assalamua’laikum dan salam sejahtera.
Intan Abdullah
Thu | Feb 21, 08 | 9:26:21 am MYT
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) – Kehangatan bahang pilihan raya kian terasa sehingga kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi serta pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar turut menjadi sebahagian daripada jentera mereka.
Jika sekiranya polis mengerahkan lebih ramai bilangan anggotanya untuk bertugas ke seluruh negara bagi membantu pasukan yang sedia ada di negeri terbabit, maka tidak terkecuali dengan Umno.
\ Baru-baru ini, satu Jawatankuasa Pemantau Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) Pilihan raya Umum ke-12 telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan selain memantau pergerakan mahasiswa serta kakitangan universiti sepanjang pilihan raya berlangsung.
Ia adalah hasil mesyuarat yang diadakan antara Timbalan-timbalan Naib Canselor seluruh IPTA di Putrajaya pada 13 Februari lalu, yakni serentak dengan tarikh parlimen dibubarkan.
Menurut sumber, antara lain mesyuarat tersebut memutuskan mekanisme pemantauan tersebut adalah berdasarkan zon-zon tertentu berdasarkan lokasi sesuatu universiti yang dilantik.
Sementara itu, pada kali ini setiap pemantau akan diiringi oleh jentera Umno-BN kawasan yang terbabit bagi membantu mengendalikan tugas yang telah ditetapkan.
Sebelum ini, pihak KPT telah mewujudkan jawatankuasa yang sama bagi memantau pilihan raya-pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-11 pada 2004 yang lalu.
Namun, sejurus didedahkan oleh Harakah mengenai Umno-BN yang menjadi dalang di sebalik jawatankuasa yang ditubuhkan ini pihak KPT telah mengatur strategi dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan segala tindak-tanduk mereka diketahui umum.
Tetapi sebagai langkah awal persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-12, setiap universiti telah mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan kampus masing-masing untuk memantau pergerakan mahasiswa serta kakitangan universiti bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti kempen parti pembangkang.
Bahkan ada sesetengah universiti telah mengeluarkan pekeliling mengenai larangan melibatkan diri dengan parti pembangkang apatah lagi menjadi tenaga membantu parti tersebut.
Walau bagaimanapun, tiada arahan yang menghalang mereka terlibat dengan Umno-BN. – mks.
***********************************************************************************************
sumber daripada http://www.harakahdaily.net/.
**********************************************************************************************
***********************************************************************************************
dapatkan info-info terkini dengan: taip ON<jarak>HARAKAH dan hantar ke 77770; hanya RM5.00 sebulan; sehari 5-7 berita; untuk pelanggan celcom sahaja.
**********************************************************************************************
***********************************************************************************************
“hmmm… agak-agaknya BA-PAS menang ke pilihan raya kali ni…”
A. menang besar.
B. kalah!!!
*** sila klik pos bertajuk “SERVEY Pilihanraya Ke-12″
untuk lebih lanjut. ***
***********************************************************************************************

Recent Comments