individu Katolik. Mereka ada kebebasan untuk memilih agama mereka tanpa apa-apa tekanan dari luar. Jadi ini adalah satu lagi kenyataan palsu dan pendustaan yang dibuat oleh ustaz Tajuddin.
3) Di mukasurat 21 pula, Encik Tajuddin mendakwa bahawa:
“di Romawi ia (Kristian) dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam Kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut ‘Kristian’.”
Inilah satu lagi contoh yang terang benderang mengenai kekosongan kata-kata En.Tajuddin ini. Malah ini bukan sahaja kata-kata kosong tetapi satu lagi dalil pendustaannya! Istilah “Kristian” ADA DISEBUT di dalam Injil mahupun di dalam Al-Kitab:
“Di Antiokhia, untuk kali pertama pengikut-pengikut Isa disebut orang Kristian.” (Kisah Rasul-Rasul 11 ayat 26)
Jadi, segala yang dituntut oleh “paderi” terpesong ini tidak mempunyai asas di dalam Kitab yang konon telah dipelajarinya.
Jadi, kita dapat melihat ada banyak yang tidak logik dengan apa yang diceritakan dan dituntut oleh En.Tajuddin ini. Ada banyak juga lagi yang tidak benar dan merupakan muslihat dan pembohongan-pembohongan belaka dan pendustaan-pendustaan ini cuba digunakan oleh ustaz Tajuddin bagi ‘mengubati’ umat Islam di sini.
Kami kemukakan tuntutan kami dan memohon ustaz ini memberikan rujukan ayat-ayat Al-Kitab yang mengajar ‘amalan-amalan Kristian’ yang dianjurkannya di dalam perkara (1) di atas dan juga ada di dalam ceritanya di dalam Majalah Muslimah Februari 1999 yang lalu. Jika ustaz Tajuddin ini tidak dapat memenuhi permohonan yang dihurai diatas maka sudah terbuktilah yang dia dan ceritanya tidak memihak kebenaran. Kalau ustaz Tajuddin ini tidak dapat buktikan ajaran dan amalan “Kristian/Katolik”nya seperti terkandung di dalam ceritanya terdapat di dalam Al-Kitab Bible dan disokong pula oleh rujukan-rujukan dan ayat-ayat relevan yang terang dan jelas, maka dia:
1. seharusnya menarik balik ceritanya di dalam majalah Muslimah Februari 1999 dan,
2. memohon maaf daripada umat Kristian/Katolik kerana dia telah membohongi mengenai amalan-amalan dan ajaran-ajaran mereka. Dia juga,
3. seharusnya memohon maaf daripada umat Islam yang telah membaca ceritanya kerana dia telah cuba mengunakan dakyahnya yang palsu bagi menjual ide yang berlandaskan pembohongan mengenai umat Kristian/Katolik untuk memperdayakan mereka.
Ini adalah tindakan yang wajar dan mulia bagi En.Tajuddin Othman sebagai seorang yang, mengikut tuntutannya, menyandang tugas ’seorang ustaz.’
Daripada Injil kami mendapat ajaran supaya jangan membangunkan ibadat dan kerohanian kami berlandaskan kepada kepalsuan dan pendustaan, tetapi untuk sentiasa membangunkan keimanan kami berdasarkan kebenaran dan berwaspada akan pembohongan yang mencurigakan.
Kalaulah ustaz Tajuddin ini benar-benar mengutamakan kebenaran dan inginkan cahaya kebenaran bagi dirinya dan umatnya, kami menasihatinya supaya janganlah menggunakan pendustaan-pendustaannya itu sebagai satu cara memajukan dan membangunkan ’syiar’ Islam. Kerana ‘kemajuan syiar’ itu berlandaskan kepada sesuatu yang sudah terbukti sebagai pendustaan belaka dan malangnya ini ialah kegelapan yang amat mencurigakan.
Adalah diharap supaya pembaca-pembaca sedar selalu akan kewujudan banyak pendustaan dan pembohongan yang telah digunakan untuk mengelirukan dan memesongkan ajaran-ajaran Kristian yang sebenar. Kami dengan ikhlasnya ingin menasihati semua pembaca-pembaca berwaspada terhadap dakyah-dakyah yang tidak berasas ini supaya mengkaji dan memeriksa dengan cara terbuka semua dakwaan dan tuntutan terlebih dahulu dan janganlah senang diperdayakan, supaya segala dakyah-dakyah yang tidak berasas ini janganlah ditelan dengan bulat-bulat sahaja!
______________________________________________________________________
Catholic Research Centre (Pusat Penyelidikan Katholik) Kuala Lumpur
‘Catholic Research Centre’ MENJAWAB MUSLIMAH Mei 1999
SAYA merujuk kepada rencana tersebut di atas dan ingin menyatakan bahawa Gereja Katolik di Sabah tiada dan pada bila masa pun tidak mempunyai seorang paderi atau bekas paderi yang bernama “Fr. Thomas Laiden”. Tidak ada juga orang dengan gelaran sedemikian di Keuskupan Sabah atau di Gereja St Mary.
Gereja Katolik tidak mempunyai kini ataupun dahulu “Persatuan Kristian Sabah” ataupun “Persatuan Gereja Roman Catholic Sabah” seperti yang temyata dalam rencana tersebut. Tajuddin Othman Abdullah yang dirujuk dalam rencana tersebut tidak ada kena-mengena dengan Gereja Katolik sepertimana yang didakwa oleh beliau. Sesungguhnya, jika beliau mempunyai pengetahuan yang asas atau cetek pun mengenai agarna Katolik, beliau tentu akan tahu:
a. bahawa seorang Katolik tidak akan mendakwa dirinya tidak berdosa dan bahawa seorang paderi sendiri perlu mengaku dosanya kepada seorang paderi yang lain yang akan mengabsolusikan dia daripada dosanya demi nama Allah dan bukan atas kuasa sendiri.
b. bahawa pembaptisan bukanlah melalui “meminum air suci”, dan air suci itu bukan “dibuat” di sebuah biara di Vatikan. Air hanya diberkati. Dan pembaptisan dilakukan tidak semestinya dengan air suci ini. Air dicurah pada dahi seseorang atau orang itu dibenamkan ke dalam air, kesemuanya bagi menandakan bahawa orang itu dibersihkan daripada dosanya apabila dia memulakan hidup baru sebagai seorang Kristian.
c. bahawa “hosti kudus” untuk penjamuan suci tidak diimpot dari Itali. Hosti suci itu dikonsekrasi dalam Misa (sembahyang agung Gereja) dan di mana sahaja misa(’mass’) dirayakan.
d. bahawa “Kristian” disebut dalam Alkitab. “Di Antiokha, untuk kali pertama pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian”. (Kisah 11:26)
e. bahawa Tuhan hanya satu sahaja: Bapa, Putera dan Roh Kudus. Tuhan itu Tritunggal, keesaan dari tiga wujud Tuhan
f. bahawa orang Kristian yang murtad tidak dibunuh.
g. bahawa orang Kristian tidak berkomplot “untuk memusnahkan Islam”. Malah kita menghormati orang Islam dan kepercayaan mereka, lagi
rnengasihani mereka.
Di dalam rencana tersebut ada banyak dakwaan palsu dan jika kami memberi komen terhadapnya kami akan hanya menguatkan lagi kepalsuannya… Rencana tersebut mengandungi fitnah dan rnenjadikan orang Kristian terbuka kepada pandangan hina, kebencian dan kejijikan oleh rakyat umum khasnya saudara-saudara Muslimin dan Muslimat kita.
Dalam keadaan begini dan atas nama keadilan dan kesaksamaan, saya menuntut bahawa puan menerbitkan dengan ketaranya suatu penarikan balik rencana tersebut di dalam keluaran Muslimah akan datang serta menyatakan kebenaran seperti terkandung dalam surat ini.
Yang benar,
Father O. C. Lim, sj
Pengarah Pusat Penyelidikan Katholik
\s.k. Uskup Agung Kuala Lumpur
Kementerian Dalam Negeri
Mungkin aspek hubungan yang paling diminati antara agama Islam dan agama Kristian ialah mengenai segala yang dikatakan oleh quran mengenai Yesus. quran menyatakan bahawa Tuhan Allah menghantar Yesus and menyokong Dia dengan Roh Kudus (Sura 2:87), bahawa Allah mengangkat Yesus (Sura 2:253), bahawa Yesus adalah baik dan tanpa dosa (Sura 3:46; 6:86; 19:19), bahawa Yesus dibangkitkan daripada kematian (Sura 19:33-34), bahawa Allah memberi perintah kepada Yesus untuk menubuhkan satu agama (Sura 42:13), dan bahawa Yesus telah naik ke syurga (Sura 4:157-158). Maka, Muslim yang taat setia dikehendaki memahami dan mematuhi ajaran Yesus (Sura 3:48-49; 5:46).
Ajaran Yesus dicatat dengan teliti oleh pengikut-pengikutnya, di dalam Taurat. Sura 5:110 menyatakan bahawa pengikut-pengikutnya menerima wahyu daripada Allah supaya percaya kepada Yesus dan ajarannya. Sura 61:6,14 menganggap Yesus dan pengikut-pengikutnya sebagai pembantu Allah. Sebagai pembantu Allah, pengikut-pengikut Yesus mungkin dapat mencatat dengan tepat ajaran Yesus. quran mengajar muslim supaya menyokong dan mengikut kedua-dua Torah dan Taurat (Sura 5:44-48). Jika Yesus tidak berdosa langsung, maka segala yang Dia ajar mestilah benar. Jika pengikut-pengikut Yesus ialah pembantu Allah, maka mereka akan mencatat ajaran Yesus dengan tepat.
Melalui Mohammad, Allah, di dalam Koran, menyuruh muslim membaca Taurat. Allah tidak akan memberi arahan begitu jika Taurat itu tidak benar. Oleh itu, Taurat pada zaman Mohammad mestilah boleh dipercayai dan tepat. Terdapat banyak salinan Taurat 450 tahun sebelum zaman Mohammad. Terdapat lebih daripada seribu manuskrip Taurat. Dengan membandingkan salinan yang paling awal, dengan salinan pada zaman Mohammad, dan salinan selepas zaman Mohammad – adalah jelas bahawa semua salinan Taurat adalah amat tepat dan konsisten mengenai peribadi Yesus dan ajarannya. Tiada bukti bahawa kebenaran Taurat telah dimusnahkan. Oleh itu, kita boleh yakin bahawa semua ajaran Yesus adalah benar, bahawa ajarannya dicatat dengan tepat di dalam Taurat, dan bahawa Allah telah melindungi Taurat dengan sempurna.
Apakah perkara-perkara mengenai Yesus yang tercatat di dalam Taurat? Di Yohanes 14:6, Yesus berkata, Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya”. Yesus mengatakan bahawa Dia ialah jalan yang tunggal ke Tuhan. Di Matius 20:19, Yesus mengatakan bahawa Dia akan disalib, dibunuh dan akan bangkit daripada kematian pada hari ketiga. Taurat telah mencatat semua ini degan jelas seperti segala yang dijangka oleh Yesus (Matius bab 27-28, Markus bab 15-16, Lukas bab 23-24, Yohanes bab 19-21). Mengapa Yesus, seorang Nabi besar Allah, membenarkan dirinya dibunuh? Mengapa Allah membenarkan hal ini? Yesus berkata bahawa jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka (Yohanes 15:13). Yohanes 3:16 mengatakan bahawa Tuhan mengasihi kita sehingga sanggup menghantar Yesus sebagai pengorbanan untuk kita.
Mengapa Yesus perlu mengorbankan nyawanya untuk kita? Inilah perbezaan utama antara agama Islam dan agama Kristian. Islam mengajar bahawa Allah mengadili kita berdasarkan perbuatan baik kita yang melebihi perbuatan jahat. Walaupun perbuatan baik kita melebihi perbuatan jahat, Allah adalah begitu mulia dan suci dan Dia tidak membenarkan orang yang berdosa sedikitpun masuk ke syurga. Allah yang sempurna dan suci, tidak membenarkan segala yang tidak sempurna masuk ke syurga. Maka hal ini menyebabkan kita pergi ke neraka. Kesucian Allah menyebabkan perlunya pengadilan ke atas dosa. Oleh itu kita perlukan Yesus sebagai pengorbanan.
Seperti yang tercatat di dalam quran, Yesus adalah tanpa dosa. Bagaimana boleh seorang manusia hidup tanpa dosa sepanjang hayatnya? Hal ini adalah tidak mungkin. Tetapi bagaimana Yesus boleh hidup tanpa dosa? Yesus adalah lebih daripada seorang manusia biasa. Yesus mengatakan bahawa dia bersatu dengan Tuhan (Yohanes 10:30). Yesus mengumumkan bahawa Dia adalah Tuhan dalam Torah (Yohanes 8:58). Taurat mengajar dengan jelas bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia (Yohanes 1:1,14). Tuhan mengetahui bahawa kita semua berdosa dan tidak dapat masuk ke syurga. Tuhan mengetahui bahawa dosa kita hanya boleh diampuni jika hutang dosa kita habis dibayar. Tuhan mengetahui bahawa hanya Dia yang boleh membayar harga yang tidak terhad itu. Oleh itu, Tuhan menjadi manusia – Yesus Kristus – hidup tanpa dosa (Sura 3:46; 6:86; 19:19), mengajar ajaran yang sempurna, dan mati untuk kita supaya hutang dosa kita dilangsaikan. Tuhan berbuat begitu kerana Dia mengasihi kita dan mahu kita kekal bersama-Nya di syurga.
Oleh itu, apa maknanya semua perkara itu kepada kamu? Yesus ialah pengorbanan sempurna untuk pengampunan dosa kamu. Tuhan memberi kita pengampunan dosa dan penyelamatan jika kita sudi menerima hadiahnya (Yohanes 1:12), percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat yang mati untuk kita – kawanNya. Jika kamu percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat, kamu pasti akan mendapat hidup abadi di syurga. Tuhan akan mengampuni dosa kamu, membersihkan roh kamu, membaharui roh kamu, memberi kamu hidup yang bermakna di dunia ini dan hidup abadi di dunia selepas mati. Bagaimana kita boleh menolak hadiah yang begitu baik? Bagaimana kita boleh menolak Tuhan yang sudi mati untuk kita?
Jika kamu kurang pasti akan apa yang kamu percaya, kami mengajak kamu membaca doa berikut kepada Tuhan, “Tuhan, sila membantu saya mengetahui segala yang benar. Bantulah saya mengetahui segala yang salah. Bantulah saya mengetahui jalan yang betul ke penyelamatan.” Tuhan akan menghormati doa begitu.
Jika kamu ingin menerima Yesus sebagai Penyelamat individu kamu, berkatalah kepada Tuhan, dengan mengeluarkan suara ataupun berbisik dalam hati, beritahu Tuhan bahawa kamu ingin menerima hadiah penyelamatan Yesus. Jika kamu hendak berdoa, bolehlah mengikut contoh ini : “Tuhan, terima kasih kerana kasih sayang-Mu. Terima kasih kerana mengorbankan Dirimu untuk saya. Terima kasih kerana menyediakan pengampunan dan penyelamatan. Saya ingin menerima hadiah ini melalui Yesus. Saya yakin Yesus ialah Penyelamat saya. Saya juga mengasihi Tuhan dan menyerahkan diri kepada-Mu. Amen!”
Mulauz!..
Ingat org Kristian ni buduh sangat kaa…? Ingat Kristian ni macam kerbau dicucuk hidung kah? Kunun2 bawa 10 gereja masuk Islam, huhuhu.. buduh..buduh..buduh. Nak bagi khutbah pun biarlah betul bah..biar logik..
BUKAN SETAKAT SEMPURNA TAPI HARUS MENJANJIKAN KESELAMATAN…………….